1991 – Photoshop 2.0

6 Februari 2010 at 13:17 4 comments

Photoshop 2.0 memasukkan fungsi ‘path’, membolehkan pengguna membuat kerja ‘pemotongan’ pada objek dengan lebih mudah dan menyimpan laluan untuk kegunaan masa depan. Fungsi ini dibuat khas oleh jurutera kedua, Mark Hamburg yang diambil oleh Adobe untuk bekerja. Ketika bekerja dengan Adobe, Mark dipanggil dengan nama manja oleh rakan-rakan sekerja sebagai ‘Path Man’.

Sehingga Photoshop 2.0, hanya Thomas Knoll yang membuat kerja-kerja kejuruteraan perisian.

2.o turut menampilkan fungsi ‘rasterized’ untuk fail Illustrator. Menyokong penggunaan warna CMYK sehingga mendorong penggunaan Photoshop yang meluas pada industri percetakan dan yang terakhir, 2.0 turut memperkenalkan fungsi ‘pen tools’.

Ia memerlukan memori sebanyak 4Mb berbanding 2Mb untuk berfungsi dengan stabil.

Pada tahun 1992, Photoshop 2.5 dilancarkan dan diingati kerana ia dibina untuk sistem pengoperasian Windows. Kod-kod pemprograman telah ditukar secara menyeluruh untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, ia tidak begitu sempurna pada peringkat awalnya.

Pada versi Windows ini, ia menyokong fail 16 bit serta ditambah dengan fungsi ‘pallette’. Versi Windows ini pada awalnya mempunyai masalah ‘pepijat pada memori’, masalah pepijat ini membuatkan Mark Hamburg bagi nombor telefon dia pada sesiapa yang mempunyai masalah tersebut untuk dibantu. Versi yang siap dibaiki dinamakan sebagai Photoshop 2.5.1. Filter telah mempunyai menu dia sendiri pada versi ini. Gambar rajah print screen di bawah menunjukkan Photoshop 2.5 untuk versi Mac.Photoshop 2.0
Photoshop 2.0 Workspace

Entry filed under: Sejarah. Tags: , .

1990 – Photoshop 1.0 Tengah KL (KL Sentral)

4 Komen Add your own

  • 1. zainura66  |  6 Februari 2010 at 14:03

    Assalamualaikum,

    Bagus informasi ni. Jika makcik nak contact Mark Hamburg nak tanya tentang masalah pepijat memori, apa nombor taliponnya ?

    Ada apa idea tak nak cantikkan lagi imej dalam weblog makcik di :

    http://wannura.wordpress.com/

    Terima kasih. Salam ceria selalu.

    Balas
    • 2. sylarius  |  6 Februari 2010 at 15:23

      Dulu Encik Mark boleh bagi nombor phone dia lagi sebab masa tu dia masih bujang lagi. Sekarang dah tak boleh, nanti bini dia marah.

      Untuk weblog makcik, saya takda idea la untuk mencantikkan secara drastik. Sikit-sikit tu boleh la. Makcik gunakan theme yang boleh diubah header dia. Pastu taruk widget yang menarik. Buat yang simple-simple je. Asalkan content penuh dengan maklumat menarik.

      Maklumat lanjut http://justkhai.com/blog/perkara-pertama-perlu-anda-lakukan-bila-dah-ada-blog-wordpress/

      Balas
  • 3. zainura66  |  6 Februari 2010 at 19:46

    Assalamualaikum,

    Terima kasih anakanda sylarius, sebab dah banyak tolong makcik dengan informasi yang diberikan. Makcik dah ‘link’kan justkhai.com ke weblog makcik untuk dikongsikan dengan kawan-kawan wordpress yang lain, diharap jangan marah, ye! Sekiranya makcik mempunyai sebarang masalah komputer atau software seperti adobe photoshop, boleh ke makcik dapat tunjuk ajar dari anakanda nanti? Makcik bukan handal sangat di dalam adobe photoshop atau illustrator ni dan juga hal-hal hardware…kenalah belajar sikit walaupun agak terlewat skit, betl tak?

    Terima kasih, salam ceria selalu.

    Balas
  • 4. online  |  22 Februari 2010 at 18:06

    Ya, mungkin kerana itu

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: