Posts filed under ‘Perhubungan’

Sains Cinta

Pakar psikologi menyatakan bahawa masa yang di ambil untuk mengambil keputusan merasa jatuh cinta terhadap seseorang adalah dari 90 saat hingga 4 minit. Kajian juga menunjukkan, ia tidak semestinya diluahkan melalui kata-kata

  • 55% melalui bahasa gerak geri tubuh
  • 38% melalui nada percakapan dan tona suara
  • 7% melalui apa yang diungkapkan

2 Mac 2010 at 11:07 1 komen

Hutang

Apa yang perlu aku lakukan?

Nak hantar atau tidak? Jika tidak, hidup aku akan terbelenggu dengan beban hutang selama 15 tahun. Kalau dah hantar, boleh aku buat untuk perbelanjaan kahwin aku nanti?

‘Err, kahwin nak pakai duit banyak ke?’

‘Eh, mestilah. Nanti orang cakap aper lak kalo buat simple-simple. Mestilah kena grand-grand. Kahwin kan sekali je seumur hidup.’

‘Memang lah, lepas tu bulan-bulan kena bayar hutang. Nak buat macam mana, kerja dengan government kan memang gajinya digunakan untuk membayar hutang.’

Alangkah baiknya jika peruntukan zakat itu dapat digunakan untuk menggalakkan golongan muda untuk berumah tangga.

‘Banyak la ko, kursus kawen pon kena bayar RM120. Aper cer?’

Nota: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mencatatkan kutipan zakat yang lebih tinggi pada tahun 2009 dengan kutipan berjumlah RM230 juta berbanding RM206 juta pada tahun sebelumnya. Sumber: Bernama

Kalau aku simpan duit, entah berapa lama lagi aku dapat cukupkan duit aku. Sepuluh tahun mungkin? Sebulan aku simpan RM200. Berapakah yang aku akan dapat kumpul dalam tempoh sepuluh tahun?

Cara kerja:

RM200 x 12 x 10 = RM 24000

10 tahun kemudian, umur aku sudah beranjak ke 30-an. Sudah lewat. Pasangan aku pula sudah terlalu lewat.

Melangsungkan majlis perkahwinan sudah menjadi perkara yang rumit dalam masyarakat kita. Lagipun, masyarakat kita lebih gemarkan perkara-perkara remeh yang bersifat luaran berbanding pengisiannya. Majlis biar grand, bulan-bulan tak cukup duit nak buat belanja dapur belakang kira. Padahal, aku ni yang lelaki yang kena tanggung makan minum bini aku nanti. Takkan duit aku dah habiskan untuk bayar hutang je. Habis tu bini aku nak makan apa? Eh, emosional la pulak.

Nota: Rukun Nikah adalah:

  1. Pengantin lelaki
  2. Pengantin perempuan
  3. Akad (Ijab & Qabul)
  4. Wali
  5. Dua orang saksi

Melangsungkan pernikahan itu sepatutnya mudah, tetapi dirumitkan dengan majlis perkahwinan yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Itu belum dicampur dengan mengikut adat resam seperti naik pelamin, jumlah hantaran dan sebagainya yang boleh dikirakan sebagai pembaziran dan perbelanjaan yang kurang efektif.

Patutlah orang-orang muda sekarang suka berkapel-kapel dahulu daripada berkahwin cepat-cepat kan.

Gambar kredit daripada piiown.wordpress.com

29 Disember 2009 at 14:17 8 comments

Musyuk

Musyuk

Musyuk!?

Apa yang musyuknya (atau busyuk atau bucuk atau mucuk atau cuk)?

Seringkali digunapakai oleh segelintir kapel-kapel Melayu untuk memanggil pasangan kekasih (yang masih belum berkahwin) mereka dengan nada yang amat gedikmanja.  Tidak pula aku pernah mendengar dari kalangan bangsa lain walaupun dari kalangan warga Indonesia melainkan mereka berkapel dengan orang Melayu Malaysia.

Kenapa musyuk @ busuk menjadi nama panggilan? Adakah kerana si lelaki menjadi busuk dan tak reti-reti nak mewangikan diri lagi untuk keluar berdating?

Jika benar-benar busuk, di manakah bahagian tubuh lelaki yang dirasakan busuk itu? Mungkin bau daripada bahagian ‘itu’?

Mungkin juga, wanita lebih sukakan lelaki busuk daripada lelaki wangi.

Image courtesy fotopages user adikcutes

10 November 2009 at 09:36 8 comments

Cara untuk Memenangi Hati dan Mempengaruhi Seseorang

Dirumuskan daripada buku-buku Dale Carnegie dari tahun 1936

Teknik-teknik asas mengawal individu
  1. Jangan mengkritik di khalayak ramai
  2. Berikan pendapat jujur dan ikhlas
  3. Memberikan pujian yang bersesuaian di khalayak ramai
Enam Cara Membuatkan Rakan Menyukai Kita
  1. Menunjukkan yang kita benar-benar berminat pada kawan kita
  2. Senyum
  3. Mengingati nama-nama kawan
  4. Menjadi pendengar yang baik. Memberikan galakan untuk lebih banyak bercerita
  5. Berbual dengan topik yang digemarinya
  6. Buatkan diri mereka berasa penting – lakukannya dengan ikhlas
Mempengaruhi Rakan untuk Menyokong Pendapat Kita
  1. Elakkan daripada berdebat
  2. Tunjukkan rasa hormat pada pendapat mereka. Jangan sesekali mengatakan, “Kau salah la bai!”
  3. Jika kita benar-benar bersalah, cepat-cepat mengaku dan atasinya
  4. Mulakan dengan hati yang terbuka
  5. Buatkan mereka katakan ‘ya, ya’ dengan kadar segera
  6. Biarkan mereka untuk meluahkan pendapat
  7. Buatkan mereka merasakan turut terlibat dalam memberikan pendapat
  8. Cuba dalami pendapat dari sisi pandangan orang lain seikhlasnya
  9. Bersimpati pada pendapat dan pandangan orang lain
  10. Lakukan dengan niat yang baik
  11. Tunjukkan dengan jelas idea kita
  12. Elakkan dari mencabar orang lain
Menjadi Pemimpin : Cara Mengubah Orang tanpa Menyinggung Perasaannya
  1. Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas
  2. Tunjukkan kesilapannya kepada dirinya secara tidak langsung (contoh, kiasan)
  3. Berbual tentang kesilapan diri kita sendiri sebelum memberitahu tentang kesilapan dirinya
  4. Lebih baik bertanya daripada memberikan arahan secara terus
  5. Puji pada sedikit perubahan dan pujian juga pada setiap perubahan. Biarlah kita kaya dengan puji-pujian kepada orang lain
  6. Berikan reputasi yang baik kepada dirinya untuk menjadi lebih baik
  7. Berikan galakan kepadanya seolah-olah kesilapan itu amat mudah untuk dibaiki
  8. Buatkan orang lain berasa gembira dengan cadangan kita

31 Oktober 2009 at 17:15 1 komen

Ada apa dengan Buah Dada?

Sejak pulang dari berhari raya di kampung, timbul sebuah persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiranku ini. Mungkin ia dianggap lucah bagi sesetengah golongan. Ia agak lucah kerana ia berkaitan dengan sebahagian tubuh badan wanita. Buah dada. Atau lebih dikenali dengan nama manjanya, iaitu TETEK.

Pernahkah kalian memerhatikan bahagian buah dada wanita? Ya, buah dada. Tidak kira secara siaran langsung atau lintas langsung. Secara live ataupun melalui video lucah 3gp di dalam hanset yang kalian dapat secara bluetooth ataupun dirakam sendiri secara bebas oleh rakan-rakan yang gila seks. Jika ya, pasti kita akan berasa stim bukan apabila melihat bahagian itu. Kalau tak rasa stim tu mungkin selera kalian songsang ataupun ada masalah kesihatan yang perlu dirujuk dengan doktor pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby.

Aku ingin bertanya kepada wanita. Adakah patut buah dada itu ditayangkan kepada lelaki? Adakah mereka suka buah dada mereka itu diperhatikan secara rakus oleh kaum Adam? Relakah diri diperhatikan sedemikian rupa?

Bagi golongan awek bertudung. Kalian sudah selesai menutupkan aurat di atas. Mengapa di dadanya pula terdedah? Bukankah ianya perlu dicoverkan sekali? Bagi yang mempunyai buah dada yang bersaiz kecil, contoh saiz A cup dan B cup mengapa perlu memakai bra yang mempunyai span untuk membuatkan buah dada kalian tampak besar? Adakah kalian perlu menonjolkan buah dada kalian supaya nampak lebih besar untuk menarik perhatian sang lelaki? Untuk menyuruh kapel kalian ‘merogol’ kalian dengan kerelaan anda secara tidak langsung? Mau tapi malu ya? Oh! Hipokritnya insan yang bernama wanita ini. Jika anda benar-benar suci, tunjukkan kesucian anda. Make other people think you are perfectly innocent. Seorang perogol pun inginkan seorang dara untuk dijadikan isteri.

Sememangnya faktor pemakaian yang tampak seksi boleh membangkitkan berahi sang lelaki. Justeru itu, janganlah kalian hanya menyalahkan golongan lelaki jika melihat kepada peningkatan kes rogol yang ketara dewasa ini. Seperti juga menjaga harta peribadi, kunci dan lindungi ia sebaik mungkin jika tidak mahu ia dicuri.

Mungkin wanita-wanita ini ada alasan yang mereka yang tersendiri untuk merasionalkan tujuan pemakaian mereka itu. Bagi aku itu semua, bullshit! Untuk apa lagi alasan memakai fesyen yang terdedah itu? Minta dirogol barangkali. Kononnya ia bergantung pada niat si pemakai. Jawapan yang amat hipokrit.

Aku juga sama sekali tidak membela golongan perogol ini. Malah aku amat membenci mereka. Amat keji dan hina sekali golongan gila seks yang tergamak merogol wanita tanpa mengira siapa sama ada dia anak dara sunti, janda, bini orang dan lain-lain. Jenayah ini lebih hina dari segala-galanya.

Namun, kes-kes ini tidak akan berlaku jika kesemua faktor yang membawa ke arah perzinaan ini tiada di sekeliling kita. Di mana-mana pun, amat mudah untuk melakukan zina. Lihatlah di sekeliling kalian. Kiamat sudah dekat!

28 September 2009 at 13:50 11 comments

Berkahwin semula bagai satu perjudian

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Bercinta dan seterusnya berkahwin lagi setelah berpisah dengan pasangan telah menjadi lumrah masa kini. Ramai yang memperjudikan diri dalam menempuhi situasi hidup berpasangan untuk kali keduanya bagi meneruskan kehidupan yang sunyi setelah kehilangan orang tersayang sama ada secara perceraian atau kematian,

Bagaimanapun cara perpisahan yang dihadapi oleh seseorang itu banyak mempengaruhi hubungan kali kedua. Ini kerana pengalaman yang lalu akan sentiasa bermain di fikiran mereka.

Sekiranya semasa bersama dengan pasangan masing-masing, mereka sangat bahagia, maka sudah pasti situasi sebegitulah yang akan dicari dan hendak dikekalkan.

Tetapi jika sebaliknya, selalu didera, dipukul, saling tidak mempercayai, maka pencarian kali kedua ini akan menjadi berlawanan. Daripada pengalaman-pengalaman ini, maka pencarian kali kedua akan menjadi lebih sukar dan selektif.

Inilah yang membuatkan kadangkala bagi menyakinkan pasangan kali kedua ini sedikit memakan masa kerana pengalaman pertama sentiasa menghantui di minda mereka.

Namun demikian, adalah tidak salah untuk menemui cinta kedua dan meneruskan kehidupan dengan pasangan baru. Ramai yang mendapat sinar baru dalam kehidupan setelah lama sunyi dan kesedihan dengan kehilangan orang tersayang atau tempat bergantung.

Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perlakuan bercinta dan berkahwin selepas berpisah.

”Paling utama ialah kesunyian yang melanda seseorang yang menghadapi perpisahan sama ada kematian atau perceraian. Kedua, keselamatan dari segi kewangan dan masa depan.

Memenuhi naluri seksual

”Yang tidak dapat dielakkan ialah memenuhi naluri seksual wanita dan lelaki iaitu untuk merasai dikasihi dan disayangi seperti dialami dahulu dengan pasangan dan sekiranya berkahwin ingin menghalalkan hubungan seksual.

”Bagi wanita yang bergelar ibu tunggal, cabarannya cukup besar terutama dengan gelaran tersebut yang selalunya akan timbul tohmahan, fitnah daripada orang sekeliling,” katanya di ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menurut Dr. Saedah, seseorang ibu tunggal atau bapa tunggal yang ingin memulakan episod baru dalam hubungan percintaan pasti menghadapi masalah pada mulanya.

Pertama, dari segi penyesuaian dengan pasangan baru. Bagi yang berpisah secara bercerai, akan timbul masalah tidak mudah mempercayai, manakala berpisah secara kematian, peluang untuk mempercayai pasangan lebih besar dan mudah jatuh cinta.

”Pencarian cinta kedua setelah berpisah ini diibaratkan satu perjudian, sama ada anda akan mendapat individu yang hampir sama dengan pasangan sebelumnya atau sebaliknya. Inilah yang membuatkan seseorang itu sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah dalam menetapkan keseriusan sesuatu hubungan dan seterusnya ke jenjang pelamin.

Mencari pengganti

”Tidak dinafikan setiap individu yang ditinggalkan inginkan seseorang dalam hidupnya supaya boleh menempuh kehidupan seperti sediakala sebelum berlakunya perpisahan. Maksudnya ialah pengganti, hanya waktu dan penemuan yang menentukan sama ada mereka memperoleh pasangan atau tidak,” ujarnya.

Katanya, sebelum memutuskan untuk serius dalam perhubungan, seseorang itu harus mengatasi ketakutan berhadapan dengan keluarga pasangan baru, sekiranya ingin berkahwin.

Akan ada dalam fikiran sama ada suami atau isteri baru boleh menjaga anak atau boleh menjadi bapa atau isteri yang baik.

”Begitu juga dengan kemampuan membina semula kepercayaan terhadap pasangan baru sama ada boleh dipercayai seperti mana arwah suami. Misalnya mempercayai boleh duduk serumah dengan anak perempuan, takut suami baru akan merosakkan anak perempuan.

Kemampuan menjadi isteri atau suami

”Selain itu, risaukan personaliti diri pasangan yang bakal berubah setelah berkahwin sedangkan semasa berpacaran, semuanya baik. Tetapi apabila telah mendapat, mampukah ia menjadi isteri atau suami dan bapa yang baik kepada anak daripada perkahwinan pasangan terdahulu.

”Tidak dilupakan ialah sama ada boleh menjalinkan satu hubungan yang rapat dengan ahli keluarga baru dikahwini itu.

“Sedangkan mereka tahu, yang dikahwini itu adalah janda atau duda yang mempunyai anak,” katanya.

Tambahnya, perkara paling penting dalam memulakan hubungan dengan orang lain, perasaan anak harus dijaga.

”Bagi wanita, sudah pasti sekiranya mempunyai anak yang telah memahami erti kehidupan menghadapi halangan emosi. Mereka sudah tentu tidak mahu seseorang yang tidak dikenali menggantikan tempat bapa atau ibu kandung mereka.

Anak terpinggir

”Anak juga akan rasa terpinggir kerana ibu atau bapa telah mempunyai seseorang yang diambil berat selain daripada mereka. Kadangkala, ibu atau bapa mengabaikan kasih sayang, masa dan perbelanjaan yang selama ini mereka kecapi, ia telah diragut oleh orang luar.

”Begitu juga dengan personaliti pasangan baru bapa dan ibu mereka yang tidak setanding dengan bapa dan ibu kandung mereka sehingga menyukarkan menyesuaikan diri,” jelasnya yang inginkan pasangan yang mahu menempuh kehidupan bercinta kembali memikirkan banyak perkara dan faktor anak demi keharmonian hubungan yang dibina.

Ujar beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor, selalunya, mencari pengganti yang bercerai mati, sudah pasti mempunyai personaliti seperti arwah manakala yang bercerai hidup, personaliti sebaliknya iaitu lebih baik daripada bekas, ini selalu bagi golongan yang selalu didera atau berlaku curang.

Tegas Dr. Saedah, banyak perbincangan, tolak ansur, membina keyakinan diri dan pengorbanan harus dilakukan bagi mereka yang ingin bercinta semula dan sekali gus berkahwin lagi. Tangani dahulu segala kekusutan sebelum menyatakan ‘ya’ kepada pasangan baru untuk melayari bahtera kehidupan.

11 September 2009 at 15:33 Tinggalkan komen

Perbezaan Umur Bukan Penghalang

SIAPA tidak kenal dengan pelakon popular Demi Moore? Dia merupakan pelakon prolifik yang tidak pernah gagal dalam membawakan watak yang diberi kepadanya. Populariti Moore semakin bertambah apabila bertemu jodoh dengan lelaki sebaya anaknya, Ashton Kutcher.

Bukan Moore dan Kutcher saja, di Barat ia seakan trend apabila selebriti demi selebriti memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh jurang usia mereka. Pelakon kulit hitam, Halle Berry juga memilih suami yang lebih muda daripadanya dan terkini pasangan Linda Hogan yang berusia 48 tahun bersama pasangannya yang berumur 19 tahun, Charlie Hill.

Senario yang sama juga berlaku di negara ini, di mana ramai lelaki memilih wanita yang umurnya bertahun-tahun lebih tua daripada mereka untuk dijadikan isteri.

Berdasarkan kajian dalam talian yang dijalankan ke atas 50,000 wanita yang berumur 30 tahun ke atas, mendapati lebih daripada satu pertiga responden meminati lelaki yang lima tahun lebih muda daripada usia mereka.

Trend

Memang trend sebegini agak mengejutkan sesetengah pihak tetapi hakikatnya tiada apa yang pelik bagi lelaki muda mengahwini wanita yang berusia lebih daripadanya.

Justeru pakar berpendapat bahawa situasi tersebut didorong oleh peranan yang dipelopori wanita kini.

“Kebanyakan wanita kini mempunyai kedudukan yang kukuh sama ada dari segi pekerjaan, pangkat, kewangan dan keperluan lain.

“Atas dasar tersebut, maka mereka memilih pasangan yang lebih muda kerana orang muda lebih fleksibel dan menghormati kedudukan mereka secara tidak langsung.”

Pengaruh media tidak kurang juga impaknya apabila drama bersiri kegilaan ramai seperti Sex and the City dan Desperate Housewives yang memaparkan watak percintaan antara lelaki muda dan wanita berusia.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai kedudukan kerjaya serta kewangan yang kukuh mempunyai lebih banyak pilihan untuk teman lelaki yang lebih muda.

Antara penemuan lain, ialah janda dan ibu tunggal pula lebih seronok berpacaran dengan lelaki yang tidak suka mengongkong mereka.

Persoalannya mampukah hubungan sebegitu bertahan lama?

Seorang kaunselor berpengalaman memberitahu, banyak pasangan yang lelaki lebih muda ini berjaya dalam mempertahankan keharmonian rumah tangga mereka

“Mungkin media memang sering memaparkan tentang jurang antara dua gender ini dan itu bukanlah ancamannya. Apa yang penting pasangan tersebut mestilah bersama-sama menjaga kerukunan rumah tangga yang mereka bina.

Perbezaan umur mungkin menjadi agenda ketika remaja kerana walaupun dua hingga tiga tahun berbeza usia menyebabkan individu berbeza pendapat serta pengalaman antara satu sama lain. Cara percakapan, matlamat hidup, semuanya berbeza, maka sebab itulah undang-undang tidak membenarkan jika dalam satu kes melibatkan seksual, salah seorang daripada pasangan berada di bawah umur.

Tetapi apabila anda meningkat dewasa, pengalaman serta pembangunan emosi menyeimbangkan cara anda melayari sesuatu perhubungan.

Jangan fokus kepada angka jika anda berhasrat meneruskan sesuatu perhubungan. Yang penting anda serasi, boleh berbicara dengan baik dan menyayangi satu sama lain.

Jika orang lain nampak tidak selesa dengan perhubungan anda, biarkan mereka kerana umur bukanlah pengaruh utama kepada perhubungan yang sihat.

Ada juga pakar yang berpendapat, jurang usia 10 tahun tidak menjadi masalah tetapi apabila jurangnya terlalu tinggi seperti melebihi 20 tahun, mungkin akan mencetuskan masalah apabila pasangan meningkat tua. Pada ketika itu si lelaki pula mula menemui matlamat hidupnya dan pasangannya pula runsing dengan proses penuaan yang dilalui. Tetapi, jika perbincangan dan persetujuan telah dibuat, bermakna masing-masing telah bersedia menghadapi kemungkinan tersebut.

Jurang usia

Memang ada positif dan negatif impak bercinta dengan seseorang yang berbeza generasi dengan anda. Salah satu motivasinya ialah apabila berpasangan dengan lelaki lebih muda, anda juga memiliki jiwa yang sama.

Apabila lebih ramai wanita memilih pasangan yang lebih muda, persoalan ini pasti timbul iaitu adakah wanita yang berusia lewat 30-an atau awal 40-an akan lebih berjaya apabila berpasangan dengan lelaki yang 10 hingga 15 tahun lebih muda daripada mereka?

Kejayaan dalam perhubungan bergantung kepada motivasi yang wujud dalam diri masing-masing. Usia bukanlah pengukur kehebatan atau kematangan seseorang. Perbezaan umur adakalanya membantu salah seorang dalam aspek nasihat tentang kehidupan serta kerjaya. Tetapi lain pula jadinya jika si lelaki mendapati anda sudah terlalu berpengalaman dalam hidup dan boleh berdikari.

Jika anda memilih untuk mempunyai pasangan yang lebih muda, jangan fikirkan tentang umur, sebaliknya fikirkan sama ada perhubungan tersebut baik untuk anda berdua atau tidak, kerana elemen yang meromantiskan perhubungan ialah perhubungan emosi dan bukan fizikal semata-mata.

3 September 2009 at 10:23 Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter