13 Rekabentuk Pemacu USB yang Ranggi
1. Wooden USB Ooms

Diperbuat daripada ranting kayu sebenar dan digubah dengan hasil kerja tangan untuk menghasilkan sebuah pen drive yang unik. Kalau terjumpa jenis yang kayu kokka tu, boleh buat bisnes kat kampung beb.
2. USB Flash Drive Jari

Nampak macam real siap dengan cap jari. Rasa macam ada jari yang tercicir kat komputer.
3. Flash Drive dengan Emas dan Berlian

Disaluti dengan emas tulen 14 karat dan bertatahkan berlian, berharga lebih kurang USD2,000 atau RM6,300. Sesuai dijadikan sebagai barang hantaran kahwin jika dah rasa banyak sangat duit tu.
4. USB Flash Drive bentuk Sushi

Boleh bikin aku terliur di kala bulan Ramadhan
5. USB Flash Drive bentuk Lightsaber

Menyala beb masa cucuk kat port. Cuma tak boleh nak memotong je la.
6. USB Flash Drive bentuk sepit ampaian

Jangan tercampur dengan sepit ampaian sudah. Nanti mak korang ambik buat jadi sepit nak sidai pakaian pulak kang.
7. USB Flash Drive Budweiser

Dalam tu memang betul-betul ada beer.
8. USB Stick Lego

Teringin menjadi kanak-kanak riang semula? USB Stick Lego ini dapat membantu anda meredakan tekanan di pejabat.
9. Lipstick USB

Mempunyai pelbagai keupayaan seperti fungsi plug-and-play, pemindahan data berkelajuan tinggi, menyokong enkripsi (untuk keselamatan data), anti-hentakan, ketahanan tinggi dalam keadaan sejuk atau panas lampau. Kelemahan terbesar lipstick USB ini adalah tiada gincu.
10. Pemacu USB Kyoto CatBar

Diperbuat daripada kain Chirimen (material yang digunakan untuk membuat Kimono)
11. Pemacu USB Bom Tangan

Pelepooww!
Jangan risau, ia tak akan meletup.
12. Pemacu USB Donut

Siapa-siapa yang ada adik kecik-kecik kat rumah tu, jauhkan dari jangkauan baby-baby. Nanti ada je yang pergi masukkan ke dalam mulut.
13. Pemacu USB Transformers

Amacam?
Share this:
Like this:
Entry filed under: Barang Baik, Info IT. Tags: Pemacu USB ranggi.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed

1.
hanisaleeya | 4 April 2010 at 17:41
Mana nak dapat semua ni, ek? Macam best je…