Final Piala F.A. 2010 – Negeri Sembilan lwn Kedah

11 April 2010 at 09:42 5 comments

Keputusan perlawanan,

Negeri Sembilan 1 – Kedah 1 (Negeri Sembilan menang penalti, 5-4)

Takda apa yang nak diulaskan. Memang betul-betul menonton perlawanan bola sepak Malaysia yang tipikal. Rasa macam tengok Raja Lawak pun ada. Kitorang punya gelak masa tengok sampai berair mata. Banyak persoalan yang dilontarkan di dalam fikiran aku semasa menonton perlawanan main bola petang-petang final Piala F.A. semalam.

  1. Kenapa 1st half main cantik, 2nd half main macam haram?
  2. Kenapa kat kawasan tengah-tengah bangku penonton tu dikosongkan? Nampak macam stadium kosong, kalau iya pun nak asingkan penyokong, kenapa tak bagi kosongkan kat sebelah belakang tiang gol? Apa barang tengok bola duduk kat belakang tiang.
  3. Tengah Syahrul Nizam Mustafa (Kedah) nak buat lontaran ke dalam, tiba-tiba ada bola lagi sebijik masuk kat dalam padang. Linesman pegang tangan Syahrul Nizam, tak kasi baling. Ref dengan linesman nak pilih bola yang mana satu diorang pakai tadi.
  4. Apesal player-player ni clearkan bola pejam mata? Main sepak je, asalkan bola tu keluar dari kawasan diorang. Normal kot buat macam tu kalau main dalam liga tempatan. Mungkin aku sudah terlebih menonton perlawanan bola sepak Eropah dan terbawa-bawa dengan corak permainan Arsenal yang depan pintu gol pun defend boleh main pass-pass lagi.
  5. Kenapa suruh goalkeeper Helmi Eliza Alias yang pergi ambik sepakan penalti?

Entry filed under: Cerita Aku. Tags: .

Flash Disinfector Kepala Plag

5 Komen Add your own

  • 1. Mr Kamikaze  |  11 April 2010 at 10:16

    Tuelah pasal…jika dibandingkan zaman bola sepak kita masa Allahyarham Mokhtar Dahari lg bgus jika dibandingkan dgn sekarang…gaji, elaun dan kemudahan mcm2…tp main mcm budk2 sekolah…

    Masa zaman Allahyarham Mokhtar Dahari, Jepun pun takut dan gerun jika jumpa team Malaysia…tapi sekarang…boleh makan kuaci lg sambil belasah Malaysia…

    Balas
    • 2. sylarius  |  11 April 2010 at 11:00

      Aku yakin hantar team MSSD bawah 18 tahun pun boleh kasi tapaw dengan dua-dua team semalam. Aku macam tak percaya je level pemain wakil negeri macam ni punya cilake.

      Balas
  • 3. anis alya  |  11 April 2010 at 18:09

    tau tak nk buat mcm mane utk elak error dkt ruangn html.nk edit pun ssh la…

    Balas
  • 4. Azizi Zulkefli  |  11 April 2010 at 21:13

    Kelakar bila tgk keeper ambik penalti tak masuk.

    Balas
  • 5. thanaif  |  13 April 2010 at 01:14

    Padang bola sahajakah tempat kekuatan sebenar ummah?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: