Lenovo ThinkPad SL410

9 Mac 2010 at 08:27 1 komen

Dah lama aku takda bercerita tentang computer. Nama je blog tentang computer, tapi banyak cerita tentang hal lain. Dah macam takda semangat cintakan IT langsung la aku ni. Asyik mengumpat pasal diri sendiri je.

Ok la, kali ni aku nak buat reviu pasal barang-barang computer lak. Barang ini hari adalah

Lenovo ThinkPad SL410

Laptop siri ini sering dikaitkan secara langsung dengan kegunaan untuk perniagaan dan pengurusan. Rekabentuk kelihatan amat skema dan menggunakan warna-warna yang gelap sahaja menunjukkan betapa seriusnya laptop ini untuk digunakan untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan perniagaan dan pengurusan. Pada masa ini, rekabentuk laptop amat popular dengan warna-warna glos. Apa-apa hal pun, laptop ini amat sesuai untuk tujuan kerja-kerja perniagaan, nak lebih-lebih macam untuk gaming laptop memang tak dapat la beb.

Mengekalkan ciri-ciri tradisional ThinkPad, SL410 berwajah amat 90’an. Pada butang kekunci ‘Enter’ masih berwarna biru gelap dan terdapat jugak ‘Pointing Stick’, yang di kombokan sekali dengan ‘track pad’. Kekunci untuk bahana (volume) yang berbentuk butang kecil terletak pada bahagian hujung kiri di sebelah atas bersama-sama butang-butang lain untuk kegunaan kawalan main semula video dan juga audio. Labuhan Ethernet dan eSATA juga terdapat di sisi. Apa yang agak mengecewakan adalah ketiadaan ThinkLight yang menjadi trademark laptop-laptop ThinkPad.

Laptop ini amat ringan jika hendak dibandingkan dengan ciri rekabentuknya berserta paparan skrin 14 inci. Penggunaan laptop amat lancar begitu juga dengan kawalan navigasi dan kerja menaip . Paparannya juga amat terang, jelas dan nyata lagi sedap mata memandang. Fungsi main semula audio juga amat baik, jadi kamu boleh enjoy dengar muzik kegemaran ketika sedang bekerja. Prestasi baterinya juga boleh tahan.  Aku pernah try menggunakan pada keupayaan pada tetapan yang tertinggi sehingga 5 jam lebih dan ia masih mempunyai baki tenaga untuk 45 minit seterusnya.

SL140 dikuasakan oleh cip mikropemproses Intel Core 2 Duo T5870 dengan memori DDR3 2GB dan juga kapasiti ruangan 320GB. Spesifikasi ini amat memadai untuk kegunaan kerja-kerja pejabat. Ia boleh mengoperasikan hampir kesemua jenis program yang dipasangkan walaupun Intel 4 Series Express Chipset ini bukanlah jenis yang cenderung ke arah grafik dan tidak boleh dinaiktaraf.

Menggunakan ThinkPad, kamu boleh menjangkakan yang Lenovo akan memperkenalkan ciri-ciri  yang bersifat business-centric dan juga aplikasi-aplikasi yang amat membantu seperti Lenovo Centre dan peralatan Think Vantage. Untuk tambahan ciri-ciri keselamatan, fungsi pengesan cap jari juga boleh disertakan sekali.

Kesimpulan:

Lenovo ThinkPad SL410 masih mengekalkan ciri-ciri yang ada pada siri-siri Laptop ThinkPad dan amat lancar kepenggunaannya walaupun dengan ketiadaan GPU dan jugak ThinkLight.

Harga RM2399
CPU Intel Core 2 Duo T5870 @ 2GHz
RAM 2GB
OS Windows 7 Professional 32-bit
Paparan 14-inci VibrantView dengan cover Matte hitam
Cakera keras 320GB
Penyambungan Bluetooth, Wi-Fi, 3 x USB, Ethernet, eSATA,HDMI
Tambahan Webcam, Pembaca Kad Flash
Dimensi 338.4 x 240 x 24 – 28.9 mm
Berat 1.9 kg

Entry filed under: Barang Baik, Info IT. Tags: , , .

Sains Cinta Dua Puluh Sepuluh

1 Komen Add your own

  • 1. Ahmad  |  6 April 2010 at 09:20

    Salam, kalau sesiapa ingin membeli laptop di atas, sila hubungi saya di snmo1380@yahoo.com. Offer price sehingga akhir April adalah RM2299.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: