Kartun

15 Januari 2010 at 12:06 7 comments

Usop Sontorian, oleh aku dengan menggunakan Adobe Photoshop

Televisyen dapat mempengaruhi individu. Terutamanya kanak-kanak. Termasuklah diri aku suatu ketika dahulu ketika masih lagi bersekolah dengan seragam seluar biru gelap. Amat berpengaruh sehingga boleh memberikan aku inspirasi untuk mempelajari asas lukisan.

Aku amat meminati animasi. Normal la untuk kanak-kanak seusia dengan aku ketika itu. Takkan aku nak minat porno video 3gp dalam hanset macam budak-budak zaman sekarang ni. Hanset masa itu hanyalah untuk orang-orang kaya yang ada banyak bisnes sahaja. Budak-budak hanya mampu memiliki hanset yang boleh diisikan air sirap di dalamnya untuk menjadi bekal ke sekolah.

Siri animasi yang paling aku minati ketika itu adalah siri animasi Usop Sontorian. Sebab aku juga peminat setia majalah Ujang pada waktu itu. Bagi aku, majalah Ujang adalah majalah yang paling best di dunia. (Pada zaman-zaman awal ketika kartunis Ujang masih lagi dengan Kharisma Publications). Ia amat mempengaruhi minda aku yang sedang berkembang sehinggakan aku pernah bercita-cita dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi kartunis, animator atau pelukis. Mana-mana sahaja asalkan pekerjaan yang boleh aku melukis sebagai mata pencarian.

Aku masih ingat semasa pertama kali Usop Sontorian ke udara di TV2, pukul 10.30 pagi, hari Sabtu. Teruja gila aku nak tengok. Tajuk episod tu aku dah tak ingat, yang aku tau yang tu memang episod pertama kot. Dalam episod tu, watak utama cerita tu, Usop cuba untuk lari dari rumah dan masa kat bandar kena pow dengan mat fit.

Cita-cita aku waktu itu boleh dikatakan agak ‘rare’ kerana rakan-rakan kanak-kanak aku yang sebaya ketika itu cuma bercita-cita yang biasa. Seperti polis, tentera, bomba, doktor, jurutera (bagi budak lelaki). Perempuan pula cikgu, doktor, jururawat dan tiada pula pernah aku dengar yang bercita-cita ingin menjadi suri rumah sepenuh masa.

Bila aku ceritakan tentang cita-cita aku ini pada kawan-kawan aku, mereka berikan respons yang biasa-biasa jer. Ala, sembang bebudak lagipun. Lain pula ceritanya bila aku ceritakan pada orang-orang dewasa seperti kawan ayahku. Sure diorang akan menjatuhkan sokongan moral aku untuk bercita-cita menjadi kartunis atau animator.

Aku banyak belajar tentang asas-asas melukis ini melalui animasi, majalah-majalah humor seperti Ujang dan Gila-Gila. Majalah Gila-Gila pada waktu itu mempunyai ruangan khas untuk bakat-bakat terpendam menghantarkan karya mereka. Juga, diselitkan sekali bengkel melukis kartun yang dikelolakan oleh Penghulu Gila-Gila ketika itu, Allahyarham Rejabhad. Ayah aku minat giler dengan karya beliau, Prebet Dabus yang disiarkan di sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia.

Walaupun bidang tugas aku tiada kaitan langsung dengan dunia animasi di Malaysia. Tetapi jiwa aku masih lagi sayangkan kartun-kartun dan animasi yang pernah aku minat dahulu. Dari kartun-kartun inilah aku boleh menjiwai nilai sesebuah seni dan amat menghargai karya-karya yang baik.

Entry filed under: Cerita Aku. Tags: , , , .

Hutang Apple

7 Komen Add your own

  • 1. pakcikli00  |  15 Januari 2010 at 15:42

    Urut batin urut berahi
    urut khusus suami isteri.

    Urut batin perlu pengetahuan
    samada lelaki atau perempuan.

    Urut batin urut kesihatan
    zahir batin kehidupan.

    Urut batin tanpa pengetahuan
    cepat punah lelaki perempuan.

    Urut batin lintang pukang
    jika tanpa kasih sayang.

    Urut batin tanpa cinta
    tidak beroleh cahayamata.

    Urut batin bermula mengawan
    meransang darah dan perasaan.

    Urut batin meransang kemaluan
    melembut urat tubuh badan.

    9. Urut batin adalah persenyawaan
    melegakan nafas kehidupan.

    Urut batin adalah perkahwinan
    untuk zuriat keturunan

    Balas
  • 2. pakcikli00  |  15 Januari 2010 at 15:58

    Urut batin urutan berahi
    urutan khusus suami isteri
    suami isteri saling menguruti
    sehingga puas hajat di hati

    Urut batin perlu pengetahuan
    bukan hanya ikut perasaan
    supaya tidak punah kesihatan
    samada lelaki atau perempuan

    Jikalau tanpa kasih sayang
    urut batinnya lintang pukang
    hanya nyawa separuh melayang
    macam ayam ditangkap musang

    Urut batin mulai mengawan
    mengurut raga tubuh badan
    sehingga lancar darah berjalan
    untuk memanaskan perasaan

    Bersetubuh untuk jiwa raga
    di antara jantan dan betina
    suami isteri bersatu tenaga
    hingga terasa di puncak dunia

    Persenyawaan bersatu nyawa
    di antara jantan dan betina
    menghayati hidup alam semesta
    dengan rasa kasih sayangnya

    Balas
  • 3. pakcikli00  |  15 Januari 2010 at 21:33

    Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

    Balas
  • 4. ibnukaduk  |  30 Januari 2010 at 23:53

    Salam, terimakasih kerana pernah menjadi penghuni dan sebahagian ahli keluarga kartun animasi bersiri pertama di Malaysia. Terimakasih juga kerana sokongan padu yang berpanjangan dan kefahaman yang jitu terhadap industri tersebut.

    Balas
  • 5. ibnukaduk  |  30 Januari 2010 at 23:58

    Sebenarnya sudah banyak animasi tempatan yang berkualiti diterbitkan, samada melalui geran MDEC, MOSTI, atau persendirian. Namun, ianya “tidak” ditayangkan di kaca TV tempatan. Inilah pokok persoalan yang sebenarnya. Di mana Animasi itu berada?

    Balas
  • 6. artikel komputer  |  14 Jun 2010 at 23:38

    agak bingung dengan isi post ini😀

    Balas
  • 7. ibnukaduk  |  15 Julai 2010 at 19:37

    Salam. Amat terkesan dengan coretan saudara. Meminati industri Animasi? Mahu turut serta menyokong pergerakannya? Sertai kami di fB animas-animation society of Malaysia.

    Saudara boleh juga mendaftar sebagai ahli persatuan animasi malaysia, dimana Kamn Ismail (pengarah Usop / Keluang man) sebagai presiden serta saya dan lain-lain ajk, sedang giat mempromosikan karya kartun berunyi tempatan, bukan kejipangan.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: