Posts tagged ‘Poligami’

Wanita Lebih Gemarkan Lelaki yang sudah Berpunya?

Kajian terbaru daripada pakar psikologi sosial, Melissa Burkley, Ph.D dan Jessica Parker M.A, kedua – duanya daripada Oklahoma State University yang disiarkan menerusi Journal of Experimental Social Psychology, mendapati bahawa lebih ramai wanita lebih menyukai lelaki yang sudah berpunya iaitu sama ada sudah berkahwin atau pun yang sedang bercinta (budak – budak zaman sekarang cakap, ‘berkapel’).

Ketika penyelidik menunjukkan sekeping gambar kepada sekumpulan koresponden wanita, 59% daripada mereka akan menunjukkan minat selepas mendengar yang individu di dalam gambar itu masih solo. Tetapi, apabila ditunjukkan gambar individu yang sama kepada kumpulan yang lain, dengan menerangkan yang individu di dalam gambar terbabit sudah dimiliki, 90% daripada koresponden menunjukkan minat untuk berpacaran dengan individu tersebut.

Mereka mendapati lelaki yang sudah berpunya lebih matang dan memahami wanita berbanding yang masih belum berpunya. Lelaki ini dilihat lebih bertanggungjawab, tidak terburu – buru dan bijak mebuat keputusan. Sifat – sifat ini merupakan ciri – ciri lelaki idaman bagi kebanyakan wanita.

Adalah tidak menghairankan jika kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin masih boleh diminati oleh wanita – wanita yang masih bujang. Dalam kes poligami di Malaysia, golongan wanita juga turut memberikan kesan kepada lelaki untuk membuatkan mereka terfikir untuk menambahkan lagi cawangan.Walaubagaimanpun lebih ramai lagi lelaki – lelaki solo yang masih tercari – cari pasangan hidup.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

21 Ogos 2009 at 16:50 6 comments


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter