Cikaro?

4 April 2010 at 23:10 13 comments

Zaman sekarang ni nak kahwin dah makin susah. Kalau tak kahwin kang, macam melawan fitrah la pulak kan. Maka, sebagai alternatif untuk meluahkan rasa cinta yang membuak-buak tu, wujud lah istilah kapel. Dalam pasangan itu, si perempuan akan dikenali sebagai makwe, marka, mata air dan awek. Paling terkini, seiring dengan perkembangan filem-filem berkaitan mat rempit yang semakin laku di layar perak, istilah cikaro diguna pakai. Tapi, kenapa cikaro?

Walaupun aku bukan seorang mat rempit, rasanya aku faham sangat denga maksud cikaro tu. Mengikut Urban Dictionaries versi Ipoh, cikaro membawa maksud perempuan yang boleh dikekah sesuka hati bersama rakan-rakan seperti bohsia tetapi lebih teruk level dia daripada bohsia sebab tahap ke’cun’an yang sama tahap dengan muka pecah rumah. Bohsia mempunyai paras rupa yang lebih menarik.

Budak-budak sekarang ni main sebut je ikut apa yang ada kat dalam tv dan media massa lain.

‘You are my only cikaro. Come to papa,’

Cilake. Pelakon tu boleh lak sebut macam cikaro tu maksud dia kekasih. Kekasih hapenye. Stok boleh kena kekah. Dah lari maksud tu. Kemungkinan besar, istilah cikaro ini akan digunapakai secara meluas pada masa akan datang kerana filem yang mempopularkan istilah cikaro sebagai kekasih ini akan dibuat dalam bentuk drama bersiri.

Updated:

Ada satu lagu System of a Down yang liriknya berbunyi begini,

We’re the cruel regulators smoking
CIGARO CIGARO CIGARO
Cool, in denial
We’re the cruel regulators smoking
CIGARO CIGARO CIGARO

Mungkin asalnya istilah ni dipetik daripada lagu System of a Down dalam album Mesmerize.

Entry filed under: Cerita Aku. Tags: , , .

13 Rekabentuk Pemacu USB yang Ranggi Flash Disinfector

13 Komen Add your own

  • 1. ardinihumaira  |  4 April 2010 at 23:20

    di abpbh tadi pon ado cikaro.. tak sesuai je kan? oh masyarakat melayu…😥

    Balas
    • 2. sylarius  |  4 April 2010 at 23:22

      Memang sangat tak sesuai kerana konotasi tersebut terang-terang anggap perempuan sebagai alat.

      Balas
  • 3. bom321  |  4 April 2010 at 23:52

    ayat adnan sempit tak bleh blah!
    buat aku tersenyum lebar!

    Balas
  • 4. pakcikli00  |  5 April 2010 at 00:18

    Asalamualaikum

    Tuan tuan dan puan puan,

    Jadi orang melayu mudah, Kenapa Melayu rosak sebab TV, filem, IT, dan macam macam lagi. Apa sebab Melayu miskin kerana bangsa lain kaya, Apa sebab Muda mudi gila seks ? sebab filem lucah, weblog Dukun Asmara dan seribu satu macam alasan lagi. Kalau umpama naik kapal, orang Melayu bukannya ingin membetulkan layar atau kemudi tapi nak betul, angin, ombak dan cuaca. Dan bila terlangkup alasannya mudah kerana angin ombak dan cuaca. Menjerik terpekik terlolong nak jadi tuan konon tapi perangai macam perempuan, maka banyaklah yang mengalami sakit Tuan dan Puan.

    Terima kaseh salam hormat.

    Balas
    • 5. sylarius  |  6 April 2010 at 09:16

      Sebab tu la wujudnya lagu Bangau Oh Bangau. Hehe :-p

      Balas
  • 6. Nurul  |  6 April 2010 at 11:09

    oh. maksud cikaro itu macam yang encik sebut kat atas tu ye? hmm. baru la saya tahu.. kalau la ada sapa2 panggil saya macam itu, saya bagi penampar sedas dua……

    thanks.

    Balas
  • 7. jalanakhirat  |  8 April 2010 at 15:26

    Asalamualaikum

    Tolonng Tuan Tukang Komputer beri penerangangan lebih panjang lebar kepada anakanda Nurul mengenai Cikaro ! kesian.

    Terima kaseh salam hormat.

    Balas
  • 8. Lord Wyxor  |  6 September 2010 at 19:12

    LOLO LOL OL LOLLOL WTF YO? Aku pun dah pelik ramai gile kat sekolah aku gune istilah ‘cikaro’ nih.

    Aku first first pun macam WATAFAKING HELL ARE THEY TALKIN BOUT tapi lame lame baru aku paham maksudnye cam pompuan yang slutty2 sikit and yang murah. LAWL!

    XLEH BLAH LA SIAL! ANyways gonna go play CoD4 nao cyas.

    Balas
  • 9. adam  |  24 September 2010 at 23:06

    kalau x silap aku istilah tu dah lama pakai. Keluar kat majalah Ujang ke apa dulu dan mmg dinyatakan maksudnya bukannya elok sangat.

    dah tau bgtu, jgn la pakai lg istilah tu kan.

    Balas
  • 10. mal  |  6 Oktober 2010 at 13:35

    Maksud sebenar cikaro ialah ‘cerita(citer) karut(lucah)’

    Balas
  • 11. muza  |  14 November 2010 at 23:09

    Kt skolh aq ada la 2 3 dak yg aq dgr dyorg 2 cikaro,,,ada gak 1 2 kenalan aq ngaku pnh ratah dyorg,,,sdh2

    Balas
  • 12. wan  |  20 Mei 2011 at 10:32

    baru hari ni tau maksud cikaro. ingatkan nama spesis cicak. LOL

    Balas
  • 13. kamusdialek  |  5 Januari 2012 at 23:57

    makna cikaro di KamusDialek(urbandictionary versi melaysia)

    http://kamusdialek.com/maksud.php?char=C&kd_id=140&dialek=cikaro

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: