Posts filed under ‘Sejarah’

Nintendo Playstation

Pada suatu masa dahulu, Nintendo dan Sony telah bekerjasama untuk menghasilkan sejenis mesin permainan hybrid SNES/CD-ROM. Mereka menamakannya sebagai Playstation. Sesiapa yang sudah memiliki permainan video SNES pada masa itu, dikehendaki mendapatkan barangan tambahan pemacu CD untuk dipasangkan pada bahagian bawah SNES untuk membolehkan permainan SNES di dalam CD dimainkan. Untuk sesiapa yang belum mengetahui tentang apa itu SNES, sila rujuk di sini.

Untuk memendekkan cerita, Nintendo berasa kurang senang dengan perjanjian yang memberikan kelebihan kepada Sony dalam keuntungan penjualan CD permainan. Untuk itu, Nintendo menamatkan perjanjian perkongsian teknologi. Sony berasa marah dengan tindakan Nintendo itu dan meneruskan projek Playstation ini bersendirian. Dendam Sony terhadap Nintendo terbalas apabila Sony berjaya menguasai pasaran permainan konsol selama dua keturunan sehinggalah kemunculan Wii.

Prototaip Playstation

//

21 April 2010 at 00:38 3 comments

1994 – Photoshop 3.0

Perkara utama tentang Photoshop 3.0 adalah mengenai penggunaan layer. Layer adalah perkaran yang amat penting dalam kerja membuat reka bentuk grafik yang rumit.
Karyawan grafik dapat menyimpan hasil karya mereka dalam pelbagai bentuk yang diingini berdasarkan hasil kombinasi layer-layer yang digunakan oleh karyawan grafik terbabit.
Layer-layer tersebut adalah terdiri daripada kepingan-kepingan imej yang berasingan. Apabila ianya ditindankan pada layer yang lain, mengikut tahap opacity serta jenis mod adunan (blending mode) yang digunakan, imej-imej yang menarik serta pelbagai dapat dihasilkan oleh para karyawan dengan lebih mudah serta meningkatkan mutu hasilan karya mereka.
Pereka aturcara yang asal, Thomas Knoll banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan Photoshop. Jurutera-jurutera yang lain turut memberikan penambah-baikan pada setiap versi yang dikeluarkan dengan penggunaan chip pemprosesan mikro Power Mac dan juga meningkatkan taraf Photoshop versi Windows untuk setanding dengan versi Macnya. Pallette dalam bentuk tab telah diperkenalkan pada versi ini.
Photoshop 3.0

8 Februari 2010 at 13:21 2 comments

1991 – Photoshop 2.0

Photoshop 2.0 memasukkan fungsi ‘path’, membolehkan pengguna membuat kerja ‘pemotongan’ pada objek dengan lebih mudah dan menyimpan laluan untuk kegunaan masa depan. Fungsi ini dibuat khas oleh jurutera kedua, Mark Hamburg yang diambil oleh Adobe untuk bekerja. Ketika bekerja dengan Adobe, Mark dipanggil dengan nama manja oleh rakan-rakan sekerja sebagai ‘Path Man’.

Sehingga Photoshop 2.0, hanya Thomas Knoll yang membuat kerja-kerja kejuruteraan perisian.

2.o turut menampilkan fungsi ‘rasterized’ untuk fail Illustrator. Menyokong penggunaan warna CMYK sehingga mendorong penggunaan Photoshop yang meluas pada industri percetakan dan yang terakhir, 2.0 turut memperkenalkan fungsi ‘pen tools’.

Ia memerlukan memori sebanyak 4Mb berbanding 2Mb untuk berfungsi dengan stabil.

Pada tahun 1992, Photoshop 2.5 dilancarkan dan diingati kerana ia dibina untuk sistem pengoperasian Windows. Kod-kod pemprograman telah ditukar secara menyeluruh untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, ia tidak begitu sempurna pada peringkat awalnya.

Pada versi Windows ini, ia menyokong fail 16 bit serta ditambah dengan fungsi ‘pallette’. Versi Windows ini pada awalnya mempunyai masalah ‘pepijat pada memori’, masalah pepijat ini membuatkan Mark Hamburg bagi nombor telefon dia pada sesiapa yang mempunyai masalah tersebut untuk dibantu. Versi yang siap dibaiki dinamakan sebagai Photoshop 2.5.1. Filter telah mempunyai menu dia sendiri pada versi ini. Gambar rajah print screen di bawah menunjukkan Photoshop 2.5 untuk versi Mac.Photoshop 2.0
Photoshop 2.0 Workspace

6 Februari 2010 at 13:17 4 comments

1990 – Photoshop 1.0

John Knoll, adik Thomas Knoll telah menyatakan program yang dibina oleh mereka sebagai program ‘kesan khas’. Terkejut dibuatnya staf-staf Adobe kerana menganggap ianya terlalu gimik pada masa itu. Bagaimanapun, mereka berjaya menyakinkan untuk meletakkan ‘kesan khas’ itu sebagai plug-in untuk Photoshop.
John dan staf-staf Adobe paksa-paksa Thomas untuk membuat penambahbaikan pada produk mereka sebelum ianya dipasarkan. Mentang-mentang Thomas ni nampak macam lurus bendul je, boleh makan la tu agaknya.
Versi pertama Photoshop hanya memaparkan nama 4 nama penulis program pada splash screennya. Untuk versi-versi yang seterusnya, semakin banyak senarai nama yang diletakkan. Pada versi yang lebih terkini, senarai nama telah dihadkan untuk orang-orang yang penting sahaja yang terlibat di dalam penulisan program Photoshop. Kalau nak bubuh jugak, gerenti penuh satu screen dengan nama diorang je masa loading splash screen tu.
Photoshop 1.0
Photoshop GUI
Notakaki: Untuk versi-versi awal, Photoshop dibuat untuk komputer Mac sahaja.

4 Februari 2010 at 18:31 5 comments

Photoshop

Photoshop memainkan peranan yang amat penting kepada pereka-pereka seni moden yang banyak bergantung dengan teknologi digital. Pada 10 Februari nanti, genaplah 20 tahun usia pembinaan Photoshop yang menyumbang kepada perkembangan seni digital dan grafik berkomputer.

Photoshop : Asal-Usul

Satu perkara yang amat menarik tentang Photoshop adalah pembabitan sebuah keluarga yang amat hebat yang ahli-ahlinya mempunyai kepakaran masing-masing. Seorang bapa yang bekerja sebagai profesor kejuruteraan dan dua orang anak, seorang pelajar PHD kejuruteraan dan seorang pakar kesan khas yang amat berbakat di Industrial Light and Magic (ILM). Mereka adalah penyumbang idea utama kepada pembinaan Photoshop pada awalnya.

Thomas Knoll, pelajar PHD, masih terlibat secara aktif di dalam projek-projek Photoshop untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Glenn Knoll, adalah seorang profesor di sebuah kolej. Mempunyai dua anak dan mempunyai dua hobi iaitu komputer dan fotografi. Beliau mempunyai bilik gelapnya sendiri di bawah rumah. Tak payah susah-susah nak pergi kedai gambar nak cuci kodak. Sebuah Apple II Plus juga di bawa ke rumah oleh beliau setelah mendapat kebenaran bertulis daripada majikan beliau.

Seperti kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Thomas Knoll telah mewarisi tabiat bapaknya dengan mengusung kamera kehulu-kehilir sampai nak pergi sekolah pun beliau bawak untuk mengambil gambar. Manakala adiknya pula, John Knoll,  telah membeli komputer Mac yang 1st model punya setelah bersuah payah menabung di dalam tabung ayam sejak dari darjah Tiga Anggur.

Dipendekkan cerita, pada tahun 1987, Thomas Knoll sedang menuntut ilmu kejuruteraan pada peringkat PHD di University of Michigan. Adik dia pulak bekerja di Industrial Light and Magic (ILM).

Thomas menulis subrutin untuk sebuah program untuk menterjemahkan imej monokrom di monitornya ke imej grayscale.

Kejayaan beliau setelah menulis subrutin tersebut telah mendorong beliau untuk  menulis lebih banyak program yang berkaitan dan lama kelamaan beliau mempunyai sejumlah program yang boleh digunakan untuk memproses efek fotografi pada imej digital.

John ada jugak ushar-ushar pada apa yang telah Thomas lakukan. John menyuruh Thomas membuat sebuah program lengkap untuk mengedit imej.

Hasil kerjasama antara kedua adik-beradik yang berlatar belakang sorang mempunyai kepakaran programming dan sorang lagi berbakat besar dalam bidang seni reka bentuk, mereka meningkatkan mutu dengan membangunkan proses yang lebih lengkap.

Meskipun projek ini sedikit sebanyak mengganggu kerja tesis Thomas, akhirnya program hasil ciptaan mereka berdua ‘Image Pro’ telah berjaya disiapkan pada tahun 1988.

John mencadangkan supaya Image Pro dijual sebagai sebuah aplikasi komputer.

Dalam masa enam bulan, mereka menjalankan usahasama dengan sebuah syarikat pengimbas (scanner la), Barneyscan. Syarikat tersebut membeli 200 buah salinan Image Pro untuk diborongkan sekali dengan produk pengimbas mereka.

Mereka juga cuba menjual kepada syarikat Supermac dan Aldus. Kedua-dua syarikat terbabit menolak mentah-mentah kerana tidak menganggap aplikasi tersebut boleh berjaya.  Satu tindakan yang amat dikesali oleh Aldus. Syarikat Aldus memang menyesal tak sudah selepas Adobe membeli aplikasi kedua adik beradik tersebut sehingga berjaya membawa kepada produk yang dikenali seantero dunia sebagai Adobe Photoshop.

Pada 10 Februari 1990, Adobe 1.0 telah dilancarkan.

Bersambung…
Disket

3 Februari 2010 at 15:12 Tinggalkan komen

Apple

Bukan cerita pasal buah epal yang kamu selalu makan tu. Ini tentang sebuah syarikat gergasi computer, Apple.  Sebuah jenama yang paling gempak di dalam perniagaan teknologi maklumat tetapi memerlukan kerja keras untuk mencapai statusnya seperti sekarang walaupun pernah di ambang kejatuhan sehinggalah kemunculan ‘i’.

Bukan disengajakan cara Apple menerima pandangan umum dari kerana logonya sendiri, sebiji epal yang digigit. Pereka logo Apple, Regis McKenna telah membentukkan dasarnya. Logo Apple yang pertama merujuk kepada maksud – Pengetahuan. Sebuah logo yang menggambarkan Newton sedang duduk di bawah sepohon epal yang diketahui ramai akan epal tersebut akan jatuh mengenai kepalanya.

Wawasan pemahaman kendiri yang amat tinggi pada peringkat awal telah membawa syarikat ini mengalami pasang surutnya. Bermula dengan kejayaan produk yang berinovatif dan kemudiannya ditenggelami oleh projek-projek terlebih canggih yang tak laku dek kerana harga yang mencekik darah dalam tempoh 20 tahun sehinggalah kemunculan iMac pada tahun 1998. Sejak dari itu, riwayat syarikat Apple telah berubah menjadi sebuah mitos yang lain – iaitu sentuhan Raja Midas. Apa sahaja yang di’sentuh’oleh Apple menjadi emas.

Apple telah ditubuhkan oleh Steve Jobs, seorang yang berwawasan, dan Steve Wozniak, seorang yang amat teliti. Wozniak membangunkan Apple II dengan system operasi DOS yang memberikan asas kepada kejayaan seterusnya.

Jobs pula telah bersungguh-sungguh membina Macintosh (dinamakan sempena sebiji epal yang sedap), dimana, telah menjadi computer desktop yang pertama untuk orang ramai sehingga mendorong syarikat Apple hingga ke tahap terkini.

Di antara jurang masa kemunculan kedua-dua produk di atas, juga terdapat Apple III dan Lisa. Komputer yang tidak diingini oleh sesiapa pun oleh kerana terlalu mahal mahupun sukar untuk dipasarkan ketika itu.

Disebabkan masalah teknikal dan penurunan jualan Macintosh, Jobs telah pergi meninggalkan syarikat. Tidak seperti Microsoft, Apple tidak dimiliki sepenuhnya oleh pengasasnya. Pegangannya dimiliki oleh ramai pemegan-pemegang saham, juga pada kini. Ia membuatkan Microsoft meningkatkan jumlah pegangan sekali ganda saham Apple menyamai pegangan Steve Jobs.

Selepas pemergian Jobs, pasang surut Apple berterusan: Macintosh Portable, notebook pertama, adalah setahun lebih kehadapan secara teknikal tetapi dijual dengan harga yang terlalu mahal.

Newton, PDA pertama dengan mempunyai terlalu banyak ralat.

Perjalanan syarikat masih diteruskan dalam pada masa perkakasan PowerPC dibawah dominasi Microsoft-Intel. Pada tahun 1995, Apple diambang bankrap dan hampir dijual, tetapi Sun menarik diri disaat akhir pembelian.

Krisis tersebut membuatkan Steve Jobs kembali memikul tanggungjawab Apple. Dengan NeXTStep, beliau menerajui pembangunan system operasi moden, dan kemudiannya menjadi asas kepada Mac OS X yang baru.

Inovasi terbesar pertama yang dilakukan oleh Jobs adalah computer dengan monitor di dalam bekas yang lutcahaya, iMac. Bagaimanapun, penggunaan ‘i’ tersebut bukannya memberi maksud ‘inventions’ tetapi lebih kepada ‘internet’.

Disusuli kemudiaanya produk yang mengukuhkan lagi kedudukan Apple di dalam pasaran, iPod, pemain media boleh-bawa (portable). Mengandungi inovasi-inovasi yang dinaik taraf seperti iPod Classic, iPod Nano, iPod Shuffle dan iPod Touch.

Di Persidangan dan Expo Macworld pada tahun 2007, Encik Steve Jobs mengumumkan produk yang paling dinanti-nantikan sebelum itu, iPhone. Gabungan diantara telefon pintar berinternet dan iPod. Dikuasakan oleh Mac OS X dalam versi yang telah diturunkan untuk kesesuaian peranti iPhone. Dalam persidangan yang sama juga, Encik Steve Jobs juga memperkenalkan produk terbaru, Apple TV.

Untuk tahun-tahun yang mendatang, pengguna dan penggemar produk Apple menjangkakan lebih banyak lagi produk-produk yang berinovatif akan dihasilkan. Walaubagaimanapun, keadaan kesihatan Steve Jobs yang terkini amat dibimbangi oleh syarikat Apple sehingga memberi kesan terhadap saham Apple di Nasdaq.

Garis masa produk Apple

20 Januari 2010 at 17:53 Tinggalkan komen

Sejarah Kamera SLR (Single-lens Reflex)

Jika kita inginkan gambar yang berkualiti tinggi, kamera SLR (Single-lens Reflex) sentiasa menjadi pilihan yang utama. Sukar untuk dipercayai bahawa, dalam kecanggihan kamera digital SLR pada hari ini, perkembangan teknologi ini telah wujud untuk sekian lama.

1676 – Permulaan

Ahli matematik Jerman, Johann Sturm menerangkan tentang peralatan yang digunakan untuk artis sebagai alat bantuan seni catan. Menggunakan prinsip lensa tunggal.

1825 – Foto Bitumen

Foto pertama yang diambil dengan menggunakan kamera lubang jarum oleh seorang pereka berbangsa Perancis, Nicéphore Niépce. Beliau menggunakan Bitumen sebagai bahan foto-sensitif yang digunakan di dalam argentum klorida pada hari ini.

1861 – Thomas Sutton

Fotografer Thomas Sutton telah membuat sebuah kamera lensa tunggal dan pada tahun yang sama, beliau telah mengambil foto berwarna yang pertama.

1929 – Rolleiflex

Rolleiflex menggunakan negatif filem 120mm. Ia menjadi buruan pengumpul barangan antik.

1936 – Kine Exakta

Pembuat dari Jerman, Ihagee telah membawa ke pasaran sebuah kamera SLR bersama dengan Kine Exakta untuk gambar yang kecil. Ia membekalkan sebuah bayonet untuk penukaran lensa seperti yang ada pada model terkini.

1948 – Hasselblad

Hasselblad, sebuah firma Sweden mempersembahkan kamera lensa tunggal format pertengahan 1600F dengan modular assembly. VSystem telah dibina menggunakan prinsip yang sama seperti yang ditawarkan sekarang.

1949 – Contax S

Syarikat Dresden, Zeiss Ikon memperkenalkan viewfinder  jenis penta prism pada model Contax S. Ia memberikan imej menegak sama seperti kamera SLR biasa pada masa kini.

1952 – Asahiflex

Pembuat dari Jepun telah membina yang pertama seumpamanya sebuah Asahi Optical (sekarang dikenali sebagai Pentax) iaitu sebuah kamera SLR.

1959 – Nikon F

Sistem gambar kecil SLR Profesional telah mengukuhkan kedudukan berdekad-dekad lamanya dari Nikon dibawah fotografer profesional.

1969 – Gambar di Bulan

Gambar pertama di bulan telah diambil oleh Neil Armstrong dan Buzz Aldrin dengan kamera Hasselblad yang telah diubahsuai.

1976 – Canon AE-1

Perkembangan SLR telah mencapai ke kemuncaknya pada tahun 70an apabila jualan model Canon AE-1 telah mencecah 5 juta unit.

1985 – Minolta 7000

Kamera SLR dengan sistem auto-fokus berintegrasi telah dianggap sebagai asas kepada prinsip Dynax. Pada tahun 2006, Sony telah mengambil alih perdagangan kamera dari Minolta

1991 – Kodak DCS-100

Pembuat filem Kodak telah menawarkan kamera SLR digital yang pertama. Ia dibina dari asas Nikon F3, mempunyai 1.3 megapiksel dan bernilai USD30,000.

2003 – Canon EOS 300D

Canon telah mencapai hit di pasaran dengan penjualan EOS 300D yang direka khas untuk fotografer hobbyist. Pembuat yang lain mengikuti trend ini.

2009 – Olympus E-3

Model terkini dari Olympus. Kamera SLR menyediakan Live-Preview pada paparan, ultrasound untuk membuang partikel-partikel habuk dari sensor dan jugak penstabil imej.

23 Oktober 2009 at 17:04 Tinggalkan komen


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter