Posts tagged ‘Antivirus’

H Satu N Satu

Selesema Babi

Selesema Babi

Situasi cemas umum terhadap penularan selesema babi (Influenza A H1N1) semakin jelas kelihatan. Orang ramai kini semakin berwaspada dengan sekitar 1,500 kes H1N1 tetapi ada juga yang mengambil tindakan melulu yang membahayakan diri. Sudah ada yang membeli  atau mengambil ubat antiviral sedangkan diri masih belum dijangkiti virus tersebut. Isyh, kenapa kelam sangat beb? Rilek la. Hospital juga dikerumuni orang ramai walaupun cuma mengalami gejala ringan. Tempat yang bersesak – sesak dengan orang ramai adalah menjadi tempat yang paling mudah untuk virus merebak, termasuklah hospital itu sendiri! Yer lah, virus mana lah nak tau mana dia nak pergi, dia bukan reti membaca pun kan. Selagi vaksin masih belum ada, langkah pencegahan dan menjaga kebersihan menjadi keutamaan mengawal penularan selesema babi. Elakkan ke tempat tumpuan ramai, macam stadium, konsert, gig, pasar malam dan lain –lain jika rasa diri tu macam dijangkiti selesema. Duduk diam – diam kat rumah yer. Akhir sekali, jangan makan ubat sebarangan tanpa nasihat pakar perubatan.

10 Ogos 2009 at 11:21 Tinggalkan komen


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter