Papan Induk

25 Ogos 2009 at 11:18 Tinggalkan komen

Pernahkah semasa korang membeli papan induk yang baru dan didatangi seorang jurujual yang menerangkan tentang sesebuah motherboard, tapi tak paham satu hape pun apa la yang ingin disampaikan oleh mamat salesman ni.

Berikut adalah keterangan ringkas bahagian – bahagian di dalam papan induk.

  1.  Chipset –  Sistem teras untuk sesebuah papan induk yang mengandungi Northbridge dan Southbridge yang menghubungkan ke semua bahagian papan induk.
  2. DIMM – Membawa maksud Dual In-line Memory Module dan secara asasnya adalah sama jenis RAM yang kebanyakan digunapakai sekarang menggantikan versi Single In-line yang terdahulu.
  3. FSB – Front Side Bus adalah spesifikasi yang sering digunakan pada papan induk berasaskan Intel. Ia adalah bus penghantaran data yang membawa data berulang – alik antara CPU dan northbridge papan induk.
  4. Form Factor – Ambil perhatian tentang jenis papan induk anda, ia akan memberi kesan kepada jenis casing apa yang sesuai dipasang. Sebagai contoh, sebuah papan induk micro-ATX boleh dipasang pada kebanyakan casing manakala papan induk ATX akan (selalunya) tidak muat di dalam casing micro-ATX.
  5. MOSFET – Bermaksud Metal-Oxide-Semiconductor-Field-Effect-Transistor dan transistor – transistor banyak digunakan dalam membina sebuah papan induk.
  6. PATA – Parallel ATA (Advanced Technology Attachment) adalah antaramuka piawai untuk sambungan dengan peranti seperti cakera keras dan pemacu CD-ROM. Bagaimanapun, cakera keras dan pemacu CD-ROM sekarang sudah mula menggunakan antaramuka SATA, kita hanya dapat melihat antaramuka PATA pada pemacu yang terdahulu. Papan induk yang terkini masih lagi menyediakan labuhan PATA.
  7. PCI/PCI-E – Peripheral Component Interconnect/Peripheral Component- Express adalah antaramuka bus tambahan yang digunakan untuk menghubungkan pelbagai jenis kad PCI/PCI-E. Kad – kad tersebut seperti kad bunyi, soket USB, Kad TV, kad grafik dan banyak lagi.
  8. RAID – Memberi maksud Redundant Array of Inexpensive Disc. Istilah yang menunjukkan skim simpanan kom0puter yang berlainan di mana data boleh disalin semula pada pelbagai pemacu cakera keras. Tetapan RAID digunakan apabila simpanan sokongan cakera keras utama diperlukan.
  9. SATA – Serial ATA mempunyai banyak kelebihan berbanding PATA seperti kabel yang lebih kecil, kadar pemindahan data yang lebih pantas, boleh melakukan pemindahan data dalam keadaan dupleks penuh dan juga boleh hot swappable.
  10. Soket – Istilah soket atau jenis soket pada papan induk, ia merujuk kepada jenis pemproses yang boleh disokong oleh papan induk tersebut. Sebagai contoh, Intel Core i7 hanya boleh dipasang pada papan induk yang mempunyai soket 1366.

Entry filed under: Mari Mengenal Komputer. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Wanita Lebih Gemarkan Lelaki yang sudah Berpunya? Kisah di Dalam Bas Mini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: