Posts tagged ‘3gp melayu’

.3gp: Kenapa ia dianggap lucah?

Manusia sering inginkan komunikasi dengan manusia yang lain. Jika tiada manusia, apa sahaja pun boleh asalkan ia dapat disampaikan. Dengan bola keranjang pun boleh seperti di dalam filem Castaway lakonan Tom Hanks. Cara manusia berkomunikasi berubah mengikut zaman. Semakin laju dan pantas. Dari penyebaran berita dari mulut ke mulut, gunakan asap macam Red Indian dalam filem koboi dulu-dulu, hantar surat guna burung merpati, iysarat bendera yang macam budak-budak pengakap selalu buat tu, posto, telegraf, kod morse, telefon, internet dan lain-lain. Sama ada ianya komunikasiĀ  half duplex atau full duplex.

Semakin canggih perkembangan teknologi manusia dalam bidang komunikasi, semakin menjadi-jadi kebengapan sesetengah manusia. Adakah ianya berkaitan dengan penjajahan minda terhadap bangsa kita? Memang ada baiknya kecanggihan ini. Namun, kadangkala nafsu kita yang lebih menguasai jasad berbanding akal.

Pada suatu ketika kita baru melangkah ke arah menjadi negara industri, hanset di anggap sebagai barangan mewah. Golongan yang memilikinya pula adalah ahli-ahli perniagaan, pegawai-pegawai dan orang-orang kenamaan. Dengan kepelbagaian fungsi sesebuah telefon bimbit. Dari hanya boleh bercakap di mana-mana sahaja tanpa wayar, kepada penambahan penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS telah menggantikan penggunaan pager yang suatu ketika dahulu pernah digunakan pada awal dekad 90’an). Penambahan fungsi permainan video (Game Snake di dalam Nokia 3310, masih ingat?). Kemudian LCD berwarna, sehinggalah kepada yang teknologi smartphone.

Hanset pelbagai fungsi semakin biasa kita lihat penggunaannya. Hinggakan budak sekolah rendah pun reti menggunakannya. Fungsi-fungsi yang selalu kita lihat adalah penggabungan fungsi kamera di dalam sesebuah hanset. Ia juga boleh merakamkan video. Selalunya dalam format 3gp.

Sebut aja 3gp, umur-umur sebaya aku ni mesti ingat benda lucah punya. Walaupun, perkara yang dirakamkan itu hanyalah kenduri kahwin sepupu-sepapat mahupun video rakaman aktiviti marhaban dari rumah ke rumah sempena hari raya.

Definisi 3gp telah disalah ertikan seperti mana penggunaan hanset telah disalahgunakan. Kalau tak percaya, cuba search kat google, taipkan perkataan 3gp melayu. Nescaya, anasir-anasir lucah akan berderet memenuhi index carian itu.

Tengah-tengah aku nak cerita pasal 3gp ni, sekali dah ada blogger lain yang dah membebel pasal ni. Aku ingatkan aku sorang jer. Hmmm… Takper la. Senang cerita, ushar la blog ni. http://membebel.wordpress.com/2008/09/13/3gp-melayu/

Rasanya, ramai lagi yang sependapat šŸ™‚

2 Oktober 2009 at 15:27 1 komen

Ada apa dengan Buah Dada?

Sejak pulang dari berhari raya di kampung, timbul sebuah persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiranku ini. Mungkin ia dianggap lucah bagi sesetengah golongan. Ia agak lucah kerana ia berkaitan dengan sebahagian tubuh badan wanita. Buah dada. Atau lebih dikenali dengan nama manjanya, iaitu TETEK.

Pernahkah kalian memerhatikan bahagian buah dada wanita? Ya, buah dada. Tidak kira secara siaran langsung atau lintas langsung. Secara live ataupun melalui video lucah 3gp di dalam hanset yang kalian dapat secara bluetooth ataupun dirakam sendiri secara bebas oleh rakan-rakan yang gila seks. Jika ya, pasti kita akan berasa stim bukan apabila melihat bahagian itu. Kalau tak rasa stim tu mungkin selera kalian songsang ataupun ada masalah kesihatan yang perlu dirujuk dengan doktor pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby.

Aku ingin bertanya kepada wanita. Adakah patut buah dada itu ditayangkan kepada lelaki? Adakah mereka suka buah dada mereka itu diperhatikan secara rakus oleh kaum Adam? Relakah diri diperhatikan sedemikian rupa?

Bagi golongan awek bertudung. Kalian sudah selesai menutupkan aurat di atas. Mengapa di dadanya pula terdedah? Bukankah ianya perlu dicoverkan sekali? Bagi yang mempunyai buah dada yang bersaiz kecil, contoh saiz A cup dan B cup mengapa perlu memakai bra yang mempunyai span untuk membuatkan buah dada kalian tampak besar? Adakah kalian perlu menonjolkan buah dada kalian supaya nampak lebih besar untuk menarik perhatian sang lelaki? Untuk menyuruh kapel kalian ‘merogol’ kalian dengan kerelaan anda secara tidak langsung? Mau tapi malu ya? Oh! Hipokritnya insan yang bernama wanita ini. Jika anda benar-benar suci, tunjukkan kesucian anda. Make other people think you are perfectly innocent. Seorang perogol pun inginkan seorang dara untuk dijadikan isteri.

Sememangnya faktor pemakaian yang tampak seksi boleh membangkitkan berahi sang lelaki. Justeru itu, janganlah kalian hanya menyalahkan golongan lelaki jika melihat kepada peningkatan kes rogol yang ketara dewasa ini. Seperti juga menjaga harta peribadi, kunci dan lindungi ia sebaik mungkin jika tidak mahu ia dicuri.

Mungkin wanita-wanita ini ada alasan yang mereka yang tersendiri untuk merasionalkan tujuan pemakaian mereka itu. Bagi aku itu semua, bullshit! Untuk apa lagi alasan memakai fesyen yang terdedah itu? Minta dirogol barangkali. Kononnya ia bergantung pada niat si pemakai. Jawapan yang amat hipokrit.

Aku juga sama sekali tidak membela golongan perogol ini. Malah aku amat membenci mereka. Amat keji dan hina sekali golongan gila seks yang tergamak merogol wanita tanpa mengira siapa sama ada dia anak dara sunti, janda, bini orang dan lain-lain. Jenayah ini lebih hina dari segala-galanya.

Namun, kes-kes ini tidak akan berlaku jika kesemua faktor yang membawa ke arah perzinaan ini tiada di sekeliling kita. Di mana-mana pun, amat mudah untuk melakukan zina. Lihatlah di sekeliling kalian. Kiamat sudah dekat!

28 September 2009 at 13:50 11 comments


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter