PTPTN tidak cekap?

7 September 2009 at 16:00 Tinggalkan komen

SAYA terpanggil untuk memberi komen mengenai isu hutang lapuk PTPTN. Saya adalah seorang peminjam PTPTN semasa belajar di universiti. Sekarang saya sudah bekerja hampir tiga tahun dan tidak pernah gagal membayar balik pinjaman ansuran setiap bulan.

Bulan lepas, setelah melihat baki pinjaman, saya memutuskan untuk melangsaikan secara lump sum kesemuanya.

Kebetulan, pada Jun tahun lalu, kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan kadar servis caj PTPTN daripada tiga peratus kepada satu peratus.

Ia berita gembira kerana dapat mengurangkan beban dan menggalakkan peminjam membayar pinjaman.

Apabila saya menghubungi PTPTN mengenai hal ini, mereka menyatakan bahawa masih dalam proses meminda dan mengemas kini sistem akaun dan mengedarkan surat perjanjian baru kepada para peminjam.

Buat pengetahuan, PTPTN masih lagi mengenakan caj tiga peratus sebulan ke atas baki pinjaman. Tiada sebarang perubahan walaupun sudah setahun kerajaan mengumumkan kadar pengurangan caj itu. Saya ingin menegaskan beberapa isu iaitu pertama, mengapa PTPTN sangat lambat bertindak?

Sudah setahun berlalu tetapi tiada tindakan proaktif. Ia boleh dikira sebagai faktor pemutus semangat kepada kami para peminjam.

Penyata tahunan juga ada ketikanya dihantar, kadangkala tidak. Saya juga tidak pernah berpindah alamat.

Kedua, ramai di kalangan rakan pengajian yang turut meminjam dari PTPTN tetapi tidak pernah membayar balik walaupun telah bekerja. Mereka tidak dikenakan sebarang tindakan. Sama ada disenarai hitam atau dikenakan tindakan mahkamah.

Bagaimana sebenarnya PTPTN menguruskan hal ini? Jadi mungkin itu sebabnya hutang lapuk PTPTN semakin meningkat. Ada yang membayar hutang sesuka hati. Bulan ini bayar, bulan depan tidak. Malah seorang rakan dengan angkuhnya memberitahu: ‘‘Asalkan bayar sekali, RM50 pun boleh. Lepas itu tidak akan diganggu lagi oleh PTPTN.’’ Betul ke begitu?

Saya merasakan sistem pengurusan hutang PTPTN adalah sangat tidak cekap dan kelam-kabut.

Jika penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik, hal ini pasti tidak akan berlaku.

Saya merasakan bahawa PTPTN tidak ada kepakaran. Jika tidak masakan jumlah hutang lapuk makin menimbun.

Peranan audit juga perlu diwujudkan dalam memantau proses dalaman PTPTN. Ini adalah untuk mewujudkan budaya kepatuhan dalam menjalankan peranan.

Apakah punca sebenarnya? Graduan liat membayar hutang atau pengurusan PTPTN tidak efisien?

Dipetik daripada Utusan Malaysia 15 Jun 2009

Entry filed under: Suka - suki aku nak tulis aper. Tags: , , , , , , .

Perbezaan Umur Bukan Penghalang Berkahwin semula bagai satu perjudian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: