Posts filed under ‘Uncategorized’

MSI Wind U160 Netbook

MSI U160
MSI baru sahaja melancarkan model netbook terbarunya, U160, untuk menyambung kesinambungan kejayaan model U100, antara netbook terbaik dekad ini. Pastinya, keupayaan dalamannya telah dipertingkatkan disamping rupa bentuk luarannya yang lebih menarik.

(selanjutnya…)

Advertisements

19 April 2010 at 20:15 4 comments

Masa

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan nasihat pada kebenaran dan amal soleh.

Cepat betul masa berlalu. Tau-tau je dah hari Rabu. Aku ingat ini hari Isnin baru nak masuk kerja. Cepat betul. Adakah aku berada di dimensi yang lain?

14 April 2010 at 00:23 4 comments

Hari Jadi

Seumur hidupku, aku tidak pernah menyambut hari jadi diriku sendiri. Setiap tahun aku menganggap ianya adalah sama seperti hari-hari yang lain. Padaku, ia cuma menandakan yang umurku sudah semakin meningkat dan setiap saat yang berlalu menjadikan aku semakin tua.

Sewaktu zaman persekolahan, aku sering merahsiakan tarikh lahirku kerana bimbang akan ‘sambutan’ yang akan di buat oleh rakan-rakan aku. Budak-budak perempuan di sekolah aku memang tidak akan ambil peduli tentang hari lahir aku.

Namun, sehingga tamat persekolahan, ada juga rakan-rakanku yang sudah tahu tentang tarikh lahirku tetapi tiada sambutan-harijadi-dengan-balingan-telur-dan-tepung kerana hari jadi ku sering jatuh pada hari cuti persekolahan.

Jika ada, mungkin mereka akan menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ beramai-ramai sambil menggustikan aku.

21 Disember 2009 at 13:09 7 comments

Rabun

Sudah sekian lama aku tidak menulis di dalam blog aku ni. Aku terlalu sibuk dengan dengan kursus-kursus yang perlu aku hadiri. Kekurangan masa untuk melayari internet di samping kekangan tempat untuk mengakses internet. Sampaikan Pakcik Dukun Asmara pun tertanya-tanya kemanakah aku menghilang. Rindu jugak pakcik kat aku ye? Hahaha.

Semasa menjalani kursus, aku mengalami kesukaran untuk mengambil nota-nota yang ditulis di whiteboard dan juga pada slaid-slaid yang ditayangkan menggunakan projektor kerana aku mengalami masalah kerabunan kejauhan. Tapi, aku cukup tak suka memakai cermin mata. Aku rasa rimas. Kanta lekap pun aku tak nak pakai. Akhirnya, pada tiap kali aku rasa perlu mengambil nota, aku akan paksa Fairus member di kerusi aku ketika berkursus untuk menulis lalu aku menyalin daripada beliau. Jika dia lambat, aku suruh dia tulis laju sikit. Hehe. Binawe sungguh aku kerana suka menyusahkan rakan-rakan. Dah tau rabun jauh, pakai la spek dalam kelas.

Satu lagi masalah yang membabitkan kerabunan aku ini adalah selalu kelihatan sombong bila berselisih dengan kawan. Tambah-tambah dengan kawan-kawan perempuan. Aku memang tak cam kerana terlalu jauh.

Pada jarak tertentu, individu yang ditafsir menjadi imej di dalam kepala hotak aku ini akan menjadi kabur, lalu aku sukar untuk mengecamkan siapakah yang berada di depanku ini.

Kadang-kadang aku pernah secara tak sengaja menegur orang yang tak dikenali. Lalu untuk mengcoverkan diri, aku buat-buat macam kenal dan kemudian buat-buat macam ada hal lain yang perlu disegerakan.

Justeru itu, aku berharap suatu hari nanti aku dapat meng’invent’ sebuah cermin mata yang membuatkan aku seolah-olah tidak memakai cermin mata pada suatu hari nanti atau meng’invent’ cara membetulkan kanta mata manusia dengan kos bajet.

17 Disember 2009 at 13:04 1 komen

Internet dan aku

Kembali bersiaran seperti biasa. Setelah di sambar petir pada hari Khamis minggu lepas, seluruh sistem rangkaian di sekolah aku terganggu. Pada sesetengah PC, sambungannya telah terus hilang dari komputer. Port rangkaian pada komputer itu terbakar barangkali. Maka, aku pun bertungkus-lumus untuk memastikan capaian internet pulih seperti sedia kala.

Buat pertama kalinya dalam sejarah pekerjaan aku semenjak mula bertugas, aku menjadi begitu produktif. Mungkin juga bakal diberi Anugerah Pekerja Cemerlang jika aku meneruskan konsistensi pencapaian aku ini.

Adakah internet benar-benar mengganggu prestasi kerja ku?

Iya. Bener!

Aku patut mengawal hawa nafsu ku daripada terus membaca artikel-artikel sepanjang aktiviti blogwalking. Aku perlu memutuskan bekalan internet jika terdapat tugasan yang mendesak.

Jika tidak, aku akan terus terbelenggu di dalam ruang pejabat dan menjadi seperti mengiyakan persepsi orang ramai terhadap kebanyakan pekerja-pekerja sektor awam yang lain. Lembab, malas, tak cekap, boroi dan menonton Redtube.

 

 

19 November 2009 at 16:46 5 comments

Catatan Hari Ini 1

“Hanya pada yang berani gagal dengan seteruknya dapat berjaya dengan sebaiknya”

Robert Francis Kennedy

6 November 2009 at 16:06 Tinggalkan komen

Berkaraoke di Hujung Minggu

Budak Karaoke

Pada hari Sabtu yang lalu, saya bersama rakan-rakan sejuruteknik saya telah pergi ke Kluang Mall untuk berkaraoke. Kami bertiga bertolak dari Paloh dengan menaiki kereta Proton Wira 1.3 milik Alif yang mempunyai tempat duduk berjenama Recaro yang lengkap sampai ke belakang.

Ketika tiba di pusat karaoke Kotak Lagu, kami pergi ke kaunter receptionist untuk menempah bilik menyanyi. Kami menempah untuk 1 jam setengah dan kami perlu membayar sebanyak RM30 dan membahagikan kepada 3 orang.

Penyelesaian Masalah:

RM30/3orang=RM10

Jawapan:

Sorang kena bayar RM10

Di dalam bilik karaoke, Alif dan Hafiz sudah memilih lagu-lagu yang mereka ingin nyanyikan. Lagu-lagu yang di ambil kebanyakannya lagu jiwang karat versi Eddie Hamid. Manakala si Alif pula lebih gemar menyanyikan lagu-lagu jiwang dari penyanyi lelaki seperti Jamal Abdillah, Nasir Wahab dan juga satu lagu nasyid pilihan Alif, iaitu Lukisan Alam dari Kumpulan Hijjaz.

Saya pula, sedang termangu-mangu untuk memilihkan lagu. Saya sememangnya mempunyai masalah dalam pemilihan lagu-lagu untuk dikaraokekan semenjak dahulu kala lagi.

Maka, untuk tidak melengah-lengahkan masa yang berlalu. Saya pun memilih lagu yang seperti berikut:

  • Azizah – Ahmad Jais
  • Permaidani – Aris Ariwatan
  • Yesterday – The Beatles
  • Senyumlah Kuala Lumpur – Alleycats
  • Seruling Anak Gembala – Jeffridin
  • Tiada Lagi Kidungmu – Lefthanded (saya sukakan kumpulan Lefthanded kerana saya adalah seorang yang kidal)

Saya tidak sempat mengambil lagu Teratai dari Kumpulan Sweet Charity. Lagu itu ingin saya nyanyikan kerana kawan-kawan saya memuji suara saya seperti Ramli Sarip ketika menyanyikan lagu Tiada Lagi Kidungmu.

Selepas selesai kami melalak-lalak di dalam bilik karaoke. Kami balik singgah minum-minum di Kedai Makan Koko. Tapi kedai itu tidak menjual sebarang produk koko walaupun namanya begitu.

Kami pulang ke rumah masing- masing setelah selesai berjoli katak pada malam itu. Hafiz mengajak saya menonton perlawanan bolasepak di antara Chelsea dan bekas juara EPL 1994/1995 iaitu Blackburn Rovers.

Saya menolak ajakan Hafiz kerana saya ingin berjiwang pada malam itu dengan Ayang saya dengan menggunakan super savers. Lagipun, perlawanan yang membabitkan Chelsea memang membosankan. Tidak seperti permainan Man U. Jauh sekali seperti Arsenal.

Tiba di rumah, saya pun menyiapkan diri untuk tidur sambil berbual-bual dengan Ayang saya melalui telefon.

(350 patah perkataan)

26 Oktober 2009 at 08:59 2 comments

Kiriman Terdahulu


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter