1990 – Photoshop 1.0
4 Februari 2010 at 18:31 5 comments
John Knoll, adik Thomas Knoll telah menyatakan program yang dibina oleh mereka sebagai program ‘kesan khas’. Terkejut dibuatnya staf-staf Adobe kerana menganggap ianya terlalu gimik pada masa itu. Bagaimanapun, mereka berjaya menyakinkan untuk meletakkan ‘kesan khas’ itu sebagai plug-in untuk Photoshop.
John dan staf-staf Adobe paksa-paksa Thomas untuk membuat penambahbaikan pada produk mereka sebelum ianya dipasarkan. Mentang-mentang Thomas ni nampak macam lurus bendul je, boleh makan la tu agaknya.
Versi pertama Photoshop hanya memaparkan nama 4 nama penulis program pada splash screennya. Untuk versi-versi yang seterusnya, semakin banyak senarai nama yang diletakkan. Pada versi yang lebih terkini, senarai nama telah dihadkan untuk orang-orang yang penting sahaja yang terlibat di dalam penulisan program Photoshop. Kalau nak bubuh jugak, gerenti penuh satu screen dengan nama diorang je masa loading splash screen tu.
Notakaki: Untuk versi-versi awal, Photoshop dibuat untuk komputer Mac sahaja.
Entry filed under: Sejarah. Tags: Adobe Photoshop 1.0.
5 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1.
zainura66 | 4 Februari 2010 at 19:23
Assalamulaikum,
Kalau tak salah makcik, sekarang ni versi terbaru adalah Adobe Photoshop CS4, tapi tak tahulah kalau makcik ketinggalan zaman pulak.
Salam ceria selalu.
2.
sylarius | 5 Februari 2010 at 08:48
Waalaikumsalam,
Memang tak salah pun makcik=)
Yang paling latest CS4, baru release tahun lepas.
3.
zainura66 | 5 Februari 2010 at 21:18
Assalamulaikum,
Boleh tak makcik buat pautan laman ni ke laman makcik di
http://wannura.wordpress.com/
Terima kasih. Salam ceria selalu
4.
sylarius | 6 Februari 2010 at 13:45
Bole aje kak =)
memang dialu-alukan..
5.
zainura66 | 6 Februari 2010 at 14:04
Assalamualaikum
Terima kasih.