Rabun

17 Disember 2009 at 13:04 1 komen

Sudah sekian lama aku tidak menulis di dalam blog aku ni. Aku terlalu sibuk dengan dengan kursus-kursus yang perlu aku hadiri. Kekurangan masa untuk melayari internet di samping kekangan tempat untuk mengakses internet. Sampaikan Pakcik Dukun Asmara pun tertanya-tanya kemanakah aku menghilang. Rindu jugak pakcik kat aku ye? Hahaha.

Semasa menjalani kursus, aku mengalami kesukaran untuk mengambil nota-nota yang ditulis di whiteboard dan juga pada slaid-slaid yang ditayangkan menggunakan projektor kerana aku mengalami masalah kerabunan kejauhan. Tapi, aku cukup tak suka memakai cermin mata. Aku rasa rimas. Kanta lekap pun aku tak nak pakai. Akhirnya, pada tiap kali aku rasa perlu mengambil nota, aku akan paksa Fairus member di kerusi aku ketika berkursus untuk menulis lalu aku menyalin daripada beliau. Jika dia lambat, aku suruh dia tulis laju sikit. Hehe. Binawe sungguh aku kerana suka menyusahkan rakan-rakan. Dah tau rabun jauh, pakai la spek dalam kelas.

Satu lagi masalah yang membabitkan kerabunan aku ini adalah selalu kelihatan sombong bila berselisih dengan kawan. Tambah-tambah dengan kawan-kawan perempuan. Aku memang tak cam kerana terlalu jauh.

Pada jarak tertentu, individu yang ditafsir menjadi imej di dalam kepala hotak aku ini akan menjadi kabur, lalu aku sukar untuk mengecamkan siapakah yang berada di depanku ini.

Kadang-kadang aku pernah secara tak sengaja menegur orang yang tak dikenali. Lalu untuk mengcoverkan diri, aku buat-buat macam kenal dan kemudian buat-buat macam ada hal lain yang perlu disegerakan.

Justeru itu, aku berharap suatu hari nanti aku dapat meng’invent’ sebuah cermin mata yang membuatkan aku seolah-olah tidak memakai cermin mata pada suatu hari nanti atau meng’invent’ cara membetulkan kanta mata manusia dengan kos bajet.

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Internet dan aku Hari Jadi

1 Komen Add your own

  • 1. pakcikli00  |  18 Disember 2009 at 05:07

    orang lelaki ni kalau tak rabun pun satu masa nanti kalau tak rabun mata mungkin rabun hati. Mula mula kawin rabun jauh, cuma lebih banyak nampak yang dekat. Tapi bila dah beranak pinak mula rabun dekat pula, yang jauh pula selalu nampak dekat , maksudnya dekat dihati. Sepatutnya orang perempuan tak marah, bukan nak buang cuma nak tambah.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: