Punca disebalik PC Crash

30 September 2009 at 17:10 2 comments

Computer crash atau dalam bahasa Melayu nyer.. Errr… Ntah. Pernahkah kalian mengalami keadaan seperti itu? Ketahui punca-punca disebalik kejadian perlanggaran komputer Computer Crash ini.

  1. Konflik Perkakasan (Hardware Conflict) – Punca utama mengapa dikatakan Windows crash terjadi disebabkan perkakasan. Perkakasan (hardware) dan peranti (devices) berkomunikasi dengan PC dan peranti-peranti lain melalui Interrupt Request Channel (IRQ), di mana ia ditugaskan secara khas (uniquely assign) untuk setiap peranti. Sebagai contoh, papan kekunci (keyboard) pada kebiasaannya ditugaskan pada IRQ 1. Crash terjadi jika berlakunya pertembungan di dalam IRQ-IRQ dan dua peranti atau lebih digunakan pada masa yang sama. Sebenornyer, masalah ini jarang berlaku lagi pada hari ini memandangkan jumlah IRQ yang kian bertambah. Bagaimanapun, masalah ini masih boleh berlaku.
  2. RAM barai – Crash yang disebabkan RAM kadangkala diiringi dengan mesej yang menyatakan ‘Fatal Exception Error, ia menunjukkan terdapat kegagalan perkakasan yang serius. Dalam sesetengah kes, ia mungkin bermaksud terdapat komponen atau bahagian yang rosak dan perlu digantikan. Kadangkala, Ralat Maut (Faulty Error) ini disebabkan oleh RAM yang rosak (Faulty RAM) dan jalan penyelesaiannya hanyalah dengan menggantikan RAM tersebut dengan yang baru.Fatal Exception Error
  3. Pacuan Cakera Keras (Hard Disk Drives) – Cakera keras kadangkala menjadi ‘fragmentedkalau dalam bahasa melayu nyer aper ek? selepas penggunaannya melalui suatu tempoh yang lama. Maka, disk defragment perlu dilakukan untuk mencegah pacuan (drive) dari bermasalah (freezing up). Cakera keras kadangkala menjadi perlahan dan menyebabkan berlakunya crash jika ia sudah terlalu penuh. Kosongkan bakul pengitar (Recycle Bin) dan juga folder-folder sementara (Temporary Folder). Pengimbasan cakera (disk scan) juga perlu dilakukan sekerap mungkin untuk memeriksa sektor jahat (bad sector) dimana ia mempunyai potensi untuk menimbulkan masalah dan system crashes.
  4. Panas Lampau (Overheating) – Komputer boleh crash apabila CPU atau kad grafik terlalu panas. Lampau panas ini terjadi pes termal (thermal paste) pada CPU telah kering yang menyebabkan perpindahan termal ke heatsink menjadi perlahan. Penyejuk CPU atau kad grafik yang rosak (contoh, kipas tidak berfungsi) boleh menjadi penyebabnya kerana pembebasan haba yang lemah. Penyelesaiannya adalah membubuh semula lapisan pes termal yang baru atau menggantikan penyejuk/heatsink.Masak laptop bersama telur Goreng
  5. Bekalan kuasa (Power Supply) – Keputusan bekalan mungkin punca yang mudah diketahui di dalam sesetengah kes, tetapi lebihan kuasa (power surge) juga boleh menyebabkan komputer crash. Satu-satunya pilihan untuk mengatasinya adalah menggunakan unit Uninterupted Power Supply (UPS) yang boleh membantu menstabilkan bekalan kuasa disamping memberikan kalian beberapa minit untuk mematikan (shut down) PC dengan cara yang betul jika berlakunya keputusan bekalan elektrik secara tiba-tiba.

Entry filed under: Mengesan Punca Kerosakan. Tags: , , , , , , , , , , , , , .

Ada apa dengan Buah Dada? .3gp: Kenapa ia dianggap lucah?

2 Komen Add your own

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: