Posts filed under ‘Mari Mengenal Komputer’

Tamatan Fizikal (Physical Termination)

Penamatan elektrik isyarat melibatkan fungsi tamatan pada hujung wayar atau kabel untuk menghalang isyarat RF dari dipantulkan kembali pada isyarat akhir yang menyebabkan gangguan hingar. Tamatan ditempatkan pada penghujung penghantaran rantai daisy ataupun bas (seperti di SCSI), yang direka untuk mencocokkan impedansi dan dengan demikian meminimumkan refleksi isyarat.

Klik untuk paparan yang lebih jelas

Diambil dari packetlife.net

23 Mac 2010 at 11:59 Tinggalkan komen

Papan Induk

Pernahkah semasa korang membeli papan induk yang baru dan didatangi seorang jurujual yang menerangkan tentang sesebuah motherboard, tapi tak paham satu hape pun apa la yang ingin disampaikan oleh mamat salesman ni.

Berikut adalah keterangan ringkas bahagian – bahagian di dalam papan induk.

  1.  Chipset –  Sistem teras untuk sesebuah papan induk yang mengandungi Northbridge dan Southbridge yang menghubungkan ke semua bahagian papan induk.
  2. DIMM – Membawa maksud Dual In-line Memory Module dan secara asasnya adalah sama jenis RAM yang kebanyakan digunapakai sekarang menggantikan versi Single In-line yang terdahulu.
  3. FSB – Front Side Bus adalah spesifikasi yang sering digunakan pada papan induk berasaskan Intel. Ia adalah bus penghantaran data yang membawa data berulang – alik antara CPU dan northbridge papan induk.
  4. Form Factor – Ambil perhatian tentang jenis papan induk anda, ia akan memberi kesan kepada jenis casing apa yang sesuai dipasang. Sebagai contoh, sebuah papan induk micro-ATX boleh dipasang pada kebanyakan casing manakala papan induk ATX akan (selalunya) tidak muat di dalam casing micro-ATX.
  5. MOSFET – Bermaksud Metal-Oxide-Semiconductor-Field-Effect-Transistor dan transistor – transistor banyak digunakan dalam membina sebuah papan induk.
  6. PATA – Parallel ATA (Advanced Technology Attachment) adalah antaramuka piawai untuk sambungan dengan peranti seperti cakera keras dan pemacu CD-ROM. Bagaimanapun, cakera keras dan pemacu CD-ROM sekarang sudah mula menggunakan antaramuka SATA, kita hanya dapat melihat antaramuka PATA pada pemacu yang terdahulu. Papan induk yang terkini masih lagi menyediakan labuhan PATA.
  7. PCI/PCI-E – Peripheral Component Interconnect/Peripheral Component- Express adalah antaramuka bus tambahan yang digunakan untuk menghubungkan pelbagai jenis kad PCI/PCI-E. Kad – kad tersebut seperti kad bunyi, soket USB, Kad TV, kad grafik dan banyak lagi.
  8. RAID – Memberi maksud Redundant Array of Inexpensive Disc. Istilah yang menunjukkan skim simpanan kom0puter yang berlainan di mana data boleh disalin semula pada pelbagai pemacu cakera keras. Tetapan RAID digunakan apabila simpanan sokongan cakera keras utama diperlukan.
  9. SATA – Serial ATA mempunyai banyak kelebihan berbanding PATA seperti kabel yang lebih kecil, kadar pemindahan data yang lebih pantas, boleh melakukan pemindahan data dalam keadaan dupleks penuh dan juga boleh hot swappable.
  10. Soket – Istilah soket atau jenis soket pada papan induk, ia merujuk kepada jenis pemproses yang boleh disokong oleh papan induk tersebut. Sebagai contoh, Intel Core i7 hanya boleh dipasang pada papan induk yang mempunyai soket 1366.

25 Ogos 2009 at 11:18 Tinggalkan komen

Rear Panel Connector

Sesetengah connector pada belakang komputer anda mudah kita kenali dan sebahagiaanya kita amat jarang menggunakannya sehingga nama dia pun kita dah tak boleh nak ingat. Di sini disediakan rujukan bergambar plug dan soket pada belakang, tepi, atas mahupun di celah – celah mana komputer yang mungkin kita sering ketemukan.

 

D-sub (D-subminiature):

Biasa digunapakai oleh sambungan paparan untuk monitor dan panel paparan. Paling mudah dijumpai pada monitor CRT. Penggunaannya akan semakin berkurangan pada masa depan dengan kemunculan monitor LCD dengan labuhan DVI, HDMI, atau Labuhan Paparan.

Labuhan D-subs

Labuhan D-subs

 

Kepala Penyambung D-subs

Kepala Penyambung D-subs

DVI (Digital Visual Interface):

DVI adalah output untuk paparan digital yang pada masa kini digunakan pada kebanyakan monitor LCD. Ia lebih baik berbanding D-subs piawaian VGA.


Labuhan DVI

Labuhan DVI

Kepala Penyambung DVI

Kepala Penyambung DVI

HDMI (High Definition Multimedia Interface):

Output antaramuka tunggal yang menggabungkan audio berkualiti tinggi dan video di dalam satu kabel untuk kegunaan TV dan monitor HD (High Definition). Untuk piawaian sekarang adalah pada 1.3 dan ia akan terus berubah dari masa ke semasa. HDMI juga menyokong pengukuran HD anti cetak rompak.

Labuhan HDMI

Labuhan HDMI

Kepala HDMI

Kepala HDMI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Display Port

Sebuah antaramuka paparan digital yang sama seperti HDMI tetapi dengan kadar pemindahan data yang amat tinggi. Akan diimplementasikan pada monitor komputer desktop. Labuhan ini sudah muncul pada sesetengah kad grafik. Penyambungannya lebih kecil dan lebih mudah berbanding DVI.

Display Port

Display Port

 

Component Video:

Mengandungi tiga bahagian yang setiap satu menunjukkan isyarat video analog; Y, Pb dan Pr. Sering digunakan untuk memenuhi keperluan video berkualiti tinggi yang memaparkan resolusi 1080 ke atas. Ia tidak membawa isyarat audio pada kabel yang sama. Antara muka ini boleh di dapati pada pemain DVD dan set TV. Jika kad grafik pula ia digunakan bersama adapter.

Component Video

Component Video

Labuhan Component Video

Labuhan Component Video

 

Composite Video:

Ia adalah output video analog dengan tiga isyarat Y, U dan V digabungkan bersama dengan denyut segerak. Menyokong resolusi video piawai sehingga 480i dan tidak membawa isyarat audio pada kabel yang sama. Sering didapati pada kebanyakan pemain VCD,  VCR, DVD, TV, camcorder dan sesetengah kad grafik. Antaramuka yang memaparkan video berkualiti rendah.

Composite Video

Composite Video

Composite Video

Composite Video

 

S-Video:

Juga dikenali sebagai video super. Sama dengan ouput video komposit, tetapi dengan 2 isyarat video berasingan untuk Luminance dan Chroma. Ia menyokong resolusi video sehingga 576i dan tidak membawa isyarat audio dalam kabel yang sama. Antaramuka ini sering dilihat pada camcorder digital, pemain DVD dan sesetengah kad grafik.

S-Video

S-Video

 

RJ11 dan Rj45 (Registered Jack 11 dan 45):

Connector ini digunakaan untuk tujuan komunikasi dan rangkaian. RJ 11 digunakan untuk sambungan telefon manakala RJ 45 pula digunakan pada sambungan ethernet yang menggunakan kabel terpiuh. RJ 11 lebih kecil berbanding RJ45. RJ 11 mempunyai 6 pin, RJ 45 pula 8 pin.

Kabel RJ 45

Kabel RJ 45

RJ 45 Connector

RJ 45 Connector

Coaxial S/PDIF (Sony/Philips Digital Interconnect Format):
Ia adalah antaramuka yang membawa data audio digital yang termampat (sokongan pelbagai saluran) pada wayar tunggal menggunakan piawaian jack RCA. Sama seperti S/PDIF optik, yang membawa isyarat pembawa menggunakan cahaya sebagai medium melalui kabel fiber optik.
Audio in-out
Labuhan ini adalah labuhan audio yang sering kita ketemukan pada mana – mana peralatan elektronik. Biasanya ia jenis fon telinga 3.5mm plag dan soket. Ia membawa isyarat audio stereo untuk saluran kiri dan kanan speaker. Labuhan audio pelbagai boleh digunakan sebagai pembawa isyarat keluaran audio pelbagai saluran. Labuhan audio pada papan induk adalah berkod warna mengikut salurannya.

17 Ogos 2009 at 18:12 Tinggalkan komen


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter