.3gp: Kenapa ia dianggap lucah?

2 Oktober 2009 at 15:27 1 komen

Manusia sering inginkan komunikasi dengan manusia yang lain. Jika tiada manusia, apa sahaja pun boleh asalkan ia dapat disampaikan. Dengan bola keranjang pun boleh seperti di dalam filem Castaway lakonan Tom Hanks. Cara manusia berkomunikasi berubah mengikut zaman. Semakin laju dan pantas. Dari penyebaran berita dari mulut ke mulut, gunakan asap macam Red Indian dalam filem koboi dulu-dulu, hantar surat guna burung merpati, iysarat bendera yang macam budak-budak pengakap selalu buat tu, posto, telegraf, kod morse, telefon, internet dan lain-lain. Sama ada ianya komunikasi  half duplex atau full duplex.

Semakin canggih perkembangan teknologi manusia dalam bidang komunikasi, semakin menjadi-jadi kebengapan sesetengah manusia. Adakah ianya berkaitan dengan penjajahan minda terhadap bangsa kita? Memang ada baiknya kecanggihan ini. Namun, kadangkala nafsu kita yang lebih menguasai jasad berbanding akal.

Pada suatu ketika kita baru melangkah ke arah menjadi negara industri, hanset di anggap sebagai barangan mewah. Golongan yang memilikinya pula adalah ahli-ahli perniagaan, pegawai-pegawai dan orang-orang kenamaan. Dengan kepelbagaian fungsi sesebuah telefon bimbit. Dari hanya boleh bercakap di mana-mana sahaja tanpa wayar, kepada penambahan penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS telah menggantikan penggunaan pager yang suatu ketika dahulu pernah digunakan pada awal dekad 90’an). Penambahan fungsi permainan video (Game Snake di dalam Nokia 3310, masih ingat?). Kemudian LCD berwarna, sehinggalah kepada yang teknologi smartphone.

Hanset pelbagai fungsi semakin biasa kita lihat penggunaannya. Hinggakan budak sekolah rendah pun reti menggunakannya. Fungsi-fungsi yang selalu kita lihat adalah penggabungan fungsi kamera di dalam sesebuah hanset. Ia juga boleh merakamkan video. Selalunya dalam format 3gp.

Sebut aja 3gp, umur-umur sebaya aku ni mesti ingat benda lucah punya. Walaupun, perkara yang dirakamkan itu hanyalah kenduri kahwin sepupu-sepapat mahupun video rakaman aktiviti marhaban dari rumah ke rumah sempena hari raya.

Definisi 3gp telah disalah ertikan seperti mana penggunaan hanset telah disalahgunakan. Kalau tak percaya, cuba search kat google, taipkan perkataan 3gp melayu. Nescaya, anasir-anasir lucah akan berderet memenuhi index carian itu.

Tengah-tengah aku nak cerita pasal 3gp ni, sekali dah ada blogger lain yang dah membebel pasal ni. Aku ingatkan aku sorang jer. Hmmm… Takper la. Senang cerita, ushar la blog ni. http://membebel.wordpress.com/2008/09/13/3gp-melayu/

Rasanya, ramai lagi yang sependapat🙂

Entry filed under: Suka - suki aku nak tulis aper. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Punca disebalik PC Crash Kalau lah rumah aku ada Astro…

1 Komen Add your own

  • 1. pakcikli00  |  9 Oktober 2009 at 07:34

    Asalamualaikum

    Sila datang memunggut buah dada yang bergelempangan di halamaman Dukun Asmara, jangan kelewatan nanti kehabisan.

    Terima kaeh salam hormat.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: