Posts tagged ‘Usop Sontorian’

Kartun II

Dahulu di kala aku masih di bangku sekolah rendah, masa pergi sekolah pakai beg swan, kasut pallas twinkle dan dalam poket ada bola tennis untuk main ‘beduk’ kat tengah padang dengan kengkawan, aku masih teringat akan kebangkitan siri animasi tempatan yang dipelopori oleh siri Usop Sontorian keluaran Kharisma Publications. Selepas kejayaan siri Usop Sontorian ke udara di stesen televisyen tempatan, muncul beberapa siri animasi tempatan yang memenuhi slot tayangan televisyen. Siri-siri animasi tempatan yang muncul pada ketika penghujung dekad 90-an amat mengesankan (selanjutnya…)

2 Mac 2010 at 08:48 1 komen

Kartun

Usop Sontorian, oleh aku dengan menggunakan Adobe Photoshop

Televisyen dapat mempengaruhi individu. Terutamanya kanak-kanak. Termasuklah diri aku suatu ketika dahulu ketika masih lagi bersekolah dengan seragam seluar biru gelap. Amat berpengaruh sehingga boleh memberikan aku inspirasi untuk mempelajari asas lukisan.

Aku amat meminati animasi. Normal la untuk kanak-kanak seusia dengan aku ketika itu. Takkan aku nak minat porno video 3gp dalam hanset macam budak-budak zaman sekarang ni. Hanset masa itu hanyalah untuk orang-orang kaya yang ada banyak bisnes sahaja. Budak-budak hanya mampu memiliki hanset yang boleh diisikan air sirap di dalamnya untuk menjadi bekal ke sekolah.

Siri animasi yang paling aku minati ketika itu adalah siri animasi Usop Sontorian. Sebab aku juga peminat setia majalah Ujang pada waktu itu. Bagi aku, majalah Ujang adalah majalah yang paling best di dunia. (Pada zaman-zaman awal ketika kartunis Ujang masih lagi dengan Kharisma Publications). Ia amat mempengaruhi minda aku yang sedang berkembang sehinggakan aku pernah bercita-cita dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi kartunis, animator atau pelukis. Mana-mana sahaja asalkan pekerjaan yang boleh aku melukis sebagai mata pencarian.

Aku masih ingat semasa pertama kali Usop Sontorian ke udara di TV2, pukul 10.30 pagi, hari Sabtu. Teruja gila aku nak tengok. Tajuk episod tu aku dah tak ingat, yang aku tau yang tu memang episod pertama kot. Dalam episod tu, watak utama cerita tu, Usop cuba untuk lari dari rumah dan masa kat bandar kena pow dengan mat fit.

Cita-cita aku waktu itu boleh dikatakan agak ‘rare’ kerana rakan-rakan kanak-kanak aku yang sebaya ketika itu cuma bercita-cita yang biasa. Seperti polis, tentera, bomba, doktor, jurutera (bagi budak lelaki). Perempuan pula cikgu, doktor, jururawat dan tiada pula pernah aku dengar yang bercita-cita ingin menjadi suri rumah sepenuh masa.

Bila aku ceritakan tentang cita-cita aku ini pada kawan-kawan aku, mereka berikan respons yang biasa-biasa jer. Ala, sembang bebudak lagipun. Lain pula ceritanya bila aku ceritakan pada orang-orang dewasa seperti kawan ayahku. Sure diorang akan menjatuhkan sokongan moral aku untuk bercita-cita menjadi kartunis atau animator.

Aku banyak belajar tentang asas-asas melukis ini melalui animasi, majalah-majalah humor seperti Ujang dan Gila-Gila. Majalah Gila-Gila pada waktu itu mempunyai ruangan khas untuk bakat-bakat terpendam menghantarkan karya mereka. Juga, diselitkan sekali bengkel melukis kartun yang dikelolakan oleh Penghulu Gila-Gila ketika itu, Allahyarham Rejabhad. Ayah aku minat giler dengan karya beliau, Prebet Dabus yang disiarkan di sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia.

Walaupun bidang tugas aku tiada kaitan langsung dengan dunia animasi di Malaysia. Tetapi jiwa aku masih lagi sayangkan kartun-kartun dan animasi yang pernah aku minat dahulu. Dari kartun-kartun inilah aku boleh menjiwai nilai sesebuah seni dan amat menghargai karya-karya yang baik.

15 Januari 2010 at 12:06 7 comments


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Kemaskini Twitter