Photoshop

3 Februari 2010 at 15:12 Tinggalkan komen

Photoshop memainkan peranan yang amat penting kepada pereka-pereka seni moden yang banyak bergantung dengan teknologi digital. Pada 10 Februari nanti, genaplah 20 tahun usia pembinaan Photoshop yang menyumbang kepada perkembangan seni digital dan grafik berkomputer.

Photoshop : Asal-Usul

Satu perkara yang amat menarik tentang Photoshop adalah pembabitan sebuah keluarga yang amat hebat yang ahli-ahlinya mempunyai kepakaran masing-masing. Seorang bapa yang bekerja sebagai profesor kejuruteraan dan dua orang anak, seorang pelajar PHD kejuruteraan dan seorang pakar kesan khas yang amat berbakat di Industrial Light and Magic (ILM). Mereka adalah penyumbang idea utama kepada pembinaan Photoshop pada awalnya.

Thomas Knoll, pelajar PHD, masih terlibat secara aktif di dalam projek-projek Photoshop untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Glenn Knoll, adalah seorang profesor di sebuah kolej. Mempunyai dua anak dan mempunyai dua hobi iaitu komputer dan fotografi. Beliau mempunyai bilik gelapnya sendiri di bawah rumah. Tak payah susah-susah nak pergi kedai gambar nak cuci kodak. Sebuah Apple II Plus juga di bawa ke rumah oleh beliau setelah mendapat kebenaran bertulis daripada majikan beliau.

Seperti kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Thomas Knoll telah mewarisi tabiat bapaknya dengan mengusung kamera kehulu-kehilir sampai nak pergi sekolah pun beliau bawak untuk mengambil gambar. Manakala adiknya pula, John Knoll,  telah membeli komputer Mac yang 1st model punya setelah bersuah payah menabung di dalam tabung ayam sejak dari darjah Tiga Anggur.

Dipendekkan cerita, pada tahun 1987, Thomas Knoll sedang menuntut ilmu kejuruteraan pada peringkat PHD di University of Michigan. Adik dia pulak bekerja di Industrial Light and Magic (ILM).

Thomas menulis subrutin untuk sebuah program untuk menterjemahkan imej monokrom di monitornya ke imej grayscale.

Kejayaan beliau setelah menulis subrutin tersebut telah mendorong beliau untuk  menulis lebih banyak program yang berkaitan dan lama kelamaan beliau mempunyai sejumlah program yang boleh digunakan untuk memproses efek fotografi pada imej digital.

John ada jugak ushar-ushar pada apa yang telah Thomas lakukan. John menyuruh Thomas membuat sebuah program lengkap untuk mengedit imej.

Hasil kerjasama antara kedua adik-beradik yang berlatar belakang sorang mempunyai kepakaran programming dan sorang lagi berbakat besar dalam bidang seni reka bentuk, mereka meningkatkan mutu dengan membangunkan proses yang lebih lengkap.

Meskipun projek ini sedikit sebanyak mengganggu kerja tesis Thomas, akhirnya program hasil ciptaan mereka berdua ‘Image Pro’ telah berjaya disiapkan pada tahun 1988.

John mencadangkan supaya Image Pro dijual sebagai sebuah aplikasi komputer.

Dalam masa enam bulan, mereka menjalankan usahasama dengan sebuah syarikat pengimbas (scanner la), Barneyscan. Syarikat tersebut membeli 200 buah salinan Image Pro untuk diborongkan sekali dengan produk pengimbas mereka.

Mereka juga cuba menjual kepada syarikat Supermac dan Aldus. Kedua-dua syarikat terbabit menolak mentah-mentah kerana tidak menganggap aplikasi tersebut boleh berjaya.  Satu tindakan yang amat dikesali oleh Aldus. Syarikat Aldus memang menyesal tak sudah selepas Adobe membeli aplikasi kedua adik beradik tersebut sehingga berjaya membawa kepada produk yang dikenali seantero dunia sebagai Adobe Photoshop.

Pada 10 Februari 1990, Adobe 1.0 telah dilancarkan.

Bersambung…
Disket

Entry filed under: Sejarah. Tags: , .

Kawan 1990 – Photoshop 1.0

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: