Kepala Plag

13 April 2010 at 20:46 Tinggalkan komen

Kepala-kepala plag 3 pin di Malaysia adalah mengikut piawaian British dan ia merupakan piawai yang bapak paling besar berbanding piawai kepala plag 3 pin lain di seluruh dunia. Mungkin dengan kebesaran piawai kepala plag ini dapat menunjukkan akan betapa ‘besar kepala’nya orang-orang British ini secara simbolik. Justeru itu, pelajar RCA (Royal College Art atau dikenali sebagai Kolej Seni Diraja di Britain) Choi Min-Kyu telah mereka bentuk sebuah kepala plag 3 pin mengikut piawai British yang boleh dilipat-lipat .

‘Mac Book Air adalah laptop yang paling nipis di dunia. Bagaimanapun di UK, kami masih menggunakan kepala plag 3-pin yang paling besar di dunia,’ ujar Choi.

Plag ini hanyalah selebar 10mm apabila dilipat. Untuk membukanya, kedua-dua pin hidup dan neutral perlu diputarkan kepada 90 darjah. Kemudiannya, bekas plastik dikelilingnya akan terbuka untuk membentuk sama seperti kepala plag 3-pin yang biasa. Idea rekaan ini turut didatangkan dengan adapter multi-plag. Sebuah adapter kompak yang boleh memuatkan 3 kepala plag yang boleh dilipat-lipat, termasuk juga adapter USB untuk kegunaan peralatan yang menyokong USB.

Rekaan seperti ini amat dihargai kedatangannya, kerana untuk tahun-tahun akan datang, peralatan-peralatan elektronik dijangka akan semakin mengecil sedangkan pada masa yang sama, kepala plag 3-pin yang digunakan selama ini tidak pernah diubah rekabentuknya sejak tahun 1946. Choi telah mengaplikasikan teknik pengubahsuaian terhadap barangan kegunaan harian yang selalunya dipandang sepi oleh para pereka dengan membuat pengubahsuaian yang amat drastik terhadap peralatan itu. Sesuatu cara berfikir yang amat bagus dan jarang didapati pada masa kini.


2
3
4
5
6
7
8
9
1011

Maklumat lanjut dari http://www.minkyu.co.uk/Site/_.html

Entry filed under: Barang Baik. Tags: , .

Final Piala F.A. 2010 – Negeri Sembilan lwn Kedah Ada apa dengan RedMummy?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: