Surat Kabor

‘Awat hang tak baca Metro? Baca Metro la syok!’

Ujar rakanku tika di suatu pagi yang damai ketika kami sedang asyik berbincang mengenai isu-isu semasa. Entah kenapa suasana perbualan yang rancak dan mesra sebentar tadi menjadi sepi setelah terpaculnya ayat dari rakanku itu.

Tiba-tiba kakiku menjadi ringan untuk membuat tendangan lurus tepat ke perut beliau.

‘Lu ingat gua suka sangat paper yang macam tu,’ bentak hatiku yang masih muda.

Advertisements

16 April 2010 at 00:11 Tinggalkan komen

Masa

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan nasihat pada kebenaran dan amal soleh.

Cepat betul masa berlalu. Tau-tau je dah hari Rabu. Aku ingat ini hari Isnin baru nak masuk kerja. Cepat betul. Adakah aku berada di dimensi yang lain?

14 April 2010 at 00:23 4 comments

Ada apa dengan RedMummy?

Apahal aku tengok hari ni asyik cerita pasal Red Mummy je dalam GengBlogger ini hari? Tau la dia famous dalam dunia penulisan blog dan mempunyai pendapatan mencecah lebih daripada RM 10kilo. Ramai yang dah tau pasal dia, udah-udah la tu. Bikin cerita lain pulak. Kalau nak tau pasal Red Mummy baik aku pergi tengok kat blog dia je terus.

13 April 2010 at 22:21 3 comments

Kepala Plag

Kepala-kepala plag 3 pin di Malaysia adalah mengikut piawaian British dan ia merupakan piawai yang bapak paling besar berbanding piawai kepala plag 3 pin lain di seluruh dunia. Mungkin dengan kebesaran piawai kepala plag ini dapat menunjukkan akan betapa ‘besar kepala’nya orang-orang British ini secara simbolik. Justeru itu, pelajar RCA (Royal College Art atau dikenali sebagai Kolej Seni Diraja di Britain) Choi Min-Kyu telah mereka bentuk sebuah kepala plag 3 pin mengikut piawai British yang boleh dilipat-lipat .

‘Mac Book Air adalah laptop yang paling nipis di dunia. Bagaimanapun di UK, kami masih menggunakan kepala plag 3-pin yang paling besar di dunia,’ ujar Choi.

(selanjutnya…)

13 April 2010 at 20:46 Tinggalkan komen

Final Piala F.A. 2010 – Negeri Sembilan lwn Kedah

Keputusan perlawanan,

Negeri Sembilan 1 – Kedah 1 (Negeri Sembilan menang penalti, 5-4)

Takda apa yang nak diulaskan. Memang betul-betul menonton perlawanan bola sepak Malaysia yang tipikal. Rasa macam tengok Raja Lawak pun ada. Kitorang punya gelak masa tengok sampai berair mata. Banyak persoalan yang dilontarkan di dalam fikiran aku semasa menonton perlawanan main bola petang-petang final Piala F.A. semalam.

  1. Kenapa 1st half main cantik, 2nd half main macam haram?
  2. Kenapa kat kawasan tengah-tengah bangku penonton tu dikosongkan? Nampak macam stadium kosong, kalau iya pun nak asingkan penyokong, kenapa tak bagi kosongkan kat sebelah belakang tiang gol? Apa barang tengok bola duduk kat belakang tiang. (selanjutnya…)

11 April 2010 at 09:42 5 comments

Flash Disinfector

Flash Disinfector direka untuk membuang fail-fail yang tidak diperlukan seperti autorun.inf pada pemacu USB dan juga memory stick. Gunakan Flash Disinfector jika kamu tidak dapat mengakses kepada pemacu USB kamu kerana terdapat ‘Cacing’ yang telah memodifikasi fungsi autorun untuk membuat kerja-kerja khianat ke atas kamu.

Penulis Program:

Lesen: Freeware

Sistem Operasi: Windows 2000/XP/Vista

Saiz fail :129
KBVersion: N/A
Muat turun sekarang:
Flash Disinfector

Prosedur menghapuskan ancaman:

1. Muat turun Flash_Disinfector dan simpankan pada desktop kamu.

2. Selepas muat-turun, klik dua-kali pada Flash_Disinfector untuk menjalankannya.

3.Turuti segala arahan yang diberi dan teruskan sehingga ia mula membuat imbasan ke atas sistem kamu.

4. Lakukan juga imbasan pada pemacu USB dan memory stick kamu ketika arahan untuk menyucuk alatan tersebut dikeluarkan.

5. Ia akan melakukan imbasan pada pemacu USB tersebut sehingga siap. Selesai.

5 April 2010 at 18:27 2 comments

Cikaro?

Zaman sekarang ni nak kahwin dah makin susah. Kalau tak kahwin kang, macam melawan fitrah la pulak kan. Maka, sebagai alternatif untuk meluahkan rasa cinta yang membuak-buak tu, wujud lah istilah kapel. Dalam pasangan itu, si perempuan akan dikenali sebagai makwe, marka, mata air dan awek. Paling terkini, seiring dengan perkembangan filem-filem berkaitan mat rempit yang semakin laku di layar perak, istilah cikaro diguna pakai. Tapi, kenapa cikaro?

Walaupun aku bukan seorang mat rempit, rasanya aku faham sangat denga maksud cikaro tu. Mengikut Urban Dictionaries versi Ipoh, cikaro membawa maksud perempuan yang boleh dikekah sesuka hati bersama rakan-rakan seperti bohsia tetapi lebih teruk level dia daripada bohsia sebab tahap ke’cun’an yang sama tahap dengan muka pecah rumah. Bohsia mempunyai paras rupa yang lebih menarik.

Budak-budak sekarang ni main sebut je ikut apa yang ada kat dalam tv dan media massa lain.

‘You are my only cikaro. Come to papa,’

Cilake. Pelakon tu boleh lak sebut macam cikaro tu maksud dia kekasih. Kekasih hapenye. Stok boleh kena kekah. Dah lari maksud tu. Kemungkinan besar, istilah cikaro ini akan digunapakai secara meluas pada masa akan datang kerana filem yang mempopularkan istilah cikaro sebagai kekasih ini akan dibuat dalam bentuk drama bersiri.

Updated:

Ada satu lagu System of a Down yang liriknya berbunyi begini,

We’re the cruel regulators smoking
CIGARO CIGARO CIGARO
Cool, in denial
We’re the cruel regulators smoking
CIGARO CIGARO CIGARO

Mungkin asalnya istilah ni dipetik daripada lagu System of a Down dalam album Mesmerize.

4 April 2010 at 23:10 13 comments

Kiriman Terdahulu Newer Posts


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter