Air

18 Mac 2010 at 11:13 2 comments

Sudah masuk hari kesebelas tempat tinggal aku di Paloh mengalami keputusan bekalan air paip. Paip-paip yang biasanya boleh mengeluarkan air apabila diputarkan kepala pilinya tidak lagi boleh berfungsi seperti biasa, tidak lagi boleh mengeluarkan air sejak sebelas hari yang lalu.

Air bersih dibekalkan kepada penduduk-penduduk dengan menggunakan lori-lori tangki. Penduduk akan menadah air dengan bekas-bekas yang mereka ada. Ada yang besar dan ada yang kecil. Harga bekas-bekas menyimpan air melonjak naik di pasaran. Tong-tong air besar diletakkan dihadapan premis masing-masing adalah pemandangan yang biasa. Terdapat juga sesetengah penduduk yang mundar-mandir mengusung bekas-bekas air dengan kenderaan masing-masing, dari sekecil-kecil basikal, sehinggalah sebesar-sebesar lori pikap untuk mencari air.

Paloh sering mengalami keputusan bekalan air. Tapi tidak seteruk yang dialami kali ini. Tidak pernah Paloh tiada bekalan air sehingga sebelas hari berturut-turut. Selalunya, dalam 2-3 hari sahaja.

Banyak urusan terganggu kerana tiada air. Ditambah pula dengan musim cuti sekolah sekarang ini, banyak diadakan majlis-majlis keramaian seperti majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Sedikit sebanyak ia agak menyulitkan terutama apabila hendak membasuh perkakasan kenduri-kendara. Dengan kekurangan air, basuh pun nak tak nak jer la. Tak berapa nak bersih, maka kejadian hadirin cirit-birit lepas makan kenduri semakin berleluasa.

Aku pula, pakaian aku sudah seminggu lebih tidak dibasuh. Air yang ditadah lebih diperlukan untuk kegunaan lain seperti untuk minum, mandi dan beribadat. Kadangkala, aku akan berjemaah di surau untuk menjimatkan penggunaan air di rumah.

Tiada apa yang dapat aku lakukan untuk menangani permasalahan ini. Melainkan hanya berdoa, terus berdoa dan berdoa.

Entry filed under: Cerita Aku. Tags: , .

Ramalan Kaji Cuaca Negeri Johor Tamatan Fizikal (Physical Termination)

2 Komen Add your own

  • 1. pakcikli00  |  18 Mac 2010 at 13:59

    Asalamualaikum

    Orang Singgapura yang beli air dari Johor tak pernah gaduh tiada air. Air kat Johor habis dijual ke pada Singgapura ke ?. Kera di hutan dimandikan anak dirumah kekeringan.

    Suatu masa nanti mungkin kita kekurangan udara pula. Tapi la ni pun banyak yang dah separuh nyawa kerana susah nak bernafas kerana desak memanjang.

    Sabar saja le yeop !.

    Balas
    • 2. sylarius  |  18 Mac 2010 at 16:19

      Waalaikumsalam =)

      Ntah la pakcik. saya pun tak tau. lagipun sekarang ni musim kemarau. redha jer la. tak lama lagi ada la air tu macam biasa.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: