Wanita Lebih Gemarkan Lelaki yang sudah Berpunya?

21 Ogos 2009 at 16:50 6 comments

Kajian terbaru daripada pakar psikologi sosial, Melissa Burkley, Ph.D dan Jessica Parker M.A, kedua – duanya daripada Oklahoma State University yang disiarkan menerusi Journal of Experimental Social Psychology, mendapati bahawa lebih ramai wanita lebih menyukai lelaki yang sudah berpunya iaitu sama ada sudah berkahwin atau pun yang sedang bercinta (budak – budak zaman sekarang cakap, ‘berkapel’).

Ketika penyelidik menunjukkan sekeping gambar kepada sekumpulan koresponden wanita, 59% daripada mereka akan menunjukkan minat selepas mendengar yang individu di dalam gambar itu masih solo. Tetapi, apabila ditunjukkan gambar individu yang sama kepada kumpulan yang lain, dengan menerangkan yang individu di dalam gambar terbabit sudah dimiliki, 90% daripada koresponden menunjukkan minat untuk berpacaran dengan individu tersebut.

Mereka mendapati lelaki yang sudah berpunya lebih matang dan memahami wanita berbanding yang masih belum berpunya. Lelaki ini dilihat lebih bertanggungjawab, tidak terburu – buru dan bijak mebuat keputusan. Sifat – sifat ini merupakan ciri – ciri lelaki idaman bagi kebanyakan wanita.

Adalah tidak menghairankan jika kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin masih boleh diminati oleh wanita – wanita yang masih bujang. Dalam kes poligami di Malaysia, golongan wanita juga turut memberikan kesan kepada lelaki untuk membuatkan mereka terfikir untuk menambahkan lagi cawangan.Walaubagaimanpun lebih ramai lagi lelaki – lelaki solo yang masih tercari – cari pasangan hidup.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Entry filed under: Perhubungan. Tags: , , .

Fakta Ringkas: Perhubungan Lelaki dan Wanita Papan Induk

6 Komen Add your own

  • 1. nagacimande  |  29 September 2009 at 16:31

    Nak buat camana geng…golongan macam kami nie sesetengahnya memang ‘take care’ dengan masalah yang diluahkan oleh gadis solo utk dapatkan buah fikiran atau pun perhatian ‘sewajarnya’…

    Balas
    • 2. sylarius  |  29 September 2009 at 16:57

      haha. itu lah salah satu kelemahan perempuan. suka bagitau masalah rumah tangga pada suami orang.

      Balas
  • […] Adalah tidak menghairankan jika kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin masih boleh diminati oleh wanita – wanita yang masih bujang. Dalam kes poligami di Malaysia, golongan wanita juga turut memberikan kesan kepada lelaki untuk membuatkan mereka terfikir untuk menambahkan lagi cawangan.Walaubagaimanpun lebih ramai lagi lelaki – lelaki solo yang masih tercari – cari pasangan hidup. sumber […]

    Balas
  • 4. dinie  |  10 Oktober 2009 at 20:03

    kadang2 lelaki yg dah berpunya also banyak masalah ….
    terlalu banyak rintangan untuk dapatkannya….hingga terpaksa mengalah.membawa hati.tapi kehendak hati terlalu kuat menyayangi nya walaupun sudah tahu ia tak mungkin jadik milik kita.
    …….berserah pada takdir..bukan jalan penyelesaian
    …mungkin bagi sesetengah org, lepas ia pergi…dan jika ia kembali
    dia mungkin jadi milik kita

    Balas
    • 5. arlyna  |  11 Februari 2010 at 12:00

      apapun yang terjadi , biarkan je. ajal, maut dan jodoh pertwmuan ditangan Tuhan.

      Balas
  • 6. sharul  |  30 April 2010 at 08:10

    kehidupan terlalu singkat, perjalanan yang terbaik ialah belajar dengan memilih berserta pasrah pada takdir Allah. Pasangan yang memilih yang bujang juga belum ada jaminan seperti yang diimpikan, sama juga jika memilih yang suami orang. Apa yang utama, kita kena hargai tangungjawab berserta pandai bersyurkur, barulah kita dapat merai nikmat berada didalam ketakwaan. Jika suami gagal menjalankan tangungjawab, anda para isteri hendaklah sentiasa mendoakan agar suami diberi petunjuk. dDoa sesuatu yang nampak mudah tetapi amat berat untuk dilakukan dengan penuh rasa hurmat pada Allah. Keyakinan berserta sabar, membuatkan anda menjadi lebih merasai nikmat kelapangan hati. Jadi puan puan, seandainya ditakdirkan anda berpoligami, janganlah menyatakan sesuatu yang Allah HALALkan kita berangapan menyiksakan. moga sedikit pandangan untuk kita renungi.

    Balas

Tinggalkan Jawapan kepada Wanita Lebih Gemarkan Lelaki yang sudah Berpunya? « Mran3238's Blog Batal balasan

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Tulisan Terbaik

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.