Posts filed under ‘Info IT’

iKitchen – Versi DIY, Lu Bikin Sendiri

1

Seorang kaki pomen dari New Zealand ini telah memutuskan untuk membuat PC skrin sentuh di dapur untuk membolehkan isterinya membuat inventori makanan mereka, mencetak senarai belanja barang dapur, akses web, menonton TV dan juga menggunakannya sebagai PC biasa. Pada mulanya, beliau menemukan monitor skrin sentuh murah yang kemudiannya menjadi bahagian penting peranti. Monitor ini digunakan untuk vending machine di tempat-tempat awam di Jepun dan dibina supaya tahan lasak dan kalis air. Ia sangat sesuai untuk persekitaran dapur.

Spec PC untuk projek ini, beliau memutuskan untuk membina satu dari barang-barang kutip. Beliau mungkin boleh terus membinanya dari PC-PC kutip yang boleh di dapati, tetapi beliau telah kasi ‘pimp’ satu kali mesin tersebut untuk hasil yang lebih baik. Spesifikasi yang terhasil dari kerja-kerja ‘pimp’ yang dilakukan, 4GB RAM, prosesor 3.20Ghz dan hard drive 800Gb. Ianya akan disimpan di dalam peti kecil berhampiran dengan tempat paparan akan dipasang untuk tujuan perlindungan. Pendawaian pula akan melalui celah-celah kabinet di dapur rumah beliau.

Setelah semuanya lengkap, antaramuka yang lebih baik daripada Windows yang biasa diperlukan. Beliau menggunakan sebuah program bernama Active Desktop yang memungkinkan beliau untuk meniru gaya menu iPhone. Untuk papan kekunci skrin sentuh, beliau menggunakan high program yang dinamakan sebagai Comfort On-Screen Keyboard yang memberikan pengalaman menaip yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan papan kekunci yang terpapar melalui tetingkap pada skrin.


Disamping itu beliau turut menambah fungsi pengimbas kod bar untuk harga barang-barang dapur dan juga dimasukkan sekali TV Tuner untuk membolehkan bini beliau menonton rancangan masakan semasa bulan Ramadhan.

23 April 2010 at 03:24 6 comments

Kepala Plag

Kepala-kepala plag 3 pin di Malaysia adalah mengikut piawaian British dan ia merupakan piawai yang bapak paling besar berbanding piawai kepala plag 3 pin lain di seluruh dunia. Mungkin dengan kebesaran piawai kepala plag ini dapat menunjukkan akan betapa ‘besar kepala’nya orang-orang British ini secara simbolik. Justeru itu, pelajar RCA (Royal College Art atau dikenali sebagai Kolej Seni Diraja di Britain) Choi Min-Kyu telah mereka bentuk sebuah kepala plag 3 pin mengikut piawai British yang boleh dilipat-lipat .

‘Mac Book Air adalah laptop yang paling nipis di dunia. Bagaimanapun di UK, kami masih menggunakan kepala plag 3-pin yang paling besar di dunia,’ ujar Choi.

(selanjutnya…)

13 April 2010 at 20:46 Tinggalkan komen

Flash Disinfector

Flash Disinfector direka untuk membuang fail-fail yang tidak diperlukan seperti autorun.inf pada pemacu USB dan juga memory stick. Gunakan Flash Disinfector jika kamu tidak dapat mengakses kepada pemacu USB kamu kerana terdapat ‘Cacing’ yang telah memodifikasi fungsi autorun untuk membuat kerja-kerja khianat ke atas kamu.

Penulis Program:

Lesen: Freeware

Sistem Operasi: Windows 2000/XP/Vista

Saiz fail :129
KBVersion: N/A
Muat turun sekarang:
Flash Disinfector

Prosedur menghapuskan ancaman:

1. Muat turun Flash_Disinfector dan simpankan pada desktop kamu.

2. Selepas muat-turun, klik dua-kali pada Flash_Disinfector untuk menjalankannya.

3.Turuti segala arahan yang diberi dan teruskan sehingga ia mula membuat imbasan ke atas sistem kamu.

4. Lakukan juga imbasan pada pemacu USB dan memory stick kamu ketika arahan untuk menyucuk alatan tersebut dikeluarkan.

5. Ia akan melakukan imbasan pada pemacu USB tersebut sehingga siap. Selesai.

5 April 2010 at 18:27 2 comments

13 Rekabentuk Pemacu USB yang Ranggi

1. Wooden USB Ooms
USB Kayu
Diperbuat daripada ranting kayu sebenar dan digubah dengan hasil kerja tangan untuk menghasilkan sebuah pen drive yang unik. Kalau terjumpa jenis yang kayu kokka tu, boleh buat bisnes kat kampung beb.

2. USB Flash Drive Jari
Pen Drive Jari
Nampak macam real siap dengan cap jari. Rasa macam ada jari yang tercicir kat komputer.

(selanjutnya…)

4 April 2010 at 02:43 1 komen

Pengubah fail .amr ke .mp3

Berikut adalah pautan ke fail muat turun amrtomp3converter

Sebagaimana namanya, perisian ini digunakan untuk mengubah fail AMR ke MP3 dan juga MP3 ke AMR. Ia boleh mengubah banyak fail dalam satu-satu masa.

Cara penggunaan:

Untuk amr ke mp3;

  1. Klik butang “Add MP3 Audio”
  2. Pilih fail “.mp3”
  3. Klik “Convert to AMR”

Untuk mp3 ke amr;

  1. Pilih tab “MP3 to AMR”
  2. Klik butang “Add AMR Audio”
  3. Pilih fail audio “.amr”/”.amt”
  4. Klik “Convert to MP3”

Apa-apa hal pun, perisian ini sememangnya PERCUMA!

Apa itu fail format AMR?

Selalu lepas korang rakam suara guna hanset, biasanya ia akan di’save’kan dalam format .amr.

30 Mac 2010 at 13:15 Tinggalkan komen

Tamatan Fizikal (Physical Termination)

Penamatan elektrik isyarat melibatkan fungsi tamatan pada hujung wayar atau kabel untuk menghalang isyarat RF dari dipantulkan kembali pada isyarat akhir yang menyebabkan gangguan hingar. Tamatan ditempatkan pada penghujung penghantaran rantai daisy ataupun bas (seperti di SCSI), yang direka untuk mencocokkan impedansi dan dengan demikian meminimumkan refleksi isyarat.

Klik untuk paparan yang lebih jelas

Diambil dari packetlife.net

23 Mac 2010 at 11:59 Tinggalkan komen

Kenapa Internet akan gagal? (Artikel 1995)

Tengah kemas-kemas buku-buku lama dalam stor pejabat sekolah tadi, terjumpa la pulak buku Newsweek keluaran tahun 1995. Menarik jugak tajuk dia. Dalam artikel tu ditulis kenapa internet akan gagal. Pergh, tak leh blah. Tak optimistik langsung.  Dia punya tanggapan tu memang tak kena langsung dengan situasi sekarang.

Ada dua bahagian yang menarik perhatian aku; (selanjutnya…)

15 Mac 2010 at 13:23 1 komen

Kiriman Terdahulu


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter