Setia 8 Februari 2010
Posted by sylarius in Cerita Aku.Tags: Setia
1 comment so far
Ada ketika di dalam hidup aku ini, tidak perlu terlalu mendengar pandangan orang lain. Jika dirasakan ianya betul dan tidak melanggar syariat, peganglah ia bersungguh-sungguh. Ia pendirian aku sendiri. Aku tidak suka mengikut membuta-tuli sebarang pendapat mahupun kritikan, walaupun ada yang ianya jelas untuk membina. Aku tidak kisah jika berlaku kesilapan dalam perhitungan aku. Aku yakin terdapat hikmah disebaliknya, untuk aku terus belajar mengenai kehidupan.
Aku percaya pada pilihan aku ini. Aku fikir ianya tidak salah untuk aku meletakkan kepercayaan kepada orang yang aku cintai.
Benar, bukan semua yang aku lakukan itu betul. Betul pada orang lain, tidak mungkin betul pada aku.Betul pada aku, tidak mungkin betul pada orang lain.
Aku tahu dengan apa yang telah aku lakukan. Salah pun aku tidak menyesal. Aku telah memberikan yang terbaik dan sentiasa memenuhi janjiku. Aku tidak akan berjanji jika aku tahu yang ianya tidak dapat ditunaikan. Biarlah bergaduh dahulu, asalkan aku tidak pernah menipu.
Jika ada sesiapa yang menasihati aku untuk menukar pilihan aku. Tidak perlu.
Aku ni memang degil orangnya.
1994 – Photoshop 3.0 8 Februari 2010
Posted by sylarius in Sejarah.Tags: Photoshop 3.0
2 comments
Perkara utama tentang Photoshop 3.0 adalah mengenai penggunaan layer. Layer adalah perkaran yang amat penting dalam kerja membuat reka bentuk grafik yang rumit.
Karyawan grafik dapat menyimpan hasil karya mereka dalam pelbagai bentuk yang diingini berdasarkan hasil kombinasi layer-layer yang digunakan oleh karyawan grafik terbabit.
Layer-layer tersebut adalah terdiri daripada kepingan-kepingan imej yang berasingan. Apabila ianya ditindankan pada layer yang lain, mengikut tahap opacity serta jenis mod adunan (blending mode) yang digunakan, imej-imej yang menarik serta pelbagai dapat dihasilkan oleh para karyawan dengan lebih mudah serta meningkatkan mutu hasilan karya mereka.
Pereka aturcara yang asal, Thomas Knoll banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan Photoshop. Jurutera-jurutera yang lain turut memberikan penambah-baikan pada setiap versi yang dikeluarkan dengan penggunaan chip pemprosesan mikro Power Mac dan juga meningkatkan taraf Photoshop versi Windows untuk setanding dengan versi Macnya. Pallette dalam bentuk tab telah diperkenalkan pada versi ini.

Tengah KL (KL Sentral) 7 Februari 2010
Posted by sylarius in Cerita Aku.Tags: KL Sentral
2 comments
Hari ni aku jadi pengembara. Bergerak guna pengangkutan awam. Tidur nyenyak kat bangku awam. Solat subuh time dekat-dekat waktu kecederaan (nasib tak miss, tau mak aku sure aku kena maki). Mandi kat tempat mandi awam. Baca majalah free buat macam bapak sendiri punya kedai. Makan kat Mekdi.
Syok jugak jadi pengembara. Rasa macam nak tulis puisi je jap lagi.
1991 – Photoshop 2.0 6 Februari 2010
Posted by sylarius in Sejarah.Tags: Photoshop 2.0, Photoshop 2.5
3 comments
Photoshop 2.0 memasukkan fungsi ‘path’, membolehkan pengguna membuat kerja ‘pemotongan’ pada objek dengan lebih mudah dan menyimpan laluan untuk kegunaan masa depan. Fungsi ini dibuat khas oleh jurutera kedua, Mark Hamburg yang diambil oleh Adobe untuk bekerja. Ketika bekerja dengan Adobe, Mark dipanggil dengan nama manja oleh rakan-rakan sekerja sebagai ‘Path Man’.
Sehingga Photoshop 2.0, hanya Thomas Knoll yang membuat kerja-kerja kejuruteraan perisian.
2.o turut menampilkan fungsi ‘rasterized’ untuk fail Illustrator. Menyokong penggunaan warna CMYK sehingga mendorong penggunaan Photoshop yang meluas pada industri percetakan dan yang terakhir, 2.0 turut memperkenalkan fungsi ‘pen tools’.
Ia memerlukan memori sebanyak 4Mb berbanding 2Mb untuk berfungsi dengan stabil.
Pada tahun 1992, Photoshop 2.5 dilancarkan dan diingati kerana ia dibina untuk sistem pengoperasian Windows. Kod-kod pemprograman telah ditukar secara menyeluruh untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, ia tidak begitu sempurna pada peringkat awalnya.
Pada versi Windows ini, ia menyokong fail 16 bit serta ditambah dengan fungsi ‘pallette’. Versi Windows ini pada awalnya mempunyai masalah ‘pepijat pada memori’, masalah pepijat ini membuatkan Mark Hamburg bagi nombor telefon dia pada sesiapa yang mempunyai masalah tersebut untuk dibantu. Versi yang siap dibaiki dinamakan sebagai Photoshop 2.5.1. Filter telah mempunyai menu dia sendiri pada versi ini. Gambar rajah print screen di bawah menunjukkan Photoshop 2.5 untuk versi Mac.

1990 – Photoshop 1.0 4 Februari 2010
Posted by sylarius in Sejarah.Tags: Adobe Photoshop 1.0
5 comments
John Knoll, adik Thomas Knoll telah menyatakan program yang dibina oleh mereka sebagai program ‘kesan khas’. Terkejut dibuatnya staf-staf Adobe kerana menganggap ianya terlalu gimik pada masa itu. Bagaimanapun, mereka berjaya menyakinkan untuk meletakkan ‘kesan khas’ itu sebagai plug-in untuk Photoshop.
John dan staf-staf Adobe paksa-paksa Thomas untuk membuat penambahbaikan pada produk mereka sebelum ianya dipasarkan. Mentang-mentang Thomas ni nampak macam lurus bendul je, boleh makan la tu agaknya.
Versi pertama Photoshop hanya memaparkan nama 4 nama penulis program pada splash screennya. Untuk versi-versi yang seterusnya, semakin banyak senarai nama yang diletakkan. Pada versi yang lebih terkini, senarai nama telah dihadkan untuk orang-orang yang penting sahaja yang terlibat di dalam penulisan program Photoshop. Kalau nak bubuh jugak, gerenti penuh satu screen dengan nama diorang je masa loading splash screen tu.


Notakaki: Untuk versi-versi awal, Photoshop dibuat untuk komputer Mac sahaja.
Photoshop 3 Februari 2010
Posted by sylarius in Sejarah.Tags: Photoshop, Thomas Knoll
add a comment
Photoshop memainkan peranan yang amat penting kepada pereka-pereka seni moden yang banyak bergantung dengan teknologi digital. Pada 10 Februari nanti, genaplah 20 tahun usia pembinaan Photoshop yang menyumbang kepada perkembangan seni digital dan grafik berkomputer.
Photoshop : Asal-Usul
Satu perkara yang amat menarik tentang Photoshop adalah pembabitan sebuah keluarga yang amat hebat yang ahli-ahlinya mempunyai kepakaran masing-masing. Seorang bapa yang bekerja sebagai profesor kejuruteraan dan dua orang anak, seorang pelajar PHD kejuruteraan dan seorang pakar kesan khas yang amat berbakat di Industrial Light and Magic (ILM). Mereka adalah penyumbang idea utama kepada pembinaan Photoshop pada awalnya.
Thomas Knoll, pelajar PHD, masih terlibat secara aktif di dalam projek-projek Photoshop untuk tahun-tahun yang seterusnya.
Glenn Knoll, adalah seorang profesor di sebuah kolej. Mempunyai dua anak dan mempunyai dua hobi iaitu komputer dan fotografi. Beliau mempunyai bilik gelapnya sendiri di bawah rumah. Tak payah susah-susah nak pergi kedai gambar nak cuci kodak. Sebuah Apple II Plus juga di bawa ke rumah oleh beliau setelah mendapat kebenaran bertulis daripada majikan beliau.
Seperti kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Thomas Knoll telah mewarisi tabiat bapaknya dengan mengusung kamera kehulu-kehilir sampai nak pergi sekolah pun beliau bawak untuk mengambil gambar. Manakala adiknya pula, John Knoll, telah membeli komputer Mac yang 1st model punya setelah bersuah payah menabung di dalam tabung ayam sejak dari darjah Tiga Anggur.
Dipendekkan cerita, pada tahun 1987, Thomas Knoll sedang menuntut ilmu kejuruteraan pada peringkat PHD di University of Michigan. Adik dia pulak bekerja di Industrial Light and Magic (ILM).
Thomas menulis subrutin untuk sebuah program untuk menterjemahkan imej monokrom di monitornya ke imej grayscale.
Kejayaan beliau setelah menulis subrutin tersebut telah mendorong beliau untuk menulis lebih banyak program yang berkaitan dan lama kelamaan beliau mempunyai sejumlah program yang boleh digunakan untuk memproses efek fotografi pada imej digital.
John ada jugak ushar-ushar pada apa yang telah Thomas lakukan. John menyuruh Thomas membuat sebuah program lengkap untuk mengedit imej.
Hasil kerjasama antara kedua adik-beradik yang berlatar belakang sorang mempunyai kepakaran programming dan sorang lagi berbakat besar dalam bidang seni reka bentuk, mereka meningkatkan mutu dengan membangunkan proses yang lebih lengkap.
Meskipun projek ini sedikit sebanyak mengganggu kerja tesis Thomas, akhirnya program hasil ciptaan mereka berdua ‘Image Pro’ telah berjaya disiapkan pada tahun 1988.
John mencadangkan supaya Image Pro dijual sebagai sebuah aplikasi komputer.
Dalam masa enam bulan, mereka menjalankan usahasama dengan sebuah syarikat pengimbas (scanner la), Barneyscan. Syarikat tersebut membeli 200 buah salinan Image Pro untuk diborongkan sekali dengan produk pengimbas mereka.
Mereka juga cuba menjual kepada syarikat Supermac dan Aldus. Kedua-dua syarikat terbabit menolak mentah-mentah kerana tidak menganggap aplikasi tersebut boleh berjaya. Satu tindakan yang amat dikesali oleh Aldus. Syarikat Aldus memang menyesal tak sudah selepas Adobe membeli aplikasi kedua adik beradik tersebut sehingga berjaya membawa kepada produk yang dikenali seantero dunia sebagai Adobe Photoshop.
Pada 10 Februari 1990, Adobe 1.0 telah dilancarkan.
Bersambung…

Kawan 2 Februari 2010
Posted by sylarius in Cerita Aku.Tags: duduk rumah dapat duit, Menjana pendapatan lima angka sebulan, MLM
2 comments
Semalam, ada seorang rakan aku yang dah lama aku tak jumpa. Tiba-tiba sahaja aku mendapat panggilan dari dia untuk berjumpa. Pelik juga, apekejadah dia sanggup bertandang ke tempat tinggal aku yang jauh ke pedalaman ni. Aku sendiri nak keluar pergi jalan-jalan bandar seminggu sekali pun sikit punya susah. Ah, tak baik berburuk sangka. Ok la tu, ada jugak kawan aku yang sudi berjumpa dengan aku yang nun jauh di pedalaman ni.
Petang tu lepas waktu aku bekerja, kawan aku standby dekat rumah aku. Lepas aku siap-siap, dia ajak aku lepak-lepak kat bandar. Peh, jauh tu. Nanti nak kena hantar aku balik lagi. Takpe la, alang-alang datang dari jauh. Takkan nak bagi tempat lepak minum-minum yang tak best kot.
Sampai kat bandar, kitorang lepak minum-minum makan-makan di sebuah restoran makanan segera milik bumiputera. Selesai ambik order, time-time makan tu kitorang pun borak-borak lah.
‘Ko nak join bisnes tak? Untung beb, bulan-bulan ribu-ribu gak. Bla bla bla ada ceramah bla bla bla kompeni bagi kereta best bla bla bla rugi ko tak join bla bla bla duduk rumah goyang kaki duit masyuk bla bla bla jutawan bla bla bla RM RM RM bla bla bla penapis air bla bla bla bisnes yang takkan rugi bla bla bla…’
Tengah dia syok melabun pasal keuntungan yang akan dia dapat dan maybe aku juga akan dapat, dengan tidak semena-mena tangan aku jadi ringan.
Pprraaaaappp!
Patah meja makan yang kitorang lepak tadi dek kena karate oleh aku. Semua mata memandang kitorang. Aku cakap kat budak-budak yang kerja restoran tu.
‘Takpe dik, abang ni boleh ganti meja ni. Duit dia banyak’
Aku pow duit kawan aku ni RM 50, aku balik rumah naik teksi. Takpe, InsyaAllah 2-3 bulan lagi kawan aku ni mesti dah jadi jutawan punya lah. Apa sangat lah dengan RM50 tu. Tak luak pun.
Rugi aku tak jadi macam dia.
Songkok 27 Januari 2010
Posted by sylarius in Cerita Aku.Tags: Berkabung, Songkok, Sultan Mangkat, Zapin
5 comments

Baru-baru ni Sultan pemerintah kat negeri tempat aku bekerja ni telah mangkat. Jadi, seluruh negeri berkabung selama 7 hari. Bagi orang Melayu, memakai songkok dengan lilitan kain putih adalah perlu. Bagi yang bukan Melayu, kain hitam akan dililit di lengan.
Malam hari Ahad tu, member serumah aku, Al-Hafiz (memang nama sebenar) dapat mesej dari rakan sekerja tempat dia. Dalam mesej tu ada tulis, tentang pematuhan peraturan berkabung. Siang tu aku ada jugak dengar cerita pasal kat Kluang dah ada yang kena saman sampai RM 300 sebab tak pakai songkok lilit kain putih.
“Ko ada songkok lebih?”
“Aku mana ada. Lebai ada la. Hang lak?”
“Aku pun takda, sebab tu aku tanya kat ko”
Sebelum keluar gi makan kat Kedai Poji, kitorang singgah kat Kedai Hamzah nak beli songkok. Sampai kat kedai Hamzah, Cikgu Omar tengah lepak-lepak depan kedai dia. Aku cakap aku nak beli songkok. Terus dia promote songkok benang seribu kat aku. Aku belek-belek lebih kurang. Nampak macam mahal. Tanya harga berapa.
“Tujuh puluh lima ringgit”
Rasa macam tak berbaloi lak. Aku nak pakai seminggu ni jer. Lagipun paten dia aku tak berkenan. Jenis tinggi. Kalau aku ni boleh menari zapin takpe la jugak.
Last-last aku tanya songkok mana yang paling murah. Dia bagi aku yang RM23 punya. Aku test asal muat kepala aku, terus aku angkat bawak balik. Takda banyak soal. Asal songkok jadi lah.
Daripada esok tu aku pergi sekolah pakai ketayap putih apa cerita?
Poyo 23 Januari 2010
Posted by sylarius in Cerita Aku.Tags: Facebook, Jehan Miskin, poyo
3 comments
Penggunaan teknologi secara bermanfaat ada banyak kelebihannya. Aku boleh dapat mengetahui bahawa diri aku sedang diperkatakan melalui laman sosial Mukabuku. Itu bagus kerana itu menunjukkan bahawa aku ini adalah antara insan termasyhur. Bukan semua insan yang orang berminat untuk bercerita tentang dirinya. Aku telah terpilih untuk di’mengatakan’kan. Tahniah kepada diriku.
Aku lebih suka jika ada orang mengumpat tentang diriku di depan aku sendiri. Banyak yang aku dapat pelajari jika orang mengumpat tentang aku secara terus terang. Perkara utama yang aku dapat tau ialah kelemahan diriku. Bila dah tau tentang kelemahan sendiri, senang la aku memperbaiki. Lagipun, to know is half to the victory.
Baru aku tau yang aku ni poyo pandangan orang ramai rupanya. Oh, sungguh memalukan. Kerana pada anggapan aku lelaki-lelaki poyo adalah orang-orang yang seperti Jehan Miskin (bukan nama sebenar), Ikram Dinzly (bukan nama sebenar) dan Khairy Jamaluddin (bukan nama sebenar). Mungkin aku sama atau hampir sama seperti mereka-mereka yang aku sebutkan di atas? Cuma, aku tidak sekaya mereka. Membonceng motosikal kapcai pada setiap hari untuk pergi bekerja.

Lelaki poyo amat menjengkelkan (Gambar Hiasan)
Untuk mengelakkan diri daripada terus dimalukan, aku akan berada dalam mod senyap sepanjang masa dan hanya senyum bila perlu. Silent is golden. Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah.
InsyaAllah.

Fesbuk banyak menginsafkan diri tentang perilaku aku yang buruk ini.
Fotografer Hari Ini 22 Januari 2010
Posted by sylarius in Fotografi.Tags: Steve McCurry
add a comment
Steve McCurry





“If you wait, people will forget your camera and the soul will dirft up into view.”
Steve McCurry punya blog.


