Posts filed under ‘Suka – suki aku nak tulis aper’

Udara Di Dalam

Mengandungi 95% udara di dalam setiap bungkusan keropok kentang.

6 November 2009 at 16:44 2 comments

.3gp: Kenapa ia dianggap lucah?

Manusia sering inginkan komunikasi dengan manusia yang lain. Jika tiada manusia, apa sahaja pun boleh asalkan ia dapat disampaikan. Dengan bola keranjang pun boleh seperti di dalam filem Castaway lakonan Tom Hanks. Cara manusia berkomunikasi berubah mengikut zaman. Semakin laju dan pantas. Dari penyebaran berita dari mulut ke mulut, gunakan asap macam Red Indian dalam filem koboi dulu-dulu, hantar surat guna burung merpati, iysarat bendera yang macam budak-budak pengakap selalu buat tu, posto, telegraf, kod morse, telefon, internet dan lain-lain. Sama ada ianya komunikasi  half duplex atau full duplex.

Semakin canggih perkembangan teknologi manusia dalam bidang komunikasi, semakin menjadi-jadi kebengapan sesetengah manusia. Adakah ianya berkaitan dengan penjajahan minda terhadap bangsa kita? Memang ada baiknya kecanggihan ini. Namun, kadangkala nafsu kita yang lebih menguasai jasad berbanding akal.

Pada suatu ketika kita baru melangkah ke arah menjadi negara industri, hanset di anggap sebagai barangan mewah. Golongan yang memilikinya pula adalah ahli-ahli perniagaan, pegawai-pegawai dan orang-orang kenamaan. Dengan kepelbagaian fungsi sesebuah telefon bimbit. Dari hanya boleh bercakap di mana-mana sahaja tanpa wayar, kepada penambahan penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS telah menggantikan penggunaan pager yang suatu ketika dahulu pernah digunakan pada awal dekad 90’an). Penambahan fungsi permainan video (Game Snake di dalam Nokia 3310, masih ingat?). Kemudian LCD berwarna, sehinggalah kepada yang teknologi smartphone.

Hanset pelbagai fungsi semakin biasa kita lihat penggunaannya. Hinggakan budak sekolah rendah pun reti menggunakannya. Fungsi-fungsi yang selalu kita lihat adalah penggabungan fungsi kamera di dalam sesebuah hanset. Ia juga boleh merakamkan video. Selalunya dalam format 3gp.

Sebut aja 3gp, umur-umur sebaya aku ni mesti ingat benda lucah punya. Walaupun, perkara yang dirakamkan itu hanyalah kenduri kahwin sepupu-sepapat mahupun video rakaman aktiviti marhaban dari rumah ke rumah sempena hari raya.

Definisi 3gp telah disalah ertikan seperti mana penggunaan hanset telah disalahgunakan. Kalau tak percaya, cuba search kat google, taipkan perkataan 3gp melayu. Nescaya, anasir-anasir lucah akan berderet memenuhi index carian itu.

Tengah-tengah aku nak cerita pasal 3gp ni, sekali dah ada blogger lain yang dah membebel pasal ni. Aku ingatkan aku sorang jer. Hmmm… Takper la. Senang cerita, ushar la blog ni. http://membebel.wordpress.com/2008/09/13/3gp-melayu/

Rasanya, ramai lagi yang sependapat 🙂

2 Oktober 2009 at 15:27 1 komen

Pelbagai Petua

Petua Mujarab

1. Petua Cepat DiPinang – Banyakkan Meminum Air Pinang

2. Menegangkan Kulit Muka – Stapler Tempat? Yg Kendur Tu…

3. Menghilangkan Bau Badan – Berendam Dalam Minyak Wangi

4. Melembutkan Rambut – Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak. ..

5. Melebatkan Rambut – Cari Baja Rambut…

6. Menghilangkan Ketuat – Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya… .

7. Mengempiskan Perut – Jgn Makan & Jgn Minum…

8. Mengekalkan Kecantikan – Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2…

9. Menyegarkan Mata – Tuang Eye Mo. ..

10. Mengelak Rambut Gugur – Lumur Dengan Gam Gajah…

11. Mengatasi Tumit Pecah – Jalan Berjengket-Jengket

13. Menghaluskan Kulit Muka – Gosok Dgn Kertas Pasir

14. Menaikkan Seri Muka – Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

15. Menghilangkan Bau Mulut – Minum Minyak Wangi

16. Menghilangkan Lebam Di Mata – Elakkan Dari Kena Penumbok..

16 September 2009 at 13:52 Tinggalkan komen

PTPTN tidak cekap?

SAYA terpanggil untuk memberi komen mengenai isu hutang lapuk PTPTN. Saya adalah seorang peminjam PTPTN semasa belajar di universiti. Sekarang saya sudah bekerja hampir tiga tahun dan tidak pernah gagal membayar balik pinjaman ansuran setiap bulan.

Bulan lepas, setelah melihat baki pinjaman, saya memutuskan untuk melangsaikan secara lump sum kesemuanya.

Kebetulan, pada Jun tahun lalu, kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan kadar servis caj PTPTN daripada tiga peratus kepada satu peratus.

Ia berita gembira kerana dapat mengurangkan beban dan menggalakkan peminjam membayar pinjaman.

Apabila saya menghubungi PTPTN mengenai hal ini, mereka menyatakan bahawa masih dalam proses meminda dan mengemas kini sistem akaun dan mengedarkan surat perjanjian baru kepada para peminjam.

Buat pengetahuan, PTPTN masih lagi mengenakan caj tiga peratus sebulan ke atas baki pinjaman. Tiada sebarang perubahan walaupun sudah setahun kerajaan mengumumkan kadar pengurangan caj itu. Saya ingin menegaskan beberapa isu iaitu pertama, mengapa PTPTN sangat lambat bertindak?

Sudah setahun berlalu tetapi tiada tindakan proaktif. Ia boleh dikira sebagai faktor pemutus semangat kepada kami para peminjam.

Penyata tahunan juga ada ketikanya dihantar, kadangkala tidak. Saya juga tidak pernah berpindah alamat.

Kedua, ramai di kalangan rakan pengajian yang turut meminjam dari PTPTN tetapi tidak pernah membayar balik walaupun telah bekerja. Mereka tidak dikenakan sebarang tindakan. Sama ada disenarai hitam atau dikenakan tindakan mahkamah.

Bagaimana sebenarnya PTPTN menguruskan hal ini? Jadi mungkin itu sebabnya hutang lapuk PTPTN semakin meningkat. Ada yang membayar hutang sesuka hati. Bulan ini bayar, bulan depan tidak. Malah seorang rakan dengan angkuhnya memberitahu: ‘‘Asalkan bayar sekali, RM50 pun boleh. Lepas itu tidak akan diganggu lagi oleh PTPTN.’’ Betul ke begitu?

Saya merasakan sistem pengurusan hutang PTPTN adalah sangat tidak cekap dan kelam-kabut.

Jika penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik, hal ini pasti tidak akan berlaku.

Saya merasakan bahawa PTPTN tidak ada kepakaran. Jika tidak masakan jumlah hutang lapuk makin menimbun.

Peranan audit juga perlu diwujudkan dalam memantau proses dalaman PTPTN. Ini adalah untuk mewujudkan budaya kepatuhan dalam menjalankan peranan.

Apakah punca sebenarnya? Graduan liat membayar hutang atau pengurusan PTPTN tidak efisien?

Dipetik daripada Utusan Malaysia 15 Jun 2009

7 September 2009 at 16:00 Tinggalkan komen

Kisah di Dalam Bas Mini

 Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.

“Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”.

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata ; “Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”.

Lelaki itu pun dgn tersipu membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku kena beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula?

Tiba angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spontan lelaki itu berkata ;
“Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ….”

26 Ogos 2009 at 11:02 2 comments

Perempuan Tertarik Pada Lelaki yang Seiras

Perempuan amat mudah tertarik dengan lelaki yang mempunyai wajah yang seiras dengan mereka, ujar para penyelidik dari Universiti of St Andrews.

Kajian juga turut mendapati bahawa, wanita lebih mempercayai lelaki yang mempunyai pendapat yang sama seperti mereka.

Para saintis menggunakan grafik berkomputer untuk memanipulasikan wajah lelaki sebelum diajukan pandangan oleh wanita berkenaan.

Wajah tersebut diubah dengan mengurangkan ciri – ciri kelelakian pada muka lelaki terbabit melalui pengubahsuaian paras wajah.

60 orang wanita mengadili 4 wajah yang diambil dari sampel 50 orang lelaki selama kajian dijalankan.

Ketua Penyelidik Saxin Tamson, felo pensyarah kedoktoran di Fakulti Psikologi universiti berkenaan berkata, “Previous research has often found that women can be attracted to masculine men, but also a bit suspicious of them.

However, women tend to trust men more if they look like them. So perhaps the resemblance cancelled out the women’s suspicions.

Or maybe the women felt they were better matched with men who looked like them, because if two people resemble each other, they might both be attracted to each other.”

Penyelidik Craig Roberts pula menyebut, “When people rate what’s attractive, they have to consider lots of different characteristics. What’s really interesting is that masculinity was more important to women’s judgments compared with whether the men looked like the women.”

Wanita melihat rupa luaran wajah seperti bentuk muka dan juga bentuk terperinci seperti bentuk hidung dan saiz mata. Bagaimanapun, warna mata dan warna kulit tidak diambil kira di dalam kajian tersebut.

15 Ogos 2009 at 10:16 2 comments

Kenapa Jam yang baru dibeli selalu menunjukkan Pukul 10.10

Pukul Sepuluh Sepuluh Minit

Pukul Sepuluh Sepuluh Minit

 

Aku baru je beli jam dinding kat pasar malam dekat Paloh semalam. RM7 jer, mintak kurang, dapat la, RM5.50. Jam bodoh jer pun. Tak da apa – apa yang menarik pun tentang jam tu melainkan ianya boleh berfungsi sebagai sebuah jam. Yerlah, takkan la boleh hantar SMS lak kan. Apatah lagi nak ‘Bluetooth’. Sedikit perihal tentang jam ini yang membuatkan kepala lutut aku ni berfikir secara kritis ialah, kenapa semua jam – jam yang baru di beli semuanya menunjukkan pukul 10.10. Kenapa bukan pada pukul 8 ker, 6.30 ker atau ikut suka tokey jam tue la dia nak bubuh pukul berapa.

Pada hemat aku la kan, berkemungkinan besar, jam menunjukkan pukul 10.10 nie hanya lah bertujuan estetika jer takpun ada tujuan lain seperti:

  1. Jarum tak nampak bertindih. Jadi kita boleh tengok permukaan tue dengan lebih jelas.
  2. Kedudukan jarum adalah berserenjang. Nampak lebih menarik pada pandangan bakal pembeli macam kita ni.
  3. Logo pembuat jam akan jelas kelihatan. Biasanya kat bawah 12 tu. Bila jarum menunjukkan pukul 10.10, secara tidak langsung, logo pembuat itu akan kelihatan macam di’frame’kan.
  4. Benda – benda tambahan lain yang ada pada jam, contoh tarikh dan sebagainya tidak akan di halang dari dilihat oleh bakal pembeli.

Itu jer la pendapat yang aku rasakan agak logik la kenapa jam yang kat kedai – kedai jam tunjuk pukul 10.10. Aku pernah jugak tanya kat tokey kedai jam nie, ‘Kenapa jam – jam kat kedai uncle ni tunjuk pukul 10.10?’.

Dia jawab, “Nanti itu jam nampak muka ada sssiiiinnnyyuummmm,”

Lalu dia tersenyum dengan menampakkan gigi – giginya yang rongak dan mengandungi kaviti. Mesti dia ni malas nak gosok gigi masa kecik – kecik dulu.

10 Ogos 2009 at 12:15 2 comments


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter