Posts filed under ‘Cerita Aku’

Cikaro?

Zaman sekarang ni nak kahwin dah makin susah. Kalau tak kahwin kang, macam melawan fitrah la pulak kan. Maka, sebagai alternatif untuk meluahkan rasa cinta yang membuak-buak tu, wujud lah istilah kapel. Dalam pasangan itu, si perempuan akan dikenali sebagai makwe, marka, mata air dan awek. Paling terkini, seiring dengan perkembangan filem-filem berkaitan mat rempit yang semakin laku di layar perak, istilah cikaro diguna pakai. Tapi, kenapa cikaro?

Walaupun aku bukan seorang mat rempit, rasanya aku faham sangat denga maksud cikaro tu. Mengikut Urban Dictionaries versi Ipoh, cikaro membawa maksud perempuan yang boleh dikekah sesuka hati bersama rakan-rakan seperti bohsia tetapi lebih teruk level dia daripada bohsia sebab tahap ke’cun’an yang sama tahap dengan muka pecah rumah. Bohsia mempunyai paras rupa yang lebih menarik.

Budak-budak sekarang ni main sebut je ikut apa yang ada kat dalam tv dan media massa lain.

‘You are my only cikaro. Come to papa,’

Cilake. Pelakon tu boleh lak sebut macam cikaro tu maksud dia kekasih. Kekasih hapenye. Stok boleh kena kekah. Dah lari maksud tu. Kemungkinan besar, istilah cikaro ini akan digunapakai secara meluas pada masa akan datang kerana filem yang mempopularkan istilah cikaro sebagai kekasih ini akan dibuat dalam bentuk drama bersiri.

Updated:

Ada satu lagu System of a Down yang liriknya berbunyi begini,

We’re the cruel regulators smoking
CIGARO CIGARO CIGARO
Cool, in denial
We’re the cruel regulators smoking
CIGARO CIGARO CIGARO

Mungkin asalnya istilah ni dipetik daripada lagu System of a Down dalam album Mesmerize.

Advertisements

4 April 2010 at 23:10 13 comments

Berjaya atau Gagal

Orang BERJAYA nampak PELUANG.. Orang GAGAL nampak MASALAH..Orang BERJAYA nampak UNTUNG..Orang GAGAL nampak RUGI .. Orang BERJAYA focus PADA GANJARAN Orang GAGAL focus PADA RISIKO … DI MANA DIRI AWAK SEKARANG?? GAGAL @ BERJAYA??? Jika anda ingin membuat perubahan keatas kehidupan anda HARI INI, ambil lah langkah pertama dengan sms no phone ke inbox saya.

(selanjutnya…)

3 April 2010 at 09:37 Tinggalkan komen

The Surest Way to Corrupt Youth Is to Instruct Him to Hold in Higher Esteem Those Who Think Alike than Those Who Think Differently

Budak-budak sekarang ni mudah sangat bangga diri.

24 Mac 2010 at 09:31 Tinggalkan komen

Air

Sudah masuk hari kesebelas tempat tinggal aku di Paloh mengalami keputusan bekalan air paip. Paip-paip yang biasanya boleh mengeluarkan air apabila diputarkan kepala pilinya tidak lagi boleh berfungsi seperti biasa, tidak lagi boleh mengeluarkan air sejak sebelas hari yang lalu.

Air bersih dibekalkan kepada penduduk-penduduk dengan menggunakan lori-lori tangki. Penduduk akan menadah air (selanjutnya…)

18 Mac 2010 at 11:13 2 comments

Ramalan Kaji Cuaca Negeri Johor

Pada hari ini bersamaan 16 Mac 2010, tiada hujan diramalkan turun pada sebelah pagi. Hujan dengan ribut petir diramalkan di satu dua tempat di kawasan barat, lain-lain tempat tiada hujan. Pada sebelah malam dijangkakan tiada hujan. Sekian dimaklumkan.

Sajer tengok laman sesawang Jabatan Kaji Cuaca tadi. Mana la tau kot-kot ada bagitau dalam tempoh tujuh hari ni ada hujan dengan ribut petir kat Empangan Sungai Semberong. Bole la pili air kat rumah aku berfungsi semula seperti biasa.

16 Mac 2010 at 09:11 2 comments

Dua Puluh Sepuluh

Sebut kuat-kuat tahun ‘1810’. Pastu sebut kuat-kuat tahun ‘1985’. Ada nampak ka? Ia lebih mudah, cepat dan pendek untuk menyebut tahun untuk setiap dekad (kecuali pada dekad yang sebelumnya) berbanding kena sebut tahun panjang-panjang. Bagaimanapun, orang ramai terikut-ikut dengan cara menyebut tahun seperti pada dekad yang sebelumnya pada tahun ini. Jika kita tidak memperbetulkannya dari sekarang, kita mungkin secara terus-menerus menyebut tahun dengan cara yang panjang untuk 89 tahun berikutnya. Jangan biarkan ianya berlaku.

10 Mac 2010 at 09:55 2 comments

Kartun II

Dahulu di kala aku masih di bangku sekolah rendah, masa pergi sekolah pakai beg swan, kasut pallas twinkle dan dalam poket ada bola tennis untuk main ‘beduk’ kat tengah padang dengan kengkawan, aku masih teringat akan kebangkitan siri animasi tempatan yang dipelopori oleh siri Usop Sontorian keluaran Kharisma Publications. Selepas kejayaan siri Usop Sontorian ke udara di stesen televisyen tempatan, muncul beberapa siri animasi tempatan yang memenuhi slot tayangan televisyen. Siri-siri animasi tempatan yang muncul pada ketika penghujung dekad 90-an amat mengesankan (selanjutnya…)

2 Mac 2010 at 08:48 1 komen

Kiriman Terdahulu Newer Posts


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter