Apple

20 Januari 2010 at 17:53 Tinggalkan komen

Bukan cerita pasal buah epal yang kamu selalu makan tu. Ini tentang sebuah syarikat gergasi computer, Apple.  Sebuah jenama yang paling gempak di dalam perniagaan teknologi maklumat tetapi memerlukan kerja keras untuk mencapai statusnya seperti sekarang walaupun pernah di ambang kejatuhan sehinggalah kemunculan ‘i’.

Bukan disengajakan cara Apple menerima pandangan umum dari kerana logonya sendiri, sebiji epal yang digigit. Pereka logo Apple, Regis McKenna telah membentukkan dasarnya. Logo Apple yang pertama merujuk kepada maksud – Pengetahuan. Sebuah logo yang menggambarkan Newton sedang duduk di bawah sepohon epal yang diketahui ramai akan epal tersebut akan jatuh mengenai kepalanya.

Wawasan pemahaman kendiri yang amat tinggi pada peringkat awal telah membawa syarikat ini mengalami pasang surutnya. Bermula dengan kejayaan produk yang berinovatif dan kemudiannya ditenggelami oleh projek-projek terlebih canggih yang tak laku dek kerana harga yang mencekik darah dalam tempoh 20 tahun sehinggalah kemunculan iMac pada tahun 1998. Sejak dari itu, riwayat syarikat Apple telah berubah menjadi sebuah mitos yang lain – iaitu sentuhan Raja Midas. Apa sahaja yang di’sentuh’oleh Apple menjadi emas.

Apple telah ditubuhkan oleh Steve Jobs, seorang yang berwawasan, dan Steve Wozniak, seorang yang amat teliti. Wozniak membangunkan Apple II dengan system operasi DOS yang memberikan asas kepada kejayaan seterusnya.

Jobs pula telah bersungguh-sungguh membina Macintosh (dinamakan sempena sebiji epal yang sedap), dimana, telah menjadi computer desktop yang pertama untuk orang ramai sehingga mendorong syarikat Apple hingga ke tahap terkini.

Di antara jurang masa kemunculan kedua-dua produk di atas, juga terdapat Apple III dan Lisa. Komputer yang tidak diingini oleh sesiapa pun oleh kerana terlalu mahal mahupun sukar untuk dipasarkan ketika itu.

Disebabkan masalah teknikal dan penurunan jualan Macintosh, Jobs telah pergi meninggalkan syarikat. Tidak seperti Microsoft, Apple tidak dimiliki sepenuhnya oleh pengasasnya. Pegangannya dimiliki oleh ramai pemegan-pemegang saham, juga pada kini. Ia membuatkan Microsoft meningkatkan jumlah pegangan sekali ganda saham Apple menyamai pegangan Steve Jobs.

Selepas pemergian Jobs, pasang surut Apple berterusan: Macintosh Portable, notebook pertama, adalah setahun lebih kehadapan secara teknikal tetapi dijual dengan harga yang terlalu mahal.

Newton, PDA pertama dengan mempunyai terlalu banyak ralat.

Perjalanan syarikat masih diteruskan dalam pada masa perkakasan PowerPC dibawah dominasi Microsoft-Intel. Pada tahun 1995, Apple diambang bankrap dan hampir dijual, tetapi Sun menarik diri disaat akhir pembelian.

Krisis tersebut membuatkan Steve Jobs kembali memikul tanggungjawab Apple. Dengan NeXTStep, beliau menerajui pembangunan system operasi moden, dan kemudiannya menjadi asas kepada Mac OS X yang baru.

Inovasi terbesar pertama yang dilakukan oleh Jobs adalah computer dengan monitor di dalam bekas yang lutcahaya, iMac. Bagaimanapun, penggunaan ‘i’ tersebut bukannya memberi maksud ‘inventions’ tetapi lebih kepada ‘internet’.

Disusuli kemudiaanya produk yang mengukuhkan lagi kedudukan Apple di dalam pasaran, iPod, pemain media boleh-bawa (portable). Mengandungi inovasi-inovasi yang dinaik taraf seperti iPod Classic, iPod Nano, iPod Shuffle dan iPod Touch.

Di Persidangan dan Expo Macworld pada tahun 2007, Encik Steve Jobs mengumumkan produk yang paling dinanti-nantikan sebelum itu, iPhone. Gabungan diantara telefon pintar berinternet dan iPod. Dikuasakan oleh Mac OS X dalam versi yang telah diturunkan untuk kesesuaian peranti iPhone. Dalam persidangan yang sama juga, Encik Steve Jobs juga memperkenalkan produk terbaru, Apple TV.

Untuk tahun-tahun yang mendatang, pengguna dan penggemar produk Apple menjangkakan lebih banyak lagi produk-produk yang berinovatif akan dihasilkan. Walaubagaimanapun, keadaan kesihatan Steve Jobs yang terkini amat dibimbangi oleh syarikat Apple sehingga memberi kesan terhadap saham Apple di Nasdaq.

Garis masa produk Apple

Entry filed under: Sejarah. Tags: , , , , , , .

Kartun Fotografer Hari Ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: