Mencari Enjin Carian

9 Ogos 2009 at 16:25 Tinggalkan komen

Biasanya masa mula – mula korang belajar guna internet nie kan. Perkara yang paling penting adalah enjin carian. Dalam Bahasa Inggerisnya, search engine. Tak kira lah korang nak buat assignment ker, folio ker, kerja kursus ker, penggunaan enjin carian ini amat membantu.

Diantara enjin – enjin carian ini yang di reka di muka bumi ini. Terdapat 6 yang paling terkenal. Antaranya:

1. Ask

2. Bing

3. Cuil

4. Google

5. Wolfram Alpha

6. Yahoo!

Antara keenam – enam enjin tersebut, yang paling gemar aku pakai, Google. Aku rasa, korang pun selalu pakai Google jugak kan Rasa macam nak cari apa – apa benda kat internet, apa yang kita masuk dulu? Google la, orang cakap. Apapun, Google ni semacam serba tahu tentang pelbagai persoalan yang ada di dunia maya. Sekurang – kurangnya, apa sahaja yang melalui database nya.

Beberapa tahun dahulu, Google hanyalah enjin carian yang kecil, ringkas dan pantas lagi berkesan. Yahoo pula pada masa itu sudah mempunyai asas yang sangat kukuh dan dikenali ramai dalam pada masa yang sama, Microsoft seolah – olah mahu memaksa semua orang untuk menggunakan enjin cariannya sendiri.

Yahoo mempunyai hadnya yang tersendiri. Ia tidak boleh mengkatalogkan hasil cariannya (search result). Jenuh jugak la yang kita nie pegi cari satu persatu hasil carian dia. Namun, Google telah mengubah segalanya di dalam bidang enjin carian ini.

Pendekatan Google ni simple jer. Tak payah nak pening –pening, Dia bubuh nama dia besor – besor kat atas, pastu tarok kotak carian. Dah. Itu jer. Tetapi amat berkesan.

Apa yang buatkan enjin carian nie benar – benar berkesan? Ada banyak algorithm di sebaliknya, dia bukan macam website biasa – biasa yang kita selalu masuk tue. Apa yang melibatkan disebalik setiap carian tue Wallahualam. Tak tau la Yahoo dan Google nie nak bagitau dan nak ajarkan kat kita ker tak kan =p

Sebuah enjin carian yang berjaya, akan menentukan hasil carian yang tepat. Masalah yang berkaitan dengan Yahoo adalah memberikan kita capaian yang tidak relevan. Google plak, link yang dia bagi tue agak tak berkaitan, tapi masih memberikan kita pilihan yang paling tepat pada sebelah atas kanan pada senarai hasil carian kita. Ini adalah sangat penting kepada siapa – siapa yang inginkan maklumat dengan cepat. Yer lah, tengah busy – busy tue macam la kita nie rajin sangat nak klik satu persatu link yang diorang bagi dalam hasil carian tue. Kita nakkan result jer, yang lain tolak tepi.

Kebanyakan orang ingat enjin carian ni berfungsi macam pengawas pusat sumber mencari buku kat perpustakaan. Pendapat ni agak kurang tepat. Memang Google ada menggunakan kaedah indexing – Google menggunakan bots untuk menjejaki setiap laman, mengesan content, dan assign certain values pada setiap page. Sebab ia dilakukan adalah untuk membolehkan enjin carian itu betul – betul dapat membezakan antara laman yang relevan dengan laman yang tidak relevan iaitu laman yang bertujuan ingin mencuri laluan traffic, spam la tue. Kadang – kadang terlepas jugak, aku sendiri selalu jugak terkena. Sakit hati jer dengan spam – spam ni.

Terdapat proses membuat keputusan (decision making) yang berat disebalik hasil carian yang pantas (hmmm.. kita tau nak cepat jer, diorg susah –susah buatkan untuk kita, kita tak ambil kisah lak ek, hehe). Pada setiap capaian (link), enjin akan memasukkan value yang tertentu untuk menentukan tahap relevan capaian tersebut sebagai laman yang terbaik untuk dipaparkan kepada kita.

Bersambung…

Entry filed under: Info IT. Tags: , .

Time and Date H Satu N Satu

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.