Perbezaan Umur Bukan Penghalang

3 September 2009 at 10:23 Tinggalkan komen

SIAPA tidak kenal dengan pelakon popular Demi Moore? Dia merupakan pelakon prolifik yang tidak pernah gagal dalam membawakan watak yang diberi kepadanya. Populariti Moore semakin bertambah apabila bertemu jodoh dengan lelaki sebaya anaknya, Ashton Kutcher.

Bukan Moore dan Kutcher saja, di Barat ia seakan trend apabila selebriti demi selebriti memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh jurang usia mereka. Pelakon kulit hitam, Halle Berry juga memilih suami yang lebih muda daripadanya dan terkini pasangan Linda Hogan yang berusia 48 tahun bersama pasangannya yang berumur 19 tahun, Charlie Hill.

Senario yang sama juga berlaku di negara ini, di mana ramai lelaki memilih wanita yang umurnya bertahun-tahun lebih tua daripada mereka untuk dijadikan isteri.

Berdasarkan kajian dalam talian yang dijalankan ke atas 50,000 wanita yang berumur 30 tahun ke atas, mendapati lebih daripada satu pertiga responden meminati lelaki yang lima tahun lebih muda daripada usia mereka.

Trend

Memang trend sebegini agak mengejutkan sesetengah pihak tetapi hakikatnya tiada apa yang pelik bagi lelaki muda mengahwini wanita yang berusia lebih daripadanya.

Justeru pakar berpendapat bahawa situasi tersebut didorong oleh peranan yang dipelopori wanita kini.

“Kebanyakan wanita kini mempunyai kedudukan yang kukuh sama ada dari segi pekerjaan, pangkat, kewangan dan keperluan lain.

“Atas dasar tersebut, maka mereka memilih pasangan yang lebih muda kerana orang muda lebih fleksibel dan menghormati kedudukan mereka secara tidak langsung.”

Pengaruh media tidak kurang juga impaknya apabila drama bersiri kegilaan ramai seperti Sex and the City dan Desperate Housewives yang memaparkan watak percintaan antara lelaki muda dan wanita berusia.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai kedudukan kerjaya serta kewangan yang kukuh mempunyai lebih banyak pilihan untuk teman lelaki yang lebih muda.

Antara penemuan lain, ialah janda dan ibu tunggal pula lebih seronok berpacaran dengan lelaki yang tidak suka mengongkong mereka.

Persoalannya mampukah hubungan sebegitu bertahan lama?

Seorang kaunselor berpengalaman memberitahu, banyak pasangan yang lelaki lebih muda ini berjaya dalam mempertahankan keharmonian rumah tangga mereka

“Mungkin media memang sering memaparkan tentang jurang antara dua gender ini dan itu bukanlah ancamannya. Apa yang penting pasangan tersebut mestilah bersama-sama menjaga kerukunan rumah tangga yang mereka bina.

Perbezaan umur mungkin menjadi agenda ketika remaja kerana walaupun dua hingga tiga tahun berbeza usia menyebabkan individu berbeza pendapat serta pengalaman antara satu sama lain. Cara percakapan, matlamat hidup, semuanya berbeza, maka sebab itulah undang-undang tidak membenarkan jika dalam satu kes melibatkan seksual, salah seorang daripada pasangan berada di bawah umur.

Tetapi apabila anda meningkat dewasa, pengalaman serta pembangunan emosi menyeimbangkan cara anda melayari sesuatu perhubungan.

Jangan fokus kepada angka jika anda berhasrat meneruskan sesuatu perhubungan. Yang penting anda serasi, boleh berbicara dengan baik dan menyayangi satu sama lain.

Jika orang lain nampak tidak selesa dengan perhubungan anda, biarkan mereka kerana umur bukanlah pengaruh utama kepada perhubungan yang sihat.

Ada juga pakar yang berpendapat, jurang usia 10 tahun tidak menjadi masalah tetapi apabila jurangnya terlalu tinggi seperti melebihi 20 tahun, mungkin akan mencetuskan masalah apabila pasangan meningkat tua. Pada ketika itu si lelaki pula mula menemui matlamat hidupnya dan pasangannya pula runsing dengan proses penuaan yang dilalui. Tetapi, jika perbincangan dan persetujuan telah dibuat, bermakna masing-masing telah bersedia menghadapi kemungkinan tersebut.

Jurang usia

Memang ada positif dan negatif impak bercinta dengan seseorang yang berbeza generasi dengan anda. Salah satu motivasinya ialah apabila berpasangan dengan lelaki lebih muda, anda juga memiliki jiwa yang sama.

Apabila lebih ramai wanita memilih pasangan yang lebih muda, persoalan ini pasti timbul iaitu adakah wanita yang berusia lewat 30-an atau awal 40-an akan lebih berjaya apabila berpasangan dengan lelaki yang 10 hingga 15 tahun lebih muda daripada mereka?

Kejayaan dalam perhubungan bergantung kepada motivasi yang wujud dalam diri masing-masing. Usia bukanlah pengukur kehebatan atau kematangan seseorang. Perbezaan umur adakalanya membantu salah seorang dalam aspek nasihat tentang kehidupan serta kerjaya. Tetapi lain pula jadinya jika si lelaki mendapati anda sudah terlalu berpengalaman dalam hidup dan boleh berdikari.

Jika anda memilih untuk mempunyai pasangan yang lebih muda, jangan fikirkan tentang umur, sebaliknya fikirkan sama ada perhubungan tersebut baik untuk anda berdua atau tidak, kerana elemen yang meromantiskan perhubungan ialah perhubungan emosi dan bukan fizikal semata-mata.

Entry filed under: Perhubungan. Tags: , , , , .

Harga Maksimum 18 Barangan Terkawal PTPTN tidak cekap?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: