iKitchen – Versi DIY, Lu Bikin Sendiri

1

Seorang kaki pomen dari New Zealand ini telah memutuskan untuk membuat PC skrin sentuh di dapur untuk membolehkan isterinya membuat inventori makanan mereka, mencetak senarai belanja barang dapur, akses web, menonton TV dan juga menggunakannya sebagai PC biasa. Pada mulanya, beliau menemukan monitor skrin sentuh murah yang kemudiannya menjadi bahagian penting peranti. Monitor ini digunakan untuk vending machine di tempat-tempat awam di Jepun dan dibina supaya tahan lasak dan kalis air. Ia sangat sesuai untuk persekitaran dapur.

Spec PC untuk projek ini, beliau memutuskan untuk membina satu dari barang-barang kutip. Beliau mungkin boleh terus membinanya dari PC-PC kutip yang boleh di dapati, tetapi beliau telah kasi ‘pimp’ satu kali mesin tersebut untuk hasil yang lebih baik. Spesifikasi yang terhasil dari kerja-kerja ‘pimp’ yang dilakukan, 4GB RAM, prosesor 3.20Ghz dan hard drive 800Gb. Ianya akan disimpan di dalam peti kecil berhampiran dengan tempat paparan akan dipasang untuk tujuan perlindungan. Pendawaian pula akan melalui celah-celah kabinet di dapur rumah beliau.

Setelah semuanya lengkap, antaramuka yang lebih baik daripada Windows yang biasa diperlukan. Beliau menggunakan sebuah program bernama Active Desktop yang memungkinkan beliau untuk meniru gaya menu iPhone. Untuk papan kekunci skrin sentuh, beliau menggunakan high program yang dinamakan sebagai Comfort On-Screen Keyboard yang memberikan pengalaman menaip yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan papan kekunci yang terpapar melalui tetingkap pada skrin.


Disamping itu beliau turut menambah fungsi pengimbas kod bar untuk harga barang-barang dapur dan juga dimasukkan sekali TV Tuner untuk membolehkan bini beliau menonton rancangan masakan semasa bulan Ramadhan.

23 April 2010 at 03:24 6 comments

Nintendo Playstation

Pada suatu masa dahulu, Nintendo dan Sony telah bekerjasama untuk menghasilkan sejenis mesin permainan hybrid SNES/CD-ROM. Mereka menamakannya sebagai Playstation. Sesiapa yang sudah memiliki permainan video SNES pada masa itu, dikehendaki mendapatkan barangan tambahan pemacu CD untuk dipasangkan pada bahagian bawah SNES untuk membolehkan permainan SNES di dalam CD dimainkan. Untuk sesiapa yang belum mengetahui tentang apa itu SNES, sila rujuk di sini.

Untuk memendekkan cerita, Nintendo berasa kurang senang dengan perjanjian yang memberikan kelebihan kepada Sony dalam keuntungan penjualan CD permainan. Untuk itu, Nintendo menamatkan perjanjian perkongsian teknologi. Sony berasa marah dengan tindakan Nintendo itu dan meneruskan projek Playstation ini bersendirian. Dendam Sony terhadap Nintendo terbalas apabila Sony berjaya menguasai pasaran permainan konsol selama dua keturunan sehinggalah kemunculan Wii.

Prototaip Playstation

//

21 April 2010 at 00:38 3 comments

MSI Wind U160 Netbook

MSI U160
MSI baru sahaja melancarkan model netbook terbarunya, U160, untuk menyambung kesinambungan kejayaan model U100, antara netbook terbaik dekad ini. Pastinya, keupayaan dalamannya telah dipertingkatkan disamping rupa bentuk luarannya yang lebih menarik.

(more…)

19 April 2010 at 20:15 4 comments

Insomnia

Dah makin kurang tidur aku sejak kebelakangan ni. Tidur asyik lewat je. Selagi jarum jam belum pukul 1 pagi, jangan harap mata aku boleh lelap. Tapi Subuh tetap miss. Itu yang aku tak tahan tu.

Sebelum Subuh, aku tiba di stesen keretapi Paloh sesudah hujung minggu aku dihabiskan di Kuala Lumpur. Sampai di rumah, selepas bersiap-siap ingat nak masuk tidur, tiba-tiba je aku rasa nak buat rajin. Baju-baju yang dilonggok, aku masukkan ke dalam mesin basuh untuk dicuci. Pakaian yang dipakai tadi pun tidak terkecuali.

Selepas membubuh sabun dan setkan timer jentera basuh baju tersebut, aku baring-baring dengan tujuan untuk melelapkan mata. Aku mencari-cari hanset untuk disetkan alarm. Risau jugak kang terlajak, tak kerja lak. Cari-cari tak jumpa. Eh, mana pulak perginya hanset aku tadi ni. Dalam mesin basuh ke? Ah, sudah!

Aku seluk mencari jeans yang dipakai aku tadi di dalam mesin basuh. Dalam poket depan. Aku menemuinya dalam keadaan basah lenjun dan masih lagi on. Cepat-cepat aku matikan dan tanggalkan segala casing-casing yang ada.

Peh, kena beli hanset baru la jawabnya. Buat hal betul la. Aku tak yakin langsung hanset yang masuk air ni boleh berfungsi secara waras.

19 April 2010 at 06:40 5 comments

Backstage depan Rumah

Esok berlangsung sebuah majlis kenduri kahwin di kejiranan rumah aku. Selang 3 buah rumah je. Khemah dipasang meliputi laluan keluar-masuk perkarangan rumah aku. Tertera nama sebuah parti politik berserta nama kawasan pada khemah tersebut. Aku turut terlibat secara tunjuk muka dan buat-buat rajin ketika rewang-rewang sebentar tadi.
Tahlil diadakan selepas waktu Isyak. Aku tersilap ambil tempat duduk semasa sesi bacaan tahlil. Betul-betul bersebelahan dengan pak imam yang mengetuai bacaan tahlil. Terasa canggung pada tika itu kerana aku dalam keadaan free-hair dan memakai baju t-shirt Metallica. Mujurlah kain pelikat menyelamatkan keadaan.
Usai majlis tahlil, wakil tuan rumah meminta izin untuk meletakkan set sistem audio di halaman rumah aku. Aku benarkan sahaja. Aku tahu bagaimana tahap kualiti dan kekuatan sesebuah sistem karaoke kenduri kahwin dapat memecahkan keheningan malam yang damai. Itu belum lagi dicampur dengan sesi karaoke oleh orang perseorangan yang me’nyumbang’kan suaranya untuk memeriahkan malam menjelang kenduri kahwin esok hari.
Teman serumahku, John Labu sudah berkira-kira untuk start motor awal-awal pagi untuk mencari damai di hujung minggu luar dari rumah sendiri. Aku pula, pada tengah malam ini akan mengambil keretapi terus ke Kuala Lumpur.

17 April 2010 at 23:47 Tinggalkan komen

PC Fair

Hari ni kat Kluang ada PC Fair. Aku pergi dengan Faizal si Pembantu Makmal. Saje ushar-ushar barang baik sambil kena ngorat dengan awek-awek dan amoi-amoi promoter Selkom Broadband, Meksis Broadband dan tidak ketinggalan juga Seterimiks. Aku dah ada internet kat rumah la, berapa kali aku nak bagitau daa.
Barang-barang macam biasa, murah sikit daripada kedai. Kalau pandai kawtim, dapat lagi rendah pun boleh. Tapi untuk hari ni tak boleh lagi nak ejas-ejas harga murah sangat. Tunggu besok. Kaw-kaw punya dia bagi harga. Lebih kurang cara niaga kuih raya time-time dekat raya tu. Lagi dekat nak tutup, lagi murah. Masa tu teori ekonomi pasaran terbuka diguna pakai.
‘Penawaran melebihi permintaan mendorong kepada kejatuhan harga pasaran secara mendadak,’ ujar Makcik Saodoh, pakar analisis ekonomi rumahtangga, (PhD).

17 April 2010 at 19:02 Tinggalkan komen

Out of Date

Kegemaran aku adalah mendengar lagu-lagu yang dah agak ketinggalan dengan peredaran massa. Walaupun lagu tu orang lain cakap dah basi, aku baru nak layan. Masa orang tengah dok layan, aku antara dengar tak dengar je. Seronok peram lagu-lagu best ni untuk dengar kemudian-kemudian.

Entah macam mana aku boleh ter’tune’ ke frekuensi Sinar malam-malam ni, langsung aku terdengar lagu Yuna – Yang Sebenarnya. Agak lagu tu ada kenangan masa aku mula-mula kenal dengan tunang aku awal tahun, terus jiwaku terasa disentuh. Mataku berkaca, hampir berlinangan air mata. Oh, untuk sekian dekad, aku tidak pernah menangis.

16 April 2010 at 03:22 Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.