Kartun II

2 Mac 2010 at 08:48 1 komen

Dahulu di kala aku masih di bangku sekolah rendah, masa pergi sekolah pakai beg swan, kasut pallas twinkle dan dalam poket ada bola tennis untuk main ‘beduk’ kat tengah padang dengan kengkawan, aku masih teringat akan kebangkitan siri animasi tempatan yang dipelopori oleh siri Usop Sontorian keluaran Kharisma Publications. Selepas kejayaan siri Usop Sontorian ke udara di stesen televisyen tempatan, muncul beberapa siri animasi tempatan yang memenuhi slot tayangan televisyen. Siri-siri animasi tempatan yang muncul pada ketika penghujung dekad 90-an amat mengesankan kepada aku dan kanak-kanak seusiaku pada ketika itu.

1. Usop Sontorian

Hasil cetusan idea salah seorang kartunis otai Malaysia, brader Ujang. Siri tersebut aku rasa adalah siri animasi yang pertama ditayangkan di stesen televisyen Malaysia. Aku tak tau diorang ni buat animation pakai software aper time tu. Cuma apa yang aku rasa, masa tu nak buat animasi kat Malaysia time tu memang susah. Bidang IT tak berkembang lagi masa tu. Cerita Usop Sontorian ni berkisar tentang kisah seorang budak bernama Usop yang tinggal di kampung di Parit Sonto. Tiap-tiap episod ni mesti memang ada lawak punya. Lawak style Majalah Ujang time tu, memang sempoi, kalau korang baca curi-curi kat kedai mamak pun boleh bantai gelak guling-guling. Watak yang paling best dalam cerita tu, Singh. Aku tak tau apa nama lain dia. Best sebab suara dia ada iras-iras Accapan. Mula-mula aku ingatkan Accapan yang kasi sumbangkan suara.

Watak-watak lain, Dol, Abu, Ah Kim, Velu, Abang Bidin, Kak Kiah, itu je la yang aku ingat. Episod yang paling aku suka, Main Rakit, sebab dalam episod tu ada macam adventure sikit.

2. Yokkies

Kisah sekeluarga makhluk yang berbentuk telur yang tinggal di dalam rumah berbentuk telur. Diorang ni makhluk asing kerdil agaknya. Aku tak folo sangat. Adik aku je yang suka layan time tu.

3. Man Spider

Dia punya promotion boleh tahan jugak. Selalu jugak tunjuk macam ‘The Making’ siri tu kat dalam rancangan-rancangan berbentuk dokumentari masa tu. Makan tahun jugak la tunjuk dia punya ‘The Making’ tu. Alih-alih senyap je. Tak tau apa cerita sampai sekarang. Tak siap lagi agaknya.

4. Sang Wira

Cerita pasal makhluk asing yang berbentuk rimau kaler biru. Kapal angkasa dia rosak pastu tersadai kat sebuah kampung di Malaysia, lalu berkawan dengan sorang budak. Ada barang canggih berbentuk macam jam tangan. Siri animasi ni ada macam janggal sikit pada pergerakan dia. Time jalan nampak laju, time berlari nampak macam perlahan pulak. Lagu tema dia,

~Sang Wira dari Planet Jingga~

5. Keluang Man

Batman versi Malaysia. Watak utama dia bernama Borhan adalah seorang pesakit mental dari Hospital Tumpoi. Malam-malam dia menyamar jadi Keluang Man untuk membanteras jenayah. Siap ada partner macam Robin lagi dengan nama samaran Tiong Man. Keluang Man ni terer silat. Episod paling best, masa lawan dengan samurai dari Jepun. Animasi Keluang Man bagi aku adalah yang paling cantik dalam episod tu.

————————————————————————————————————-

Siri animasi Malaysia yang lain, aku dah tak berapa nak folo sangat sebab aku sudah semakin meningkat remaja masa tu. Dah naik sekolah menengah, mula la pandai nak bergaya bila keluar rumah. Pakai adorono, brylcreem, sikat rambut belah tengah, ushar-ushar awek adalah antara aktiviti yang dianggap wajib untuk para remaja yang baru nak up pada ketika itu.

Entry filed under: Cerita Aku. Tags: , , , .

Karan Sains Cinta

1 Komen Add your own

  • 1. ibnukaduk  |  15 Julai 2010 at 19:34

    Salam. Amat terkesan dengan coretan saudara. Meminati industri Animasi? Mahu turut serta menyokong pergerakannya? Sertai kami di fB animas-animation society of Malaysia.

    Saudara boleh juga mendaftar sebagai ahli persatuan animasi malaysia, dimana Kamn Ismail (pengarah Usop / Keluang man) sebagai presiden serta saya dan lain-lain ajk, sedang giat mempromosikan karya kartun berunyi tempatan, bukan kejipangan.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: