Karan

20 Februari 2010 at 11:54 7 comments

Pada suatu hari, aku pulang ke negeri Johor setelah puas berhari raya cine di kampung halaman ku. Aku pulang dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu. Rumah aku dekat je dengan stesen keretapi. Jalan kaki tanpa keluar setitik peluh pun boleh sampai.

Sampai aje kat rumah. Aku check-check apa yang patut. Test bukak pili air. Air tak keluar. Normal sebab tempat aku ni memang selalu sangat ada krisis kekurangan air. Aku dah biasa sangat, lagipun Didier Drogba selalu balik kampung takda air pun tak kecoh. Inikan pulak aku.

Petik suis lampu, tak nyala. Isyh, tak kan black out? Jiran aku steady je pasang radio mini compo lagu-lagu rock leleh ciptaan Eddie Hamid kuat-kuat.  Black out jadahnyer. Takpe, aku boleh settle sendiri. Aku check kat Distirbution Box. Eh, semua naik. Takda lak yang turun ke bawah. Aku tanggalkan fius kasi check continuity guna multimeter. Ok je. Aku mula buntu. Senja mula menjelang. Aku tak suka solat dalam gelap.

Aku start motor, maghrib kat surau. Selesai solat dan salam-salam pusing keliling, aku tanya kat Wak. Ada orang pandai wiring api tak?

Wak rekemen sama aku Pakcik Din. Aku gerak dengan Wak kasi gegar rumah Pakcik Din. Pakcik Din suruh kitorang tunggu kejap, dia belum solat lagi.

Sekonyong-konyongnya, siap la Pakcik Din untuk gerak pergi rumah aku. Bawak test pen sudah. Kalau tak bawak apa pun takpe, rumah aku bersepah dengan testpen. Multimeter pun ada.

Sampai kat rumah aku. Pakcik Din petik main switch.

Pap!

Tiba-tiba rumah aku jadi terang-benderang. Pakcik Din terus kucar-kacir blah terus dari rumah aku. aku sempat ucap terima kasih sambil tersengih-sengih.

Macam mana aku boleh lupa nak check kat main switch. Lepas ni kalau aku cerita kat orang yang aku ada Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mesti orang tak percaya.

Ini semua Hafiz punya pasal. Apsal ko pergi offkan main switch?

Entry filed under: Cerita Aku. Tags: , .

Keretapi Kartun II

7 Komen Add your own

  • 1. saiful  |  22 Februari 2010 at 00:06

    hu…hu…hu… sadis…

    Balas
  • 2. pakcikli00  |  22 Februari 2010 at 21:56

    Asalamualaikum

    Kalau dah kawin, jangan menyewa disitu lagi. Dulu pakcik buat kajian apasal orang dekat station keretapi banyak anak sebab. Kadangkala setiap sebelum subuh keretapi singgah, mereka terkejut bunyi seren keretapi dari lena, nak bersiap pergi kerja awal sangat, nak tidur, takut terlelap hingga ke pagi. Maka kalau ada bini apa lagi faham faham sajalah, untuk memanas dikedingginan pagi, kalau dah tiap tiap hari, lama lama bersusun le, letih.

    Balas
  • 3. pakcikli00  |  23 Februari 2010 at 17:28

    Asalamualaikum

    Rajin sikit pos intri, pakcik promo blog ini di alamat di bawah:

    http://pakcikliasmara.wordpress.com/

    Balas
    • 4. sylarius  |  3 Mac 2010 at 10:59

      tengkiu pakcik =)
      tak lama lagi lepas saya dah bina mesjid, pasti saya akan lebih kerap mengunjungi blog panduan pakcik, insyaAllah.

      Balas
  • 5. zainura66  |  24 Februari 2010 at 14:14

    Assalamualaikum,

    Mula2 sekali makcik nak ucap tahniah sebab dah jadi tunangan orang. Makcik harap tunang anakanda tak marah makcik menyelit di sini dengan 3 kuntuman bunga matahari disini… makcik dah ada pakcikli00 seorang cukup le. Makcik dah lama tak menziarahi anakanda, dah macam2 cerita yang makcik baca..jangan2 ini penangan orang lepas bertunang agaknya. Makcik nak tanya sikit boleh tak? Makcik teringin nak buat macam anakanda Mran3238 tu, setiap entri yang panjang boleh diringkaskan. Anakanda tahu tak tekniknya. Nak tanya anakanda Mran takut mengganggu pulak sebab tengah sibuk berentap nak dapat top-post di WordPress. Makcik harap anakanda boleh tolong ajar makcik, ye! Terima kasih.

    Salam ceria selalu. p/s: bila nak jadi ‘suami orang’ pulak ?

    Balas
    • 6. sylarius  |  24 Februari 2010 at 15:31

      sori la makcik. saya tak dapat la nak tolong. saya sendiri pun tak tau macam mana nak ringkaskan. Kalo saya tau, saya sendiri yang akan lakukannya pada blog saya ni.

      InsyaAllah, dalam tahun ni kot saya jadi suami orang. hehe

      Balas
  • 7. zainura66  |  24 Februari 2010 at 16:05

    Assalamualaikum,

    Tak apalah kalau gitu. Macamana pun terima kasih beri perhatian.

    Salam ceria selalu.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: