Kenapa Jam yang baru dibeli selalu menunjukkan Pukul 10.10

10 Ogos 2009 at 12:15 2 comments

Pukul Sepuluh Sepuluh Minit

Pukul Sepuluh Sepuluh Minit

 

Aku baru je beli jam dinding kat pasar malam dekat Paloh semalam. RM7 jer, mintak kurang, dapat la, RM5.50. Jam bodoh jer pun. Tak da apa – apa yang menarik pun tentang jam tu melainkan ianya boleh berfungsi sebagai sebuah jam. Yerlah, takkan la boleh hantar SMS lak kan. Apatah lagi nak ‘Bluetooth’. Sedikit perihal tentang jam ini yang membuatkan kepala lutut aku ni berfikir secara kritis ialah, kenapa semua jam – jam yang baru di beli semuanya menunjukkan pukul 10.10. Kenapa bukan pada pukul 8 ker, 6.30 ker atau ikut suka tokey jam tue la dia nak bubuh pukul berapa.

Pada hemat aku la kan, berkemungkinan besar, jam menunjukkan pukul 10.10 nie hanya lah bertujuan estetika jer takpun ada tujuan lain seperti:

  1. Jarum tak nampak bertindih. Jadi kita boleh tengok permukaan tue dengan lebih jelas.
  2. Kedudukan jarum adalah berserenjang. Nampak lebih menarik pada pandangan bakal pembeli macam kita ni.
  3. Logo pembuat jam akan jelas kelihatan. Biasanya kat bawah 12 tu. Bila jarum menunjukkan pukul 10.10, secara tidak langsung, logo pembuat itu akan kelihatan macam di’frame’kan.
  4. Benda – benda tambahan lain yang ada pada jam, contoh tarikh dan sebagainya tidak akan di halang dari dilihat oleh bakal pembeli.

Itu jer la pendapat yang aku rasakan agak logik la kenapa jam yang kat kedai – kedai jam tunjuk pukul 10.10. Aku pernah jugak tanya kat tokey kedai jam nie, ‘Kenapa jam – jam kat kedai uncle ni tunjuk pukul 10.10?’.

Dia jawab, “Nanti itu jam nampak muka ada sssiiiinnnyyuummmm,”

Lalu dia tersenyum dengan menampakkan gigi – giginya yang rongak dan mengandungi kaviti. Mesti dia ni malas nak gosok gigi masa kecik – kecik dulu.

Entry filed under: Suka - suki aku nak tulis aper. Tags: , , , , , , .

H Satu N Satu Perempuan Tertarik Pada Lelaki yang Seiras

2 Komen Add your own

  • 1. Unit ICT SKK  |  10 Mac 2010 at 10:10

    10.10 tu tanda betul. Mcm tanda buku bila jawapan betul.

    Balas
    • 2. sylarius  |  10 Mac 2010 at 10:34

      yup, betul tu.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: