MSI Wind U160 Netbook

19 April 2010 at 20:15 4 comments

MSI U160
MSI baru sahaja melancarkan model netbook terbarunya, U160, untuk menyambung kesinambungan kejayaan model U100, antara netbook terbaik dekad ini. Pastinya, keupayaan dalamannya telah dipertingkatkan disamping rupa bentuk luarannya yang lebih menarik.

Netbook generasi terkini menggunakan platform cip pemprosesan Intel yang terbaru, Pinetrail. Kelainan pada cip pemprosesan ini adalah pemproses grafik telah dipindahkan dari Northbridge dan diintegrasi ke dalam CPU. Komponen northbridge yang lain turut dipindahkan termasuklah memory controller. Tanpa northbridge, platform Pinetrail mempunyai hanya 2 cip, CPU dan Southbridge. Southbridge berfungsi menguruskan keseluruhan I/O (input/output) sistem. Prosesor N450 ini berkelajuan 1.66GHz, laju sedikit daripada generasi yang sebelumnya. Bagaimanapun, semasa aku menjalankan pengujian ke atas netbook ini, didapati CPU ini mencanak naik pada 1,713MHz. Ini bermakna ia telah di’overclock’kan sedikit, ini memberikan sedikit kelebihan pada keupayaannya tanpa perlu mengorbankan tahap kestabilan sistem.

Memori yang disediakan tanpa naik taraf (upgrade) adalah 1GB, DDR2-800MHz RAM. Netbook yang menggunakan cip pemprosesan Pinetrail ini masih lagi mengehadkan maksima memori pada 2GB sahaja. Aku cadangkan, naik taraf aje la walaupun kamu menggunakan Windows 7. Bukannya luak pun kalau kasi upgrade sikit. Ye dak?

Kapasiti simpanan data cakera keras yang disediakan adalah 160GB pacuan SATA dan ia adalah mencukupi. Lain la jika kamu adalah seorang kaki sedut video dan lagu yang tegar.

Paparan untuk netbook ini adalah sama seperti netbook yang biasa didapati di pasaran. LCD bersaiz 10” dan paparan resolusi 1,024 x 600 piksel. Inilah dia, pada pendapat aku la kan, kelemahan utama pada netbook-netbook. Piksel dia tak berapa nak cukup untuk memberikan paparan yang terbaik untuk sesetengah website dan untuk memaparkan dokumen-dokumen. Patut para pembuat netbook perlu menaikkan taraf paparan hingga 1,366 x 768. Selain dari itu, tahap kecerahan paparan dan rupa bentuk perkataan adalah baik. Ia menggunakan LED backlights dan panel paparannya adalah lebih nipis dan lebih ringan.

Macam biasa, kesemua jumlah labuhan USB yang terdapat pada netbook ini adalah sebanyak 3 buah. Labuhan keluar untuk VGA juga disediakan termasuk labuhan ethernet jack RJ-45. Pada model terbaru ini, penggunan akan mendapat 802.11b/g/n, ia adalah berita baik untuk pengguna yang mempunyai sambungan wireless N. Bluetooth 2.1 (dengan EDR) juga disertakan sekali. Juga diletakkan webcam 1.3Megapiksel diletakkan pada sisi atas paparan. Netbook ini mempunyai bateri 6-sel yang agak besar sehingga membuatkan netbook ini kelihatan terjungkit ke belakang sedikit dan menambah sedikit berat. Bagaimanapun ia sangat berbaloi untuk menambah masa kepenggunaan sehingga 3-4 jam lamanya.

Alang-alang, aku turut menguji tahap stamina bateri laptop ini dengan menggunakan MobileMark 2007. Ia mencatat masa sepanjang 549 minit, bersamaan dengan 9 jam 9 minit. Takda la sampai 15 jam pun sebagaimana yang diwar-warkan di dalam laman rasmi MSI. Itupun, dah sampai 9 jam lebih tu dah kira ok la. Cukup la untuk buat tengok-tengok movie dalam perjalanan menaiki bas.

Pada keseluruhannya, aku amat meminati siri-siri netbook U1xx keluaran MSI. Rupa luarannya tidak mengecewakan dengan ketebalan tak sampai seinci dan berat dalam sekilo lebih. Kos pada pelancarannya adalah RM1,499. Jika kamu tercari-cari netbook apa yang terbaik di pasaran, MSI Wind U160 mungkin adalah pilihan kamu.

Sumber imej dari www.netbooknews.de

Entry filed under: Uncategorized. Tags: , , , .

Insomnia Nintendo Playstation

4 Komen Add your own

  • 1. quyah  |  20 April 2010 at 09:57

    beli kan 1 leh x laling..
    ngeh3..=P

    Balas
    • 2. sylarius  |  21 April 2010 at 00:46

      Bole jer. Berapa bijik ayang nak? =p

      Balas
  • 3. quyah  |  21 April 2010 at 12:44

    ayg guwau jew lorrr…=)

    Balas
  • 4. artikel komputer  |  17 Jun 2010 at 00:58

    wah berapa ya harga nya bila di rupiah kan😀
    hehe…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter


%d bloggers like this: