iKitchen – Versi DIY, Lu Bikin Sendiri

23 April 2010 at 03:24 6 comments

1

Seorang kaki pomen dari New Zealand ini telah memutuskan untuk membuat PC skrin sentuh di dapur untuk membolehkan isterinya membuat inventori makanan mereka, mencetak senarai belanja barang dapur, akses web, menonton TV dan juga menggunakannya sebagai PC biasa. Pada mulanya, beliau menemukan monitor skrin sentuh murah yang kemudiannya menjadi bahagian penting peranti. Monitor ini digunakan untuk vending machine di tempat-tempat awam di Jepun dan dibina supaya tahan lasak dan kalis air. Ia sangat sesuai untuk persekitaran dapur.

Spec PC untuk projek ini, beliau memutuskan untuk membina satu dari barang-barang kutip. Beliau mungkin boleh terus membinanya dari PC-PC kutip yang boleh di dapati, tetapi beliau telah kasi ‘pimp’ satu kali mesin tersebut untuk hasil yang lebih baik. Spesifikasi yang terhasil dari kerja-kerja ‘pimp’ yang dilakukan, 4GB RAM, prosesor 3.20Ghz dan hard drive 800Gb. Ianya akan disimpan di dalam peti kecil berhampiran dengan tempat paparan akan dipasang untuk tujuan perlindungan. Pendawaian pula akan melalui celah-celah kabinet di dapur rumah beliau.

Setelah semuanya lengkap, antaramuka yang lebih baik daripada Windows yang biasa diperlukan. Beliau menggunakan sebuah program bernama Active Desktop yang memungkinkan beliau untuk meniru gaya menu iPhone. Untuk papan kekunci skrin sentuh, beliau menggunakan high program yang dinamakan sebagai Comfort On-Screen Keyboard yang memberikan pengalaman menaip yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan papan kekunci yang terpapar melalui tetingkap pada skrin.


Disamping itu beliau turut menambah fungsi pengimbas kod bar untuk harga barang-barang dapur dan juga dimasukkan sekali TV Tuner untuk membolehkan bini beliau menonton rancangan masakan semasa bulan Ramadhan.

Entry filed under: Barang Baik, Info IT. Tags: , .

Nintendo Playstation

6 Komen Add your own

  • 1. jalanakhirat  |  23 April 2010 at 22:40

    Asalamualaikum

    10 TABIAT YANG BOLEH MEROSAKKAN DAN SAKIT OTAK (BIUL)

    1. Tidak mengambil sarapan pagi
    – Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

    2. Terlebih makan
    – Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

    3. Perokok
    – Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

    4. Penggunaan gula yang berlebihan
    – Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

    5. Pencemaran udara
    – Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

    6. Terlebih tidur
    – Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

    7. Menutup muka ketika tidur
    – Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

    8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
    – Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

    9. Kurang berimiginasi
    – Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun atau merudum.

    10. Jarang berfikir
    – Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

    Fikir fikirkanlah

    wasalam

    Balas
  • 2. pakcikli00  |  7 Mei 2010 at 13:07

    Asalamualaikum

    SELUAR DALAM

    Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

    Ah Chong: Apa yang bising ni?

    Isteri: “Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil..”

    Ah Chong: Seri, betul kami yang ambil?

    Seri: ”Tidak Pak, Seri tak ambil “

    Isteri: “Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu… “

    Ah Chong: “Tentu awak tak cari betul ni… “

    Isteri: “Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya… “

    Ah Chong: “Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

    Seri: “Betul Pak.. sumpah…. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam…… masakan saya teringin seluar dalam tu…..”

    LETIH !

    Balas
  • 3. jalanakhirat  |  10 Mei 2010 at 20:19

    Asalamualaikum

    Mana intri baru yeop !

    Balas
  • 5. Jawatan Kosong  |  16 Jun 2010 at 12:00

    Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?

    Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.

    Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.

    Daftar Sekarang

    Balas
  • 6. artikel komputer  |  17 Jun 2010 at 00:58

    keren juga ya jadi nya… hehe..

    Balas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Satu Sekolah Untuk Semua

Arkib

RSS Anak Askar Pencen

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.